Apa Itu Kutu Rambut & Cara Merawatnya




Credit picture to ~ Maskulin




Entah kenapa eh, bila rambut gatal-gatal je secara automatik aku teringat lak masa kutu bersarang kat kepala aku ni dulu. Masa sekolah darjah 2 kalau tak silap.

Tak tahulah berjangkit dari kawan ke apa, mula-mula mak aku yang perasan masa sikatkan rambut katanya macam bersisik kat hujung rambut macam telur kutu katanya. Hadoiila masa tu pun aku dah geli geleman membayangkannya.

Berapa hari lepas tu start la rasa gatal semacam kat kepala ni. Kebetulan balik sekolah agama bukak tudung dengan anak tudung tau benda apa yang aku nampak tau korang? Dua tiga ekor sang kutu keluar merayau. Dah lama berkuap dalam tudung agaknya. Adudu gelinya bila ingat balik..

Since tu sampai la ni aku memang titik beratkan penjagaan rambut. Ni aku nak share sikit kat korang pasal kutu rambut kot kita boleh buat rujukan sesama haaa...

Jangkitan kutu rambut itu apa? 

📍 Bersaiz antara 2-4mm dan tidak bersayap, kutu rambut hidup di kepala manusia dengan menghisap darah pada kulit kepala.

Ia bertelur pada pangkal rambut dan dalam 7-10 hari, telur akan menetas manakala kulit telurnya kekal melekat pada rambut.

6-10 hari selepas menetas, ia menjadi kutu dewasa dan mula merayap.

Kutu betina boleh menghasilkan 6 biji telur setiap hari selama hari 30 hari. Telur kutu boleh bertahan sehingga 3 hari namun tidak akan menetas pada suhu selain suhu kulit kepala.

Walaupun tidak boleh terbang, ia boleh merangkak dengan kelajuan sehingga 23cm seminit.

Yang melegakan, kutu kepala, tidak seperti kutu badan, bukanlah agen kepada apa-apa penyakit. Binatang peliharaan seperti kucing dan anjing juga bukan pembawa kepada kutu jenis ini.

Ketahui fakta tentang kutu kepala dan cara menghilangkan kutu jika terkena jangkitan seperti di bawah ini:

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Cara lain termasuklah menggunakan skaf, sarung kepala, sikat atau berus rambut dan tuala mereka yang telah dijangkiti kutu kepala.

Namun, kutu hanya dapat hidup jauh dari kepala manusia sehingga 72jam sahaja.


Credit picture to ~ SirapLimau


SIMPTOM JANGKITAN KUTU KEPALA

Simptom kegatalan bergantung kepada sensitiviti kulit kepala kepada komponen antigen air liur kutu.

Kadangkala ia mengambil masa 4 minggu hingga 3 bulan sebelum rasa gatal muncul, manakala ada juga yang tidak merasa gatal langsung.

Bagi mereka yang tidak merasa gatal, bintik-bintik putih pada rambut, iaitu telur kutu, menjadi simptom.

CARA-CARA MENGHILANGKAN KUTU RAMBUT

Sikat Ketika Basah
📍Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut.

Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut.

Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat.

Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah.

Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

Ubat Losyen atau Penyembur
📍Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala.

Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk.

Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.


Cuka dan Minyak
📍Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya.

Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil.

Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk leboh efektif.

Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.



Sumber : theAsianparent



3 comments:

  1. alamak !! scary. masa kecik2 pun risau plus tatau tengok orng lain dok garu2 kepala. pastu da besar anak2 buah berjangkit kutu kat daycare. jenuh..

    botak kepala diornag senang nak ubat sket.

    ReplyDelete
  2. menakutkan...kalau dulu memang pernah kena kutu waktu zaman sekolah rendah...jenuh bergaru2 sebelum mak letak ubat

    ReplyDelete
  3. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.