April 2019 - Faizzah Amir

Thursday, 25 April 2019

Bersinar bak permata dengan 'Alha Alfa Glow & Glitter Finishing Spray'

Thursday, April 25, 2019 8
Bersinar bak permata dengan 'Alha Alfa Glow & Glitter Finishing Spray'

Siapa yang selalu ada masalah muka cepat berpeluh??dan paling tak best bila korang da solek wajah tu cun2 tak sampai berapa jam solekan tu pudar..ermm..aku salah seorang yang ada masalah ni..boleh jadi stress tau bila dah berjam mengadap cermin pastu peluh sikit muka tu mula solekan tadi jadi comot..😞😞
So aku mula la survey beberapa produk untuk kekalkan makeup iaitu 'setting spray'..ada pelbagai produk setting spray tapi kalau boleh aku nak yang boleh buat nampak solekan ala2 glowing gitu..hehe melebih pula yaww..

Kawan aku perkenalkan setting spray dari Alha Alfa..aku dengar je produk dari Alha Alfa laju je terus grab.. erm siapa je tak kenal 'Alha Alfa' kan..salah seorang makeup artist yang terkenal di Malaysia ni..Alha Alfa ni sekarang banyak keluarkan produk nya sendiri..macam-macam la foundation, lipstik..tapi hari ni aku nak cerita mengenai produk setting spray dari Alha Alfa ni iaitu 'Alha Alfa Glow & Glitter Finishing Spray'.. Sebenarnya ada Alha Alfa ada keluarkan 4 jenis setting spray.. 3 lagi iaitu 'Alha Alfa Matte Primer Spray', 'Alha Alfa Glow & Gold Glitter Finishing Spray dan 'Alha Alfa Radiant Primer Spray'. Matte ngan Radiant tu untuk kegunaan sebelum makeup dan Glow & Glitter pula untuk selepas makeup..untuk kali ni aku memang nak review untuk Glow & Glitter je dulu sebab Radiant ngan Matte aku belum berpeluang mencuba lagi..
Jom cerita panjang lebar mengenai 'Alha Alfa Glow & Glitter Finishing Spray' ni..ok macam aku beritahu awal tadi ramai dalam kalangan kita ni susah nak maintain makeup termasuk aku..terutamanya lagi bila korang ada event ke apa ke yang berada di bawah terik cahaya matahari yang panas..tapi lepas ni korang tak perlu risau lagi dengan adanya produk setting spray macam 'Alha Alfa Glow & Glitter Finishing Spray'. Korang boleh maintain solekan tak cair walau dalam apa keadaan cuaca dan tempat sekalipun beserta dengan efek 'glow & glitter' ala-ala selebriti. Gitteww..

Ok ni aku highlight kan sikit antara kelebihan  'Alha Alfa Glow & Glitter Finishing Spray'

🌼Mengandungi serbuk mutiara (pearl glitter) yang memberi efek solekan berkilau dan kelihatan bersinar-sinar, berseri-seri..whoaa kena cuba dulu baru tahu 😉😉
🌼Solekan tahan lebih lama. Tak perlu risau lagi2 jenis yang muka cepat berpeluh like me.
🌼Fixedkan makeup 
🌼Sebagai bonus bau spray ni wangi tau 😍



Credit picture by ~ 


So apalagi, cepat-cepatla korang grab mana yang belum ada tu..produk Alha Alfa ni semua laku keras tau..nak mudahkan korang boleh juga contact instagram
https://www.instagram.com/mawar_kecik_shop/
sis ni selalu ready stock macam-macam produk Alha Alfa.

Ok semoga korang selalu la berseri- seri dan bersinar-sinar..cauuu dulu jumpa lagi 😘