My Mini Library ~ Part 2

Hai.. Nak sambung balik entry tentang mini library aku tu..okey nak cerita koleksi apa yang aku ada dalam tu yang masih disimpan di teratak keluarga ku sehinggalah ke hari ni..kita cerita pasal koleksi komik ye..

   Beberapa buah koleksi majalah mickey

Aku memang dari kecik favourite ngan watak-watak disney..tak kisah la dari animasi princess ke haiwan dan sebagainya..biasela zaman childhood suka tengok benda yang warna warni gitteww..dalam majalah mickey ni setiap keluaran memang ada la cerita pelbagai watak-watak disney yang digarap dalam bentuk komik..walaupun hanya 2 tahun je aku kumpul majalah ni dari tahun 1999-2000 tapi aku still simpan kesemuanya coz banyak jugak ruangan pengetahuan dan trivia yang berguna tau dalam majalah ni sebab tu sayang nak buang..

Sebahagian dari koleksi "komik anak-anak sidek" yang diterbitkan oleh Pengedaran JAS Sdn Bhd. 

Hah yang ni paling legend wehh mesti ramai yang ada koleksi ni juga kan (let's put your hands up 😂)..aku start kumpul majalah ni since dari komik yang pertama(tak ingat tahun bila) hingga tahun 2001..komik ni mengisahkan kehidupan zaman kanak-kanak lagenda jaguh sukan badminton negara kita iaitu Datuk (Dr) Misbun Sidek, Dato' Razif Sidek, Dato' Seri Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Kisah suka duka diawal mereka mula dilatih dengan sukan badminton oleh bapa mereka sendiri iaitu Allahyarham Dato' Haji Mohd Sidek bin Haji Abdullah Kamar. Berbagai ragam dan kisah yang menarik dari zaman kanak-kanak hingga remaja mereka juga turut dipaparkan dalam komik ni..banyak lagi watak lain dalam komik ini iaitu ibu mereka Datin Rukinah, kakak Rusitah, Wak Sakawi, dari watak utama sampai watak pembantu yang kadang-kadang muncul Kutan,Ayeng semua tu memang aku ingat wehh..percaya tak sampai sekarang kalau aku tengah stress aku akan baca komik ni tau..hihihi..sebab pada pendapat akulah komik ni bukan sekadar komik biasa tau..tapi penuh dengan contoh-contoh yang baik untuk diikuti bagaimana usaha,ketabahan dan pentingnya dorongan dan galakan dari keluarga untuk mencapai kejayaan dalam hidup..(sure aku simpan komik ni sampai bila-bila untuk keturunan aku baca)

Sebahagian koleksi majalah Asuh terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd

Majalah Asuh ni sebuah majalah berbentuk animasi yang berunsurkan islamik..ni paling lama aku kumpul dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku still beli lagi..suka dengan cara ilmu dan dakwah yang disampaikan melalui cara yang mudah difahami terutamanya bagi mendidik kanak-kanak.. banyak juga panduan mengenai solat, doa-doa pilihan dan sebagainya di dalam majalah ini. 

Ada juga aku kumpul beberapa komik lain tapi tak sebanyak koleksi-koleksi di atas antaranya komik Ana Muslim dan Doraemon(puas geledah tapi satu pun tak jumpa..Doraemon merayau naik helikopter entah sampai lupa jalan pulang ke rak agaknya😅)..

P/s ~ Tak salah pun sebenarnya baca komik tapi cari la yang berunsurkan ilmu pengetahuan..secara tak langsung dapat membantu mendidik minda kanak-kanak..

5 comments:

  1. Salam kak...maaf la klau sy bertnye...x silap sy JAS SDN BHD ad wat animasi lain kan slain anak-anak sidek???

    ReplyDelete
  2. salam,
    kalau komik mickey tu nak jual bagitahu..
    kalau komik Anak2 sidek tu nak jual bagitahu..

    ReplyDelete
  3. hi
    kalau komik anak-anak sidek itu nak jual bagitahu ye, saya nak beli.

    ReplyDelete
  4. Kalau anak2 sidek komik tu nk jual sy na beli

    ReplyDelete
  5. Komik anak-anak sidek ada lgi tak? Klau ada nk beliii

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.