November 2019 - Faizzah Amir

Sunday, 24 November 2019

Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide

Sunday, November 24, 2019 3
Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide

Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide 


Ramai orang Malaysia ni suka sangat travel gi Korea, mungkin ni atas factor Korea Drama dan kpop kot. Tak dinafikan Korea merupakan satu negara yang patut kita pergi. Bukan sebab pengaruh Korea Drama semata-mata, tetapi kerana budaya yang mereka ada patut dicontohi oleh kita as Malaysian. Aku sukakan Korea ni pun sebab budayanya lebih kurang dengan Jepun. Dan kos ke Korea sebenarnya lebih rendah berbanding ke Jepun. Malah ke Korea ni sebenarnya boleh je pergi tanpa tour guide atau ambil pakej. Cuma yang penting kita kena berani dan buatlah homework sikit benda-benda yang penting. Penting tau planning dan buat homework sebelum travel mana-mana pun. Barulah percutian korang perfect dan akan jadi kenangan terindah sampai bila-bila kannn..

๐ŸŒธ Buat bajet
Aku boleh katakan kalau kita pergi Korea ni bajet kita around RM2500 je termasuk semua benda. Malah kalau kita bijak planning, boleh lagi rendah daripada tu. Senang cerita, letakkan bajet utama kita dulu lepas tu lebihkan sedikit untuk kes-kes kecemasan dalam RM200 kot.

๐ŸŒธ Pilih musim yang sesuai
Seperti yang kita tahu, Korea merupakan salah satu negara yang ada 4 musim. Selalunya orang sangat suka, pergi musim bunga sebab cantik. Namun begitu, tiket flight musim bunga ni agak mahal. Sekiranya pergi musim lain return tiket tanpa luggage boleh dapat around RM600 je tetapi kalau pergi musim bunga ni tanpa luggage pun dah RM800 lebih macam tu. Bergantunglah pada bajet kita sebenarnya, kalau masih dalam range bajet takde masalah pun. Aku boleh cadangkan cuba pergi musim luruh yang dah hampir dengan winter, orang kata best dan cantik sangat.

๐ŸŒธ Flight tiket
Belilah tiket flight masa promo, sangat berbaloi. Dan jangan lupa untuk comparekan harga kalau kita plan nak bawa luggage sebab Airasia tak include luggage. Ramai yang kadang-kadang lupa nak comparekan harga bila dah include luggage ni sebab dah terlalu focus sangat dengan harga promo. Kalau beza terlalu sikit, kalau airlines lain lebih selesa dari segi ruang dan lain-lain, lebih baik pilih airlines tersebut. Yelah flight ke Seoul 6 jam kot, mesti kita nak yag selesa. Selalunya kalau pergi Korea memang better ada luggage supaya mudah kalau kita ni kaki shopping. So pastikan harga dah tambah luggage tu berbaloi untuk kita. 

๐ŸŒธ Airport transfer
Jangan pandang sebelah mata tau pasal airport transfer ni sebab ia sangat membantu kita kalau nak jimat ni. Kalau travel dalam group kecil boleh beli KLIA Transit ticket promotion dekat Traveloka. Serius sangat berbaloi, rugi kalau korang tak cuba beli tiket KLIA Transit dekat Traveloka. Kalau pergi group ramai sikit pula korang boleh book cheap airport taxi online dekat Traveloka juga. Senang cerita nak dapatkan airport transfer murah boleh beli dekat Traveloka. 

๐ŸŒธ Penginapan
Kalau pergi Korea pemilihan penginapan benda yang paling penting. Silap pilih kawasan, memang agak sakit lah. Elakkan stay dekat Itaewon, walaupun situ mudah untuk dapatkan makanan halal tetapi bagi aku tak sesuai untuk stay sebab kawasan jenis yang banyak sangat bukit. So, kalau bawa luggage sakit lah sikit nak seret naik bukit tu. And better carilah tempat yang berdekatan dengan subway station sebab sangat mudah untuk kita bergerak nanti. Aku prefer untuk cari area Myeondong sebab tu area tumpuan pelancong. Dan kalau jenis nak jimat ruang beg, korang boleh cari Airbnb yang sediakan mesin basuh, so baju tak payah bawa banyak sangat.

๐ŸŒธ Beli tiket aktiviti online
Kalau nak cari tiket aktiviti, boleh beli siap-siap online. Banyak website yang ada tawarkan harga yang sangat berbaloi. Salah satu yang memang orang selalu guna adalah klook sebab harga dia memang murah sangat dan akan memudahkan kita juga nanti. Contoh tiket yang boleh beli dekat klook macam Everland Theme Park dan Lotte Theme Park.

๐ŸŒธ Gunakan Pass Discovery Seoul
Benda ni memang sangat-sangat membantu, lagi-lagi kalau kita beli yang untuk 72 jam. Banyak tempat yang boleh kita pergi tanpa beli tiket lagi. Kalau mampu cuba maximize kan kegunaan pass ni, pastikan kita rasa puas sangat.


Sumber foto ~ Traveloka



Sumber foto ~ Traveloka

Garden of Morning Calm
Sumber foto ~ Traveloka

Menara N Seoul 
Sumber foto ~ Traveloka

Lotte World
Sumber foto ~ Traveloka

Sumber foto ~ Traveloka

Sumber foto ~ Traveloka

Everland Theme Park 
Sumber foto ~ Traveloka

Everland Theme Park
Sumber foto ~ Traveloka

P/s ~ saja aku up kan gambar-gambar kat atas ni bagi korang lagi rasa teruja dan tak sabar-sabar nak travel ke Korea. So apalagi plan lah sikit-sikit dari sekarang. Pastikan dengan Traveloka tau!! ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke-2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan!

Sunday, November 24, 2019 0
Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke-2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan!


Johor Bahru, 24 November 2019 - November ini, Paradigm Mall Johor Bahru akan menyambut ulang
tahun yang ke-2 dan pelbagai aktiviti serta promosi hebat menanti anda seisi keluarga! Sambutan Fabulous
2 ini akan bermula dari 25 November 2019 sehingga 1 Januari 2020, menawarkan pengunjung dengan
pelbagai hadiah menarik lebih daripada RM88,000 apabila mereka membeli-belah di Paradigm Mall Johor
Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management, Selena Chua berkata, “Sejak pembukaan secara rasmi
pada bulan November 2017, Paradigm Mall Johor Bahru telah menjadi destinasi pusat beli-belah, tempat
makan dan hiburan buat pengunjung tempatan mahupun rakyat Singapura. Kami amat menghargai
sokongan daripada pihak pengunjung serta kedai-kedai yang terlibat sehingga ke hari ini.”

Sambutan Fabulous 2 bakal menyaksikan pelbagai jenis aktiviti menjelang sambutan Hari Krismas dan
Tahun Baharu. Antaranya termasuklah kempen The Christmas Advent Calendar, Shopaholic of the Day
dan Cupcake Giveaway.

Kata Selena lagi, “Kami amat teruja untuk meraikan ulang tahun yang ke-2 Paradigm Mall Johor Bahru.
Bagi meraikan majlis yang riang gemilang ini, kami telah mengaturkan beberapa aktiviti serta hadiah yang
menarik buat pengunjung kerana kesetiaan dan sokongan mereka yang tidak terhingga selama ini.”

The Advent Calendar
Diinspirasikan oleh ‘Christmas Advent Calendar’ yang popular, pengunjung harus berbelanja sekurang-
kurangnya RM112.80 dalam satu resit untuk memenangi ganjaran dan hadiah eksklusif bermula dari 25
November ke atas.*

Shopaholic of the day
Perhatian buat anda yang sakan membeli-belah! Pusat beli-belah ini akan memberikan ganjaran kepada
tiga pengunjung yang paling banyak berbelanja dalam sehari dengan hadiah-hadiah hebat seperti Iphone
11, Ipad Air, Huawei Mate 30 dan Pengering Rambut Dyson sepanjang bulan November dan Disember
ini.*

Cupcake Giveaway
Bersempena dengan ulang tahun ke-2 Paradigm Mall Johor Bahru, pengunjung juga bakal menerima kek
cawan buatan tangan dengan corak yang menarik pada 28 November 2019.*

Pastikan anda ingat akan tarikh ini dan berkunjung ke Paradigm Mall Johor Bahru untuk memenangi
hadiah-hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, layari laman web dan platform media sosial pusat beli-belah ini seperti berikut :

Laman Web
Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb

Facebook:
Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB

Instagram:
Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/

*Tertakluk pada terma dan syarat


Mengenai WCT Malls Management Sdn Bhd
WCT Malls Management Sdn Bhd, merupakan anak syarikat kepada WCT Holdings Berhad dan telah diperbadankan
pada 2015 terutamanya bagi mengendalikan rangkaian pusat beli-belah di bawah WCT Group, iaitu Paradigm Mall
Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateway@klia2, dan Subang Skypark. WCT Holdings Berhad telah
disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Friday, 22 November 2019

AUTO BAVARIA RELOCATES FROM ITS ICONIC BUILDING IN GLENMARIE TO THE LARGEST DEALERSHIP FACILITY FOR THE BMW GROUP IN SOUTHEAST ASIA.

Friday, November 22, 2019 0
  AUTO BAVARIA RELOCATES FROM ITS ICONIC BUILDING IN GLENMARIE TO THE LARGEST DEALERSHIP FACILITY FOR THE BMW GROUP IN SOUTHEAST ASIA.




AUTO BAVARIA RELOCATES FROM ITS ICONIC BUILDING IN GLENMARIE TO THE LARGEST DEALERSHIP FACILITY FOR THE BMW GROUP IN SOUTHEAST ASIA.

New First of its Kind Auto Mall in the Ara Damansara area to begin operations in November.


Shah Alam, 21 November 2019 – Auto Bavaria Glenmarie, the Sime Darby owned BMW, MINI and Motorrad dealership which is part of Malaysia’s largest network of authorised dealerships and with over 30 years of experience in representing the brands of the BMW Group in Malaysia is moving to a new facility befitting of its size at Sime Darby Motors’- a first-of-its-kind auto mall, this November.
For more than two decades, Glenmarie has been the home to the BMW, MINI and Motorrad brand as well as for more than 350 employees, steadily strengthening its position as one of the key BMW dealerships in Malaysia with multiple award wins, including the Best BMW Dealer in the Diamond Category for eight years in a row from BMW Group Malaysia.
Auto Bavaria marked the move with a splendid farewell event in conjunction with the celebration of the festival of lights, Deepavali at Auto Bavaria Glenmarie with almost 400 guests including employees, former Dealer Principals and Managing Directors of Auto Bavaria gathering to feast on classic Indian cuisine buffet, whilst reminiscing fond memories made together and new experience in store for them at our new home in Ara Damansara.
Jeffrey Gan, the Managing Director of Auto Bavaria said: “It is really important to celebrate the legacy and milestones of Auto Bavaria Glenmarie to ensure that the united spirit among our employees transitions over when we begin a new chapter at the new facility in November. The relocation signifies our continued efforts and commitment towards delivering Sheer Driving Pleasure as well as an exclusive buying experience that is synonymous with the BMW brand”.
Spanning over 23,161 square metre at a cost of RM57 million, the new state-of-the-art Auto Bavaria Ara Damansara 4S which will represent the BMW, MINI, Motorrad brands as well as BMW Premium Selection will be the largest BMW facility in Southeast Asia, with the newest brand identity, expression, experience and double the workshop capabilities than the Glenmarie facility.

(From left) Andrew Basham, the Managing Director of Sime Darby Motors, Wong Soon Foo, the former managing director of Auto Bavaria (1992), Rajan Thurairatnam, the former managing director of Auto Bavaria (2001), Tunku Badlishah, the former managing director of Auto Bavaria (2005) and Jeffrey Gan, the Managing Director of Auto Bavaria (present).



A group photo of the management of Auto Bavaria with Andrew Basham (center) at the farewell event held in Glenmarie.


Auto Bavaria bids farewell to Glenmarie with a grand celebration with more than 400 employees. The celebration ended with massive fireworks show.

About Auto Bavaria 

Established in 1988, Auto Bavaria, a division of Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd, is the biggest retail and service organisation for BMW, MINI and Motorrad in Malaysia.
Over the years, we have successfully built BMW into one of the most desirable luxury automotive brands in the country.

Today, Auto Bavaria's nationwide network infrastructure comprises five branches, namely Glenmarie, Sungai Besi, Kuala Lumpur, Penang and Johor Bahru. Auto Bavaria Glenmarie and Penang also houses the BMW Motorrad and MINI showroom. In addition, our BMW Premium Selection centre is in Glenmarie and Kuala Lumpur.

Every Auto Bavaria branch is staffed with passionate professionals dedicated to providing world-class sales and aftersales service that exceed expectations.

In benchmarking ourselves against the best BMW dealers in the world, we make customer satisfaction the top priority at Auto Bavaria.

We record possibly the highest man-hours in training annually in the local automotive industry to keep our staff on top of the latest innovations and technologies and constantly review processes to improve efficiency.

At Auto Bavaria, we are committed to making your BMW experience extend beyond your purchase.

For more information, please visit https://www.autobavaria.com 

Perasmian Kempen Penjenamaan OK Group untuk pesawat AirAsia A320

Friday, November 22, 2019 0
Perasmian Kempen Penjenamaan OK Group untuk pesawat AirAsia A320

Perasmian Kempen Penjenamaan OK Group untuk pesawat AirAsia A320

Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan AirAsia Berhad bagi kempen penjenamaan OK Group di atas pesawat AirAsia A320

SENAI, 21 November 2019 - Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd (OK Group) hari ini mengumumkan kerjasama kempen penjenamaan bersama AirAsia Berhad sebagai rakan media di atas pesawat A320 di Malaysia.

Kempen penjenamaan di atas pesawat AirAsia ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan OK Group, En. Habibul Ajmi bin Datuk Hj Manggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini.

Istimewanya penjenamaan di atas pesawat AirAsia A320 ini, ia menampilkan logo Minuman Tenaga Longjack dan Kacip Fatimah merupakan 100%, tulen, keluaran Malaysia dan kini boleh didapati di semua pesawat AK AirAsia.

Pengarah Urusan OK Group Encik Habibul Ajmi berkata, " Dengan Kejayaan penjenamaan pesawat ini, OK Group melihat ini sebagai peluang untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama syarikat yang telah memenangi anugerah World's Best Low Cost Airline, sebagai strategi penjenamaan korporat bagi tahun 2019 sehingga 2021. Kerjasama bersama pesawat komersial merupakan satu langkah yang tepat dan jitu untuk strategi penjenamaan kami dan berharap ia akan membuka lebih lagi peluang untuk OK Group mengembangkan pasaran dan juga strategi pengiklanan jangkamasa panjang. Tambahan pula, OK Group melihat peluang ini akan membuka lebih kebolehpasaran bagi produk OK, sekaligus melonjakkan nama OK Group ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif penjenamaan ini adalah untuk mengembangkan potensi perniagaan dan juga meningkatkan nilai jenama OK, domestik dan juga antarabangsa".

Untuk rekod, OK Group telah menceburi bidang perniagaan kesihatan, makanan dan minuman selama lebih 40 tahun. Diasaskan pada tahun 1975 oleh Allahyarham Datuk Haji Manggar B. Haniff, OK Group bermula secara kecil kecilan, menghasilkan produk kesihatan tradisional untuk penduduk dan pasaran seluruh Melaka, ia kini diiktiraf sebagai jenama yang terkenal di Malaysia khasnya, dan pasaran Antarabangsa, amnya.









Ketika sesi soal jawab bersama media



Sesi pelancaran


Pengarah Urusan OK Group, Encik Habibul Ajmi bin Datuk Haji Manggar








Friday, 15 November 2019

‘Abang’ Domino’s Speed and Agility Conquers 1,296 Steps In First Ever Tower Run

Friday, November 15, 2019 0
โ€˜Abangโ€™ Dominoโ€™s Speed and Agility Conquers   1,296 Steps In First Ever Tower Run
NEWS RELEASE



‘Abang’ Domino’s Speed and Agility Conquers 
1,296 Steps In First Ever Tower Run

KUALA LUMPUR, NOVEMBER 15, 2019 – Hustling on their feet is part of the job and they truly love it! Going beyond their everyday routine of delivering pizzas to their customers, Domino’s Pizza delivery riders demonstrated their speed and determination as they conquered the first ever Yayasan Telekom Malaysia (Yayasan TM) International Tower Run 2019 recently. Four strong-willed ‘Abang’ Domino’s took up the challenge of 200-meter elevation climb with 54 floors and a total of 1,296 steps up the Menara TM, Kuala Lumpur!  

Speeding up the tower, Domino’s rider and athlete Ramachandran A/L N. Jayappalan, known as ‘Abang’ Domino’s Rama, scored his best time at 10 minutes and 24 seconds, and was ranked 39th out of 442 participants in the Men’s Open Category. Muhammad Luqman Hakim, best known as ‘Abang’ Domino’s Man was ranked at 135th, scoring his personal best time of 13 minutes and 58 seconds. Proud half marathoner Mohd Zulkarnain, fondly known as ‘Abang’ Domino’s Ezzu completed the run in 14 minutes and 29 seconds. Hafiz Adnan who is also known as ‘Abang’ Domino’s Apis beat the clock with his personal best at 23 minutes and 47 seconds.

“Having the opportunity to take part in the first ever tower run is definitely a unique and memorable experience for me. It is even more meaningful as I am participating with my Domino’s brothers. Daily work of delivering pizzas requires us to be fast on our feet and we embrace being active as part of our lifestyle as we carry out our duties of delivering good, fast service to our customers. While running up with our Domino’s signature thermal insulated pizza delivery bags, we imagined it was as though we were delivering pizzas to our special customers. This kept us leaping and jumping up the steps!” said Ramachandran. 

Linda Hassan, Senior Vice President, Marketing, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore said, “At Domino’s, we live up to the spirit of ‘hustle on your feet’ and we are delighted to have our riders part of this run, as an extension of their highly active lifestyles. Running is a great sport and tower running specifically is something that our riders can relate to as sometimes they too need to run up the stairs to delivery pizzas to our customers. Our team’s participation and fantastic timing demonstrates their passion, agility and grit and we believe this translates to the positive energy and quality of service when delivering to our customers. Congratulations to our ‘Abang’ Domino’s on your remarkable achievements, we are proud of you!” 

“We are humbled to be a part of Yayasan TM 25th Anniversary celebration. Their aim to contribute towards scholarships and financial support to over 15,200 students nationwide since 1994 inspires Domino’s Pizza Malaysia to strengthen our promise of ‘It’s All About You’, in going the extra mile for our customers, employees, partners and the community,” added Linda.   

In support of Yayasan TM’s 25th Anniversary, Domino’s Pizza Malaysia has partnered with Yayasan TM International Tower Run 2019 as one of the major Gold Sponsors’, treating the runner to free pizzas, Domino’s vouchers and lucky draw prizes to enjoy. This first-ever Individual Flag-Off Tower Running Event in Malaysia by Yayasan TM hosted 1,300 national and international participants from all around the world, aiming to raise funds in assisting the less fortunate, deserving students to overcome their financial setbacks towards improving their academic performances and to promote and inspire Malaysians nationwide in adopting active lifestyles. 

Domino’s Pizza’s success in Malaysia over the years is driven by its commitment to provide great value and service to its customers while enhancing the lives of its customers, employees and the community. To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s and its ongoing promotions, visit http://www.dominos.com.my/.

Abang' Domino's warming up to the beat.

Abang' Domino's dedicated to accelerating their motion upwards to meet their personal best and most importantly, a customer's expectations!

Abang' Domino's dedicated to accelerating their motion upwards to meet their personal best and most importantly, a customer's expectations!

 'Abang' Domino's Rama recorded best time among the Domino's team, ranked 39th out of 442 participants in the Men's Open Category at 10 minutes and 24 seconds! 


 We did it!: 'Abang' Domino's with their Yayasan TM International Tower Run 2019 finisher medals.


                   
Runners and crew were treated to delicious hand-tossed Domino's pizzas after the Tower Run.

Runners and crew were treated to delicious hand-tossed Domino's pizzas after the Tower Run.


Ramachandran A/L N. Jayappalan, fondly known as Rama, scored the best time among the Domino's team at the Yayasan TM International Tower Run 2019.

Mohd Zulkarnain bin Yunus, known as Ezzu, posing proudly with his medal.

 All smiles for Muhammad Luqman Hakim bin Hasrodi, also known as Man, at the Yayasan TM International Tower Run 2019.



The dashing Hafiz Adnan, nicknamed Apis, ready as ever to take on new challenges that come his way!




About Domino’s Pizza
Delivering more than 1 million pizzas a day worldwide, Domino’s Pizza is the world’s leading and fastest growing pizza delivery company committed to upholding the industry in product quality and operational excellence. Globally, Domino’s Pizza Inc. operates a total network of more than 16,000 owned and franchised stores throughout the U.S. and in over 85 markets. Domino’s internationally ranks in the top five companies in online transactions. 

As at Q2 2017, Domino’s Pizza Malaysia is the largest Domino’s market in Southeast Asia and fifth largest in Asia Pacific. Established in 1997, Domino’s Malaysia is managed by master franchise holder, Dommal Food Services Sdn Bhd. To date, there are 242 Domino’s Pizza stores in the country.

At Domino’s Pizza, we take PRIDE in our commitment to enrich the lives of our customers, employees, partners, shareholders and communities. As one of the most lovable brands in Malaysia, we will go the extra mile for your smile as well as uphold our culture to ‘sell more pizza, have more fun’. Embracing our company’s philosophy of smart hustle, Domino’s is committed to provide customers with the ultimate pizza delivery experience, with its product satisfaction guarantee, 30-minutes delivery guarantee and 15-minutes take-away guarantee. 

Forging ahead as an e-commerce entity, Domino’s Pizza has led many firsts in its digital platforms. Domino’s Pizza Malaysia has leveraged on the digital world to the best of its advantage and this began when it was certified as the first QSR company to provide an online ordering platform by the Malaysian Book of Records with the launch of its website in 2003. Domino’s Pizza Malaysia’s online ordering platform is also ranked #1 for its online speed of service in the QSR industry.

Domino’s is the award winner of the 2009, 2010, 2011, 2012 and 2016 Gold Franny Award, a distinguished Achievement Award of the International Franchise Association at the Domino’s Pizza Worldwide Rally. In a show of confidence by Malaysian consumers, Domino’s Pizza won Bronze in the “Restaurant & Fast Food" category of the prestigious Putra Brand Awards 2014, silver in 2015, bronze in 2016, Silver in 2017 and Bronze in 2018 and 2019. In 2018, Domino’s Pizza Malaysia launched its brand promise of ‘It’s All About You’, which encapsulates Domino’s commitment to deliver the best in products and services, keeping the best interest of its customers always on the forefront of all its efforts. Domino’s was also awarded Gold for “Excellence in Sponsorship Activation” category for its creative and effective partnership with MASWings in conjunction with its entry into the East Malaysian market as well as Bronze in the “Sports/Esports Marketing” category for Mobile Legends campaign at the Marketing Interactive Awards 2019.

Customers can call Domino’s at 1-300-888-333 or log on to its website at www.dominos.com.my to place their orders. For latest updates, please visit Domino’s Pizza Malaysia’s Facebook at https://www.facebook.com/DominosMY/ or Instagram at https://www.instagram.com/dominosmy/

-ends-



Sunday, 10 November 2019

Guardian Memperkenalkan Kotak Bertuah yang Diilhamkan Dari Korea Untuk Singles Day 11.11

Sunday, November 10, 2019 0
Guardian Memperkenalkan Kotak Bertuah yang Diilhamkan Dari Korea Untuk Singles Day 11.11

Guardian Memperkenalkan Kotak Bertuah yang Diilhamkan Dari Korea Untuk 
Singles Day 11.11 





Rangkaian produk Botaneco Garden Camellia & Rice Oils Menjadi Antara Barangan Penting Di Dalam Kotak Tuah (Lucky Box) Kesihatan & Kecantikan 

Kuala Lumpur, 06 November 2019 - Anda rasa bertuah? Guardian Malaysia akan memperkenalkan Kotak Bertuah (Lucky Boxes) yang diilhamkankan dari Korea buat pertama kalinya ke seluruh negara pada 11 November bagi meraikan sambutan Singles Day. Ia juga sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut dan badan, Botaneco Garden Camellia and Rice Oils yang terbaru. 

Apakah Lucky Box? 
Kotak Bertuah (Lucky Box) ini sangat popular di Korea, Jepun dan China di mana pelanggan harus membayar sejumlah wang untuk menerima nilai yang melebihi dua atau tiga kali ganda dalam bentuk produk daripada satu peruncit, semuanya dibungkus kemas di dalam sebuah kotak. Para pelanggan sememangnya menanti-nanti pelancaran Lucky Box ini kerana mereka mahukan lebih nilai dan kejutan! 

Guardian Lucky Boxes boleh didapati di semua cawangan Guardian pada harga RM50, dengan menawarkan nilai RM100 serta nilai maksimum RM150 yang terdiri daripada produk kesihatan dan kecantikan bersaiz penuh. 

Singles Day, pada 11 November menjadi hari membeli-belah secara offline dan dalam talian paling besar di dunia. Ia dipilih sebagai tarikh ideal untuk Guardian melancarkan Lucky Boxes yang pertama. 

Rangkaian Produk Camellia & Rice Oils Botaneco Garden Baharu Ada Di Dalam Kotak Anda? 
Antara barangan yang paling dinantikan di dalam Guardian Lucky Boxes ialah rangkaian produk Camellia & Rice Oils Botaneco Garden yang baharu. Ia terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut, perawat rambut, buih mandian, losyen badan dan krim tangan yang diilhamkan daripada alam semula jadi. Bukan semua kotak bertuah mempunyai produk ini, jadi pelanggan yang mendapati rangkaian produk ini sememangnya sangat bertuah. 

Menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan South East Asia Guardian Health And Beauty Sdn. Bhd, Cho Do Youn, barisan produk Botaneco Garden yang ekstensif dan mempunyai pelanggan yang setia, menjadikannya ia sebagai satu rangkaian Lucky Box yang cukup ideal.

“Botaneco Garden memiliki lebih 50 SKU, sekali gus menjadikannya antara rangkaian produk mandian dan penjagaan badan berinspirasikan alam semula jadi yang paling ekstensif di Guardian. Ia sentiasa menjadi produk terlaris kerana dibangunkan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut dan kulit pengguna di Asia. Dihasil menggunakan ramuan organik dan disahkan mesra alam (ECO) dengan formulasi yang bebas daripada bahan kimia berbahaya serta pakej yang boleh dikitar semula. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup mesra alam, produk Botaneco Garden dilihat sesuai dengan keperluan dan gaya hidup mereka.”

“Ini merupakan Lucky Box pertama daripada Guardian Malaysia. Kami yakin rangkaian produk baharu daripada Botaneco Garden ini akan menjadi kejutan istimewa di dalam sebahagian kotak yang dikeluarkan. Pelanggan akan menerima nilai berganda dan menjadi antara yang pertama untuk mencuba rangkaian produk ini,” jelas Cho. 

Rangkaian baharu itu merupakan formulasi unik yang menggabungkan minyak benih Camellia seed oil dari Jepun yang menerima persijilan ECO 100%. Rangkaian produk ini mempunyai  minyak bran beras organik dari India yang penuh dengan anti-oksidan untuk memberikan rambut serta kulit yang sihat.  

Rangkaian produk itu terdiri daripada syampu, perapi, minyak rambut dan perawat rambut yang membantu menambah baik kondisi rambut rosak dengan lembut, selain meningkatkan kekuatan rambut. Tidak ketinggalan buih mandian, losyen badan dan krim tangan yang melembabkan kulit, sekali gus membantu menjadikan kulit lebih licin, selesa dan lembut.

Rangkaian Organic Camellia & Rice Oils Hair Botaneco Garden Untuk Membaik Pulih Kerosakan Rambut – Bagaimana ia berfungsi 
Rangkaian penjagaan rambut empat langkah ini dikhaskan untuk rambut rosak. Diperkayakan dengan Keratin Tumbuhan, yang dapat membantu menambah baik kondisi rambut rosak dan meningkatkan kekuatannya dengan cara mengurangkan masalah rambut bercabang dan kutikel rosak dengan melancarkan kutikel rambut. Memandangkan rambut rosak biasanya kelihatan kering, rangkaian ini mempunyai bahan Panthenol yang membantu menambah baik kilatan rambut. Manakala Vitamin E pula membantu melindungi folikel rambut daripada kerosakan radikal bebas. 

Formulasi ini bebas daripada parabens, silikon, pewarna, alkohol, minyak mineral, petrolatum, DEA dan lanolin. Jadi, pengguna boleh berasa yakin apabila memilih produk kecantikan berasaskan kepada alam semula jadi daripada Botaneco Garden.  

Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakannya sebagai satu regim penuh. Mulakan dengan syampu dan perapi, kemudian sapu dengan minyak rambut sebelum dikeringkan untuk mendapatkan rambut yang licin. Perawat rambut pula perlu digunakan seminggu sekali.  

“Rangkaian Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oils memang ideal untuk mereka yang mempunyai kutikel dan rambut rosak seperti bercabang. Di samping mereka yang mahu meningkatkan kekuatan rambut kerana produk ini dihasil untuk menangani dan membantu masalah-masalah yang dihadapi ramai. Ia juga lembut bersama wangian yang mengasyikkan,” kata Cho. 

Rangkaian Melicinkan Tubuh Botaneco Garden Organic Camellia & Rice Oil Body – Bagaimana ia Berfungsi 
Rangkaian produk mandian Botaneco Garden Camellia & Rice Oils khas untuk mereka yang mahukan kulit lebih licin kerana ramuan-ramuannya mampu menyegar, mengekalkan tona kulit sihat memulihara keanjalan kulit serta melembab untuk kulit yang lebih licin, lembut dan selesa. Ia didatangkan dalam bentuk buih mandian, losyen badan dan krim tangan.  

Ia diperkaya dengan Keratin Tumbuhan untuk membantu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit. Penambahan Niacinamide menyumbang kepada kulit yang tiada cela, kuat dan sihat. Anda dicadang supaya menggunakan rangkaian penuh produk ini, bermula dengan buih mandian yang diformulasi bebas daripada paraben dan sabun. Diikuti oleh losyen tangan yang diformulasi bebas daripada petrolatum dan tidak melekit untuk melembab serta melicinkan kulit dengan lembut. 

“Pelancaran Botaneco Garden Lucky Box dengan produk yang sesuai untuk rambut rosak dan melicinkan kulit yang anda perlukan dilihat tepat pada masanya serta menawarkan nilai hebat. Dapatkannya untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah. Ia hadir dalam satu kotak minimalis yang boleh diguna semula. Pergi ke Guardian dan tengok tuah anda!,” kata Cho.   

Produk-produk rangkaian Botaneco Garden Camellia dan Rice Oils dijual pada harga RM20.70 untuk syampu sesuai untuk rambut rosak (500ml) dan perapi rambut (500ml). Manakala minyak rambut (95ml) berharga RM19.60 dan RM16.50 sebotol untuk perawat rambut (225ml). Rangkaian produk penjagaan badan seperti buih mandian (500ml) ditawarkan pada harga RM20.70 sebotol, losyen badan (400ml) berharga RM16.90 dan krim tangan (60g) RM9.80. Produk-produk ini boleh didapati di kedai dan e-stor Guardian di seluruh negara. 

Kotak-kotak Guardian Lucky boleh didapati di seluruh negara pada Singles Day 11/11/2019. Stok adalah terhad, jadi dapatkan segera untuk melihat tuah anda.

Ikuti https://www.instagram.com/mybotanecogarden/ untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Botaneco Garden. 









Mengenai Guardian Malaysia
Guardian merupakan rantaian kedai kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang dipercayai pelanggan kerana menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Kepercayaan yang dibina selama lebih lima dekad menerusi perkhidmatan dan komitmen kepada pelanggan itu bermula dari satu ruang seluas 200 kaki persegi yang kami huni di The Weld, Kuala Lumpur 52 tahun lalu. 

Hari ini, kami beroperasi menerusi satu rangkaian melibatkan lebih 440 buah kedai di jalan-jalan utama, pusat membeli-belah popular dan ruang e-dagang. Secara purata, kami memberi khidmat kepada lebih 33 juta pelanggan sebulan yang mengiktiraf kami sebagai penyedia produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan berkualiti yang tiada tandingan dengan banyak daripadanya juga bersifat eksklusif. 

Penubuhan Guardian bermula pada tahun 1967 apabila ia diwujudkan untuk memenuhi keperluan komuniti terhadap produk farmaseutikal dan penjagaan diri yang berkualiti. Sejak itu, konsep menyediakan produk kesihatan dan kecantikan dalam persekitaran yang profesional menjadi semakin popular dan Guardian mula berkembang. Guardian kini merupakan sebahagian daripada Dairy Farm International Group yang beroperasi di Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Kemboja. Kedai-kedainya di Malaysia dimiliki oleh Guardian Health And Beauty Sdn Bhd.

Bagi memastikan aspek khidmat pelanggan yang terbaik, ahli-ahli farmasi terlatih berada di sana untuk memberikan khidmat nasihat dan rundingan secara profesional kepada pelanggan. Ahli-ahli farmasi Guardian menjalani kursus-kursus khas untuk belajar tentang ubat-ubatan baharu di pasaran dan sentiasa peka dengan perubahan perubatan terkini. 

Sebagai bukti kepada kejayaan kami, Guardian telah menerima banyak anugerah industri. Antaranya termasuklah:

  • Pada tahun 2000, kami disenaraikan sebagai rantaian farmasi terbesar oleh Malaysian Book of Records.
  • Pada tahun 2003, kami menerima Anugerah Kebangsaan untuk Kreativiti dan Inovasi daripada Pusat Teknologi Reka Bentuk Malaysia. Juri telah memilih Guardian kerana kreativiti dan inovasi luar biasa dalam aspek pembangunan jenama. Ia kemudian menyumbang kepada imej keseluruhan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghasikanl produk berkualiti dan menyediakan perkhidmatan terbaik.  
  • Sejak tiga tahun kebelakangan ini, Guardian telah menerima 2 pingat Gangsa dan 1 Perak dalam Kategori Runcit oleh pihak Putra Brand Awards. 
  • Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) mengiktiraf usaha kami apabila memberi “Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan dan Budi Bahasa untuk Peruncit” di mana cawangan-cawangan kami yang mengambil bahagian telah memenangi anugerah Best Pharmacy Store dan Best Specialty Store selama beberapa tahun.
  • BrandLaureate Award menganugerahkan kami dengan Brand Excellence dalam aspek Peruncitan, Kesihatan, Kecantikan dan Penjagaan Diri untuk tahun 2016/2017.

Sebagai sebahagian daripada Dairy Farm Group, visi kami adalah untuk membina kedai Guardian yang dipercayai oleh pelanggan, selain menawarkan nilai dan servis berkualiti. Kami berasa peranan kami adalah untuk membantu pelanggan menyerlahkan KECANTIKAN yang berada di sebalik KESIHATAN.  

Saturday, 9 November 2019

Murtabak Cheese Kampung Kurnia

Saturday, November 09, 2019 0
Murtabak Cheese Kampung Kurnia


Lama tak makan Murtabak Cheese Kampung Kurnia. Selalu time puasa je rajin cari. Huhuhu..

Dan.... Pucuk dicita ulam mendatang.. Kebetulan petang semalam... Ye ni petang semalam punya cerita suami ajak teman pergi kebun teh ada urusan. Dah tau bila balik mesti suami suka ikot shortcut jalan Kampung Kurnia➡️Taman Suria➡️Kampung Melayu Majidee.

Malas nak singgah makan situ sebab baby pun dah syok tidur. Jadinya beli dah siap bungkus terus bawa balik..

Alhamdulillah. Puas hati. Rasa sedap tak pernah berubah. Paling heaven part cheese tarik-tarik tu la. Cun-cun je masuk dalam perut kitorang. Terus fefeeling mengantuk pulak.. Hehehe....