Earth Hour 2020 Di Rumah Je.....






Tahun 2020 ni Earth Hour kat rumah jela ye. Sempena mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sampai 14 April 2020 ni. Jangan gedik-gedik nak keluar rumah malam-malam ni ye kalau tak ada kepentingan.

Ehh.. Bukan tahun sebelum-sebelumnya pun aku Earth Hour kat rumah ke. Hahaha

Earth Hour 2020 diadakan seluruh dunia pada hari ni, 28 March 2020 bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 . Macam biasa satu jam je. Tutup semua lampu kat rumah korang tu.

APA ITU EARTH HOUR? 

Earth Hour adalah kempen yang digerakkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) bagi mencetuskan kesedaran tentang perlunya kita melakukan sesuatu — dan melakukannya sekarang — untuk menyelamatkan bumi ini daripada binasa dengan lebih cepat.

Ia adalah satu tindakan politik yang bermula pada 2007 di Sydney. Pada tahun itu, 2.2 juta penduduk kota itu ikut serta mematikan elektrik selama satu jam pada malam 31 Mac. Pada tahun berikutnya, kempen itu digerakkan di serata dunia melibatkan lebih 400 bandar di 35 buah negara di kesemua tujuh benua. Ia kemudian berkembang dari tahun ke tahun.

Usaha ini dipercayai memberi impak kepada kesedaran orang ramai seterusnya menggalakkan penduduk dunia abad ini sensitif kepada masalah pemanasan global dan punca yang mewujudkan permasalahan tersebut.

P/s ~ Tanggungjawab menjaga kesejahteraan bumi dan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua. So, jagalah planet kita dan sayangi alam sekitar. 

Sumber info : Astro Awani , Sarawak Voice


4 comments:

  1. 8.30 hingga 9.30 malam tutup lampu.
    Stik lilin takde pulak

    ReplyDelete
  2. eerk Earth Hour ke semalam. alamak..

    ReplyDelete
  3. haaa semalam da tutup lampu tingkat bawah...tingkat atas diorang tak tutup...hahahha

    ReplyDelete
  4. sedar2 earth hour dah jam 9 hari tu. haha

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.