Jom plan birthday party dengan Partyliciousjb Birthday Shop & Event Planner

Korang kat sini ada tak yang sedang or ada terfikir nak buat birthday party dan yang berkaitan?

Terutamanya area Kota Tinggi yang berdekatan meh aku nak cadangkan korang pilih servis event planner dari Partyliciousjb Party Shop & Event Planner.

Aku dari zaman cintan cintun kalau nak buat surprise pun suka ambil servis diorang. Pakejnya pelbagai tapi berpatutan sesuai dengan bajet masing-masing. Walaupun bajet rendah tapi nampak mewah. Best kan.

Baru-baru ni birthday party anak aku pun ambil servis diorang. Alhamdulillah mudah sangat berurusan dengan mereka. Daripada boss sampai ke staf memang friendly sesangat laa... Uollss tau kan iollss ni kadang cerewet kuikuikui..

Bayangkanlah plan nak buat birthday party anak aku tu tepat pada hari tarikh lahirnya sabtu 18 January. Tapi encik suami lak turn kena pergi kerja haritu. So aku minta anjakkan sehari lagi nak sewa dekorasi backdrop apa semua tu. Diorang tak cakap banyak pun ok je. Yang paling aku suka staf buat kerja walaupun pantas dan cergas tapi kemas sangat tak berselerak langsung rumah aku sebelum dan selepas.

Aku pilih pakej yang paling ekonomi. Tapi tak nampak pun macam ekonomi kan. Kalau korang ada bajet lebih sikit nak buat candy buffet dengan diorang pun boleh je.

Ok kan walaupun aku punya stok dessert tu sikit-sikit je hehe. Simple but sweet oklah.. Ikut bajet hehehe... 

Sebelum pemasangan

Ada banyak deko dan bunga pada awalnya, tapi aku turunkan separuh sebab nak letak dessert

Minions ni jadi hak anak aku ler lepas majlis diorang bagi je. Anak aku jadikan punchbag hari-hari hahaha


Aku pilih tema minions masa majlis anak aku tu. Macam sama comel lak minions dengan anak aku. Dengan suara gitu, rambut pun sehelai dua hahaha..

Ok apa pun puas hati sangat la dengan pakej dekorasi yang diorang tawarkan ni walaupun murah tapi berbaloi bila dapat mengikut tema yang kita nak kan. Sekurang-kurangnya jadi kenangan juga untuk anak-anak bila dah dewasa nanti. Yela zaman aku dulu tak merasa lagi ikut tema-tema ni semua. Dapat sebiji kek dengan belon macam-macam color pun dah syukur masa tu.

Ok ni aku share contact detail Partyliciousjb Party Shop & Event Planner 👇👇

🎈Facebook Page ~ https://facebook.com/pg/partyliciousjb/posts/

🎈Whatsapp ~ www.wasap.my/60197340507

2 comments:

  1. alhamdulillah rezeki untuk anak2 kan. zaman kita dulu takda jadi kita buat untuk anak dan kita dapat join sekali jugak, hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.