Review Novel ~ Mencintaimu Mr.Photographer - Faizzah Amir

Friday, 3 January 2020

Review Novel ~ Mencintaimu Mr.Photographer

                 



    Tajuk : Mencintaimu Mr. Photographer
                 Penulis : Emma Mariam
             Terbitan : Penerbitan Fajar Pakeer



Sinopsis Dari Novel ~~

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

"Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?" - Jemy
Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
          "Saya nak kerja sini." - Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

  "Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!"

Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumahtangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbit di hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?


                                   🌻🌻🌻🌻🌻


🎭 Novel ni juga diapdatasi dalam siri televisyen dalam bulan Julai 2017 di saluran Astro Ria. Aku nak bagi pendapat paling simple je. Novel ni so sweet hokayyy.. Melting habis... Tak tahu kenapa walaupun part awal perkenalan Jemy dan Aira yang perlahan-lahan bertukar menjadi bibit percintaan tu sangat menarik untuk diikuti. Dan ada juga part sedihnya, geram pun ada tapi trust me korang akan melekat layan novel ni dari awal sampai habis... 👍👍👍

1 comment:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.