January 2020 - Faizzah Amir

Friday, 31 January 2020

Nasi Goreng Sardin Kelam Kabut

Friday, January 31, 2020 6
Nasi Goreng Sardin Kelam Kabut









Cerita pagi tadi. Nasi Goreng Sardin Kelam Kabut. Haha. Itulah namanya. Tak ada resepi pun. Nak tahu cara membuatnya kena lah berada di dalam keadaan 'rushing' dulu. Haha. Joke.

Kisahnya pagi ni kelam kabut dah lambat nak pergi bertugas. Tapi still nak buat sarapan untuk diri sendiri dan family. So benda pertama nampak dalam kabinet dapur ialah tin sardin. Capai terus buat nasi goreng. Sayur ke mana. Apa pun ke mana. Tapi telur dadar tu tak dilupakan ye. Hehehe

Tapi puas hati la jugak. Not bad sedap jugak nasi goreng aku tu. Kalau aku tak puji siapa lagi nak puji kan. Jenggg.. Eh jap siapa kata tak ada orang puji. Suami aku yang baru balik kerja pagi ni pun terus mengadap nasi goreng sardin kelam kabut ni dengan penuh berselera. Bila selera maknanya sedap la kan. Bagi kemas sikit perut katanya bila pagi makan yang berat-berat. Hehehe.

Oklah.. Tak mau cerita panjang-panjang. Nanti entri lain kita cerita sarapan lain lak. Alright bye korang ❤️

Thursday, 30 January 2020

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Tun Syed Nasir Ismail | SMK Majidi Baru 1970-2020

Thursday, January 30, 2020 5
Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SMK Tun Syed Nasir Ismail | SMK Majidi Baru 1970-2020





Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia Nya aku tak sangka berpeluang dipanjangkan umur untuk berada dalam salah satu peristiwa bersejarah di tahun 2020 ini.

Tak sangka sekolah tempat aku menimba ilmu dari tahun 2002 hingga 2006 iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru atau namanya kini Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail kini dah berusia 50 Tahun pada tahun 2020 ni. Dari tahun 1970 sekolah ini ditubuhkan hingga 2020. Jubli Emas tu.. Huhuhu..







Banyak kenangan suka duka aku di sekolah ini. Terutamanya dengan guru-guru dan rakan-rakan ler.. So aku berharap sangat pada sempena sambutan 50 tahun ni at least aku dapat menyumbangkan sesuatu buat sekolah aku ni.

Dalam instagram SMK Tun Syed Nasir Ismail pun ada di war-warkan mengenai pihak sekolah yang mengalu-alukan agar semua alumni atau bekas pelajar sama-sama meluangkan masa melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah sepanjang tahun ini.

Contoh kalau ada rezeki lebih, korang boleh la menyumbang kewangan, kalau tak boleh ikut kemampuan korang banyak lagi jenis sumbangan lain seperti sumbangan barangan keperluan sekolah atau sumbangan tenaga dan khidmat bakti korang pun sangat dialu-alukan. Masa inilah kita nak balas balik jasa sekolah tempat kita menimba ilmu. Kalau bukan kita bekas pelajar siapa lagi kan...

Akhir kata, semoga aku dan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru @ Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail dapat meluangkan sedikit masa menyumbang apa juga yang terdaya untuk sekolah kami yang tercinta ini bukan tahun ini sahaja harap-harapnya selagi terdaya dan ada kemampuan in sya Allah.. Moga dipermudahkan urusan kami dan pihak sekolah.. Dan semoga SMK Tun Syed Nasir Ismail terus melahirkan insan-insan yang berjaya.. Aaminn2 ya rabbal alamiinn..

Info Lanjut boleh rujuk di
Instagram SMK Tun Syed Nasir Ismail ~ https://instagram.com/smktsni.official

Di kesempatan ini juga aku nak ambil peluang untuk kongsi dengan pembaca sejarah penubuhan SMK Majidi Baru @ SMK Tun Syed Nasir Ismail.



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAJIDI BARU.

Pada tahun 2006, SMK Majidi Baru telah ditukarkan nama kepada SMK Tun Syed Nasir Ismail. Kelulusan penukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 16 September 2006.

Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor pada 23 Jun 2007 bersamaan 8 Jamadilakhir 1428.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL

Sekolah Menengah Kebangsaan Majidi Baru ditubuhkan pada tahun 1970. Oleh kerana bangunan kelas belum siap sempurna, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Molek, Johor Bahru. Lambang bendera dan cogankata sekolah “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” direka oleh En. Mohd Salleh Bin Mohamed. Lagu sekolah yang berjudul “Berilmu, Berbahasa, Berjasa” pula dilhamkan oleh En. Ahmad Bin Hisham.
Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru dibuka secara rasmi pada tahun 1981 oleh Y.B. Dato’ Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia. Koperasi sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan dijadikan sebagai badan pertubuhan yang berdaftar.

Pada tahun 1990, projek pembinaan dua blok bangunan tiga tingkat mula dijalankan. Surau al-Rahman yang telah dibina dengan lebih besar dan lebih selesa dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj Mohd Ali Bin Hassan. Blok Budi dan Blok Bahasa dirasmikan oleh Y.B Dato’ Syed Hamid Albar Bin Syed Jaafar Albar dengan jayanya pada tahun 1994.

Pada tahun 2002, kerja baikpulih sekolah telah dijalankan. Pagar-pagar dawai di sekeliling sekolah telah digantikan dengan tembok batu. Bilik khas untuk pengawal peselamatan sekolah telah didirikan berhampiran dengan pintu pagar utama sekolah. Bangunan sekolah juga diberi wajah baru. Longkang di kawasan sekeliling sekolah diperbesarkan.

Pada tahun 2003, keadaan kantin di Blok Ilmu dan Blok Jasa telah diperbaiki. Lantai-lantai dipasang dengan mozek. Kerusi yang diperbuat daripada batu dibina, kipas dan lampu dipasang serta siling yang lama diganti dengan siling yang baru. Tangga untuk laluan pelajar telah dibina berhampiran dengan koperasi sekolah untuk memudahkan pelajar untuk pergi ke surau.

P/s ~ Rasa nak merayau satu sekolah ngan geng-geng lama. Confirm mengimbau kenangan sampai meleleh air mata sebab terharu sangat. Hehehe..

Sumber : Facebook JB In My Heart.

Wednesday, 29 January 2020

Apa Itu Kutu Rambut & Cara Merawatnya

Wednesday, January 29, 2020 3
Apa Itu Kutu Rambut & Cara Merawatnya



Credit picture to ~ Maskulin




Entah kenapa eh, bila rambut gatal-gatal je secara automatik aku teringat lak masa kutu bersarang kat kepala aku ni dulu. Masa sekolah darjah 2 kalau tak silap.

Tak tahulah berjangkit dari kawan ke apa, mula-mula mak aku yang perasan masa sikatkan rambut katanya macam bersisik kat hujung rambut macam telur kutu katanya. Hadoiila masa tu pun aku dah geli geleman membayangkannya.

Berapa hari lepas tu start la rasa gatal semacam kat kepala ni. Kebetulan balik sekolah agama bukak tudung dengan anak tudung tau benda apa yang aku nampak tau korang? Dua tiga ekor sang kutu keluar merayau. Dah lama berkuap dalam tudung agaknya. Adudu gelinya bila ingat balik..

Since tu sampai la ni aku memang titik beratkan penjagaan rambut. Ni aku nak share sikit kat korang pasal kutu rambut kot kita boleh buat rujukan sesama haaa...

Jangkitan kutu rambut itu apa? 

๐Ÿ“ Bersaiz antara 2-4mm dan tidak bersayap, kutu rambut hidup di kepala manusia dengan menghisap darah pada kulit kepala.

Ia bertelur pada pangkal rambut dan dalam 7-10 hari, telur akan menetas manakala kulit telurnya kekal melekat pada rambut.

6-10 hari selepas menetas, ia menjadi kutu dewasa dan mula merayap.

Kutu betina boleh menghasilkan 6 biji telur setiap hari selama hari 30 hari. Telur kutu boleh bertahan sehingga 3 hari namun tidak akan menetas pada suhu selain suhu kulit kepala.

Walaupun tidak boleh terbang, ia boleh merangkak dengan kelajuan sehingga 23cm seminit.

Yang melegakan, kutu kepala, tidak seperti kutu badan, bukanlah agen kepada apa-apa penyakit. Binatang peliharaan seperti kucing dan anjing juga bukan pembawa kepada kutu jenis ini.

Ketahui fakta tentang kutu kepala dan cara menghilangkan kutu jika terkena jangkitan seperti di bawah ini:

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Cara lain termasuklah menggunakan skaf, sarung kepala, sikat atau berus rambut dan tuala mereka yang telah dijangkiti kutu kepala.

Namun, kutu hanya dapat hidup jauh dari kepala manusia sehingga 72jam sahaja.


Credit picture to ~ SirapLimau


SIMPTOM JANGKITAN KUTU KEPALA

Simptom kegatalan bergantung kepada sensitiviti kulit kepala kepada komponen antigen air liur kutu.

Kadangkala ia mengambil masa 4 minggu hingga 3 bulan sebelum rasa gatal muncul, manakala ada juga yang tidak merasa gatal langsung.

Bagi mereka yang tidak merasa gatal, bintik-bintik putih pada rambut, iaitu telur kutu, menjadi simptom.

CARA-CARA MENGHILANGKAN KUTU RAMBUT

Sikat Ketika Basah
๐Ÿ“Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut.

Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut.

Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat.

Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah.

Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

Ubat Losyen atau Penyembur
๐Ÿ“Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala.

Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk.

Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.


Cuka dan Minyak
๐Ÿ“Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya.

Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil.

Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk leboh efektif.

Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.



Sumber : theAsianparent



Tuesday, 28 January 2020

Planner Ana 2020 ~ Planner Multi-function dengan Pilihan Design Menarik

Tuesday, January 28, 2020 7
Planner Ana 2020 ~ Planner Multi-function dengan Pilihan Design Menarik


Dah nak penghujung bulan January 2020 baru aku terfikir nak beli planner.. Kenapa entah boleh terlupa benda penting macam ni huhuhu..

Apa pun aku nak ambil kesempatan sikit cerita pasal planner yang aku beli ni. Planner Ana ni mesti ramai yang dah tahu kan. Planner multi-function dengan pelbagai design pilihan yang menarik.

Untuk tahun 2020 ni, aku pilih design passion. Memang suka ala-ala elegan gitu. Dan tentunya aku pilih set exclusive yang hardcover. Bukan apa aku ni 'lasak' sikit bab tulis-tulis ni, kang koyak pulak kulit planner yang cantik ni.

Set exclusive hardcover ni pun special sikit ada banyak freegift dan didatangkan dalam box. Free gift yang aku dapat ialah buku nota kecil 'journey to jannah' dalam ni korang boleh buat catatan pasal puasa, amalan kita sebagai umat islam, bukan untuk show off atau rasa riak tau..haishh tak mau gitu.. Sekurangnya dengan cara ini boleh mendidik dan melatih kita jadi muslim yang lebih baik kan. Selain tu juga aku dapat free gift calendar pocket, penanda buku, gift card, pin dan 2020 planning chart.

Ok ni aku nak cerita sikit antara yang terkandung dalam Planner Ana 2020 ~~

๐ŸŒบ Public Holiday (Malaysia, Brunei, Singapore, Indonesia)

๐ŸŒบ Monthly Planner
✔️Boleh plan apa rancangan harian korang, catit    appointment penting, perbelanjaan dan simpanan duit setiap bulan(pentingnya kan merancang kewangan kita).
✔️Ada kata-kata motivasi di setiap bulan. Rasa bersemangat gitu..

๐ŸŒบ Business Plan
✔️Bagi korang yang ada bisnes sendiri tu, pentingnya ada planner yang macam ni tau, sebab planner ni sangat complete untuk korang buat catatan bisnes korang nye achievement, problems, expected result dan idea-idea korang. Dah ada column khas tinggal isi je. Senang sangat kan.
✔️ Dan juga ada column strategi untuk capai target dari bulan Januari hingga Disember.

๐ŸŒบ Tarikh - Tarikh Majlis Penting
✔️ Ni pun penting. Walaupun korang dah ada alarm kat handphone ke apa tapi penting ada catit kat planner. Trust me ok hehehe...

๐ŸŒบ Menstrual Cycle Tracker
✔️ Ni of course antara yang terpenting bagi aku dan sudah pasti untuk semua kaum wanita yang lain... Heeeee...

๐ŸŒบ Notes & Sketches
✔️ Boleh la korang buat tulis-tulis luahan rasa ke, cerpen ke or main lukis-lukis ke..

๐ŸŒบ Body & Weight Measurement
✔️Kegemaran aku yang ni laa.. Makin bersemangat rasa nak dapatkan berat badan ideal.. Hohoho

๐ŸŒบ 30 Days Of Detox Water
✔️Kira macam sahut cabaran gitu.. Follow je tiap-tiap minggu berbeza cabaran detox ni.

๐ŸŒบ 30 Days Walk Run Schedule
✔️Ni hah, pesanan untuk aku jua.. Lepas ni jangan malas-malas lagi join run challenge..

๐ŸŒบ 30 Days Workout Challenge
✔️ Hah ambik lagi pesanan khidmat masyarakat untuk aku. Jangan malas-malas nak bersenam. Tak menyempat pegi gym dalam rumah pun boleh kan.

๐ŸŒบ My Website & Social Media
✔️ Blogger macam aku dengan media sosial memang tak dapat dipisahkan. Nilah kepentingan ada planner yang macam ni.

๐ŸŒบ Monthly Payment/ Bill
✔️ Lepas ni dah tak ada alasan dah lupa bayar bil-bil bulanan hihihi...

๐ŸŒบ Saving Challenge
✔️ Korang dan aku dah boleh disiplin dah dalam soal kewangan lepas ni. Tak mau dah boros ikut suka suki je. Kena mula rancang menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye dok..

๐ŸŒบ Kindness Challenge
✔️ Cabaran ini juga bukan untuk buat korang rasa bangga dan riak tau, tapi disiplin kan diri kita supaya jadi manusia yang ada menyumbang manfaat kepada masyarakat dan hidupan kat dunia ni. Gituuu...

๐ŸŒบ Dream Vacation & Packaging List
✔️ Ni pun antara planner yang terpenting. Baru la plan travel korang akan jadi perfect. Tak ada dah risau barang-barang penting tertinggal ke apa. Jenuh kang. Ni dah boleh la rancang elok-elok dah ada planner kan.

Ok sebenarnya banyak lagi yang terkandung dalam Planner Ana ni. Korang dapatkan sendiri la puas hati. Belum terlambat lagi untuk dapatkan planner 2020.









































Walaupun sekarang zaman dah serba canggih semua plan dan catat benda penting pakai telefon bimbit, tapi pentingnya korang ada catatan planner yang macam ni tau. Bila kita sentiasa merancang dan buat persediaan untuk kehidupan seharian, barulah hidup rasa lebih teratur. Jiwa pun tenang kan.

Oklah aku nak sambung tulis wishlist aku untuk tahun 2020 ni kat Planner Ana ni. Kita sambung cerita banyak lagi di entri yang akan datang.. Babaiii

Monday, 27 January 2020

Luahan Rasa Faizzah Amir

Monday, January 27, 2020 4
Luahan Rasa Faizzah Amir




Agaknya kalau aku buat sesi meluah perasaan kat blog ni, pembaca semua ok ke tak? Atau rasa meluat? Kihkihkih..

Entahlah.. Banyak perkara kat blog ni, aku rasa paling best bila dapat berkongsi cerita mengenai pengalaman sendiri. Taklah semua hal nak cerita.. Yang terlalu peribadi bagi aku tetap ianya kekal peribadi..

Luahan hati bagi aku tidaklah tertumpu pada certain part je. Luahan hati ni skop dia luas kan. Boleh jadi luahan mengenai isu semasa, orang sekeliling, benda-benda yang kita punya, impian dan harapan kita pun boleh, manalah tahu orang yang membaca pun boleh sama-sama doakan impian kita yang belum tercapai tu.

Nak meluah bila rasa geram boleh tak korang? Hehehe.. Boleh la kot. Daripada kita meluah pada cara yang tak sepatutnya, elok juga kita meluah di sini. Janji ianya tak memberi kemudaratan kepada sesiapa. Sebab jenis perangai aku juga kalau terlampau geram aku tak suka simpan sangat. Tak syok sakit kepala sorang-sorang hahaha... Kecuali la hal peribadi atau yang melibatkan rumahtangga tu elok la kita simpan kemas dan fikir cara nak selesaikan. Sebab aku paling tak berkenan bila masalah rumahtangga dijadikan tatapan umum. Hal rumahtangga ni pilihan kita sejak dari awal kan, kenapa perlu libatkan orang lain bila ada masalah. Dalam erti kata lain tak perlu heret orang lain dalam masalah rumahtangga kita. Jadi matang. Selesaikan bersama pasangan korang. Kalau tak boleh juga, banyak lagi cara lain. Sentiasa berdoa pada sang pencipta. DIA takkan pernah mengecewakan kita in sya Allah...

Berbalik pada tajuk aku tadi, banyak perkara aku nak luah kat sini. Boleh jadi luahan hati pasal makanan yang aku masak, pasal gambar yang aku selfie, kenapa aku ni tak pernah fotogenik bila dalam gambar, mana tahu korang boleh share tips kan hehehe..

Ok aku cau dulu laa...nanti aku akan fikirkan apa lagi yang boleh aku luah kat sini. Ni bukan yang last tau. Akan ada part kedua ketiga dan mungkin beribu luahan yang akan bersusun di blog aku ni.. Sekurang-kurangnya bila kita meluah isi hati di tempat yang betul, fikiran kita pun jadi lebih tenang dan makin rasa bersemangat dalam kehidupan seharian gitu.. Kira pembaca aku ni jadi pemangkin semangat aku ler..

Alright jumpa lagi korang di luahan seterusnya.. ๐Ÿ’•






Sunday, 26 January 2020

Doa-Doa Melindungi Dari Wabak & Penyakit Berjangkit

Sunday, January 26, 2020 2
Doa-Doa Melindungi Dari Wabak & Penyakit Berjangkit



Dalam kita risau mengenai wabak novel coronavirus, sebagai orang yang beragama Islam lepas kita dah berusaha, eloklah kita bertawakal dan berdoa. Memohon perlindungan dari Allah yang maha berkuasa.

Kebetulan semalam aku terjumpa post kat facebook Norasihkin Gani doa-doa untuk wabak dan penyakit berjangkit. Bagus untuk diamalkan sentiasa. In sya Allah moga kita semua sentiasa terlindung dan dihindari dari penyakit-penyakit yang seperti ini. Aaminn2 ya rabbal alamiinn..

Credit picture to ~ Makcik Aku ๐Ÿ˜



Credit picture to ~ FB Norasihkin Gani 




Credit picture to ~ FB Norasihkin Gani 









Langkah-Langkah Pencegahan Dari Jangkitan Novel Coronavirus

Sunday, January 26, 2020 2
Langkah-Langkah Pencegahan Dari Jangkitan Novel Coronavirus


Ramai sedang memperkatakan sekarang mengenai wabak novel coronavirus. Fiza sendiri pun sedang mencari info mengenai wabak ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu ambil tahu langkah-langkah pencegahan dari wabak novel coronavirus. Ni aku kongsikan artikel dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai langkah pencegahan untuk wabak novel coronavirus.


Credit picture to ~ Kementerian Kesihatan Malaysia 


Sehingga kini, cara jangkitan 2019-nCoV masih tidak diketahui dengan jelas. Kes yang dikesan didapati mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas. Terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya penularan dari seorang individu kepada individu yang lain (human-to-human transmission), khususnya dalam kalangan kontak rapat.

Orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia:

• Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer);

• Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu;

• Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;

• Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;

• Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna;

• Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.





 Credit Artikel:

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

25 Januari 2020


Saturday, 25 January 2020

Aku dan Pokok Bunga

Saturday, January 25, 2020 2
Aku dan Pokok Bunga


Cuti Tahun Baru Cina ni apa je aktiviti korang ye? Ada yang bercuti, balik kampung ke?

Ermm macam aku memerap kat rumah saja lah ye sebab suami cuti pun sehari je. So otak ni merangka-rangka juga apa aktiviti yang nak dibuat di rumah ni.

Tiba-tiba rasa dapat ilham nak belajar menanam pokok bunga la. Buat aku tergelak sorang pun ada bila terfikir pasal ni. Sebab aku boleh dikatakan tangan tak berseni langsung bab tanam menanam ni. Dibandingkan dengan mak aku yang memang pro dalam bab ni, menanam dan berkebun memang minat mak aku. Dari dulu orang cakap tangan mak aku ni campak benih apa pun semua menjadi. Tak macam tangan anak dia sorang ni, tanam apa pun berapa hari je hidup pastu hukhukhuk... Kesian tanaman dan pokok-pokok mak yang pernah jadi mangsa tangan tak berseni aku ni..

Tetapi.....itu semua sama sekali tak mematahkan semangat aku untuk terus mencuba dan mencuba. So kebetulan lalu sebuah nursery kat Kota Tinggi, lupa lak nama nursery tu, tapi dia bersebelahan dengan BHP Petrol. Pilih punya pilih berkenan pulak kat bunga mawar atau rose ni hah. Harga pun berpatutan so grab la dua warna terus. Satu merah satu lagi soft pink.



Ok sampai rumah misi menanam pun bermula. Nampak je mudah cuma perlu pindahkan pokok bunga dan tanah ke dalam pasu. Tapi proses penjagaannya lepas ni. Mampukah ianya bertahan lama atau senasib dengan pokok-pokok yang aku tanam sebelum ni? Nantikan jeng jeg jeng.....




Friday, 24 January 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer

Friday, January 24, 2020 6
January Giveaway by Awesome Dreamer

Hi, jom siapa yang belum join giveaway ni. Klik je banner tau..





Thursday, 23 January 2020

Jom plan birthday party dengan Partyliciousjb Birthday Shop & Event Planner

Thursday, January 23, 2020 2
Jom plan birthday party dengan Partyliciousjb Birthday Shop & Event Planner
Korang kat sini ada tak yang sedang or ada terfikir nak buat birthday party dan yang berkaitan?

Terutamanya area Kota Tinggi yang berdekatan meh aku nak cadangkan korang pilih servis event planner dari Partyliciousjb Party Shop & Event Planner.

Aku dari zaman cintan cintun kalau nak buat surprise pun suka ambil servis diorang. Pakejnya pelbagai tapi berpatutan sesuai dengan bajet masing-masing. Walaupun bajet rendah tapi nampak mewah. Best kan.

Baru-baru ni birthday party anak aku pun ambil servis diorang. Alhamdulillah mudah sangat berurusan dengan mereka. Daripada boss sampai ke staf memang friendly sesangat laa... Uollss tau kan iollss ni kadang cerewet kuikuikui..

Bayangkanlah plan nak buat birthday party anak aku tu tepat pada hari tarikh lahirnya sabtu 18 January. Tapi encik suami lak turn kena pergi kerja haritu. So aku minta anjakkan sehari lagi nak sewa dekorasi backdrop apa semua tu. Diorang tak cakap banyak pun ok je. Yang paling aku suka staf buat kerja walaupun pantas dan cergas tapi kemas sangat tak berselerak langsung rumah aku sebelum dan selepas.

Aku pilih pakej yang paling ekonomi. Tapi tak nampak pun macam ekonomi kan. Kalau korang ada bajet lebih sikit nak buat candy buffet dengan diorang pun boleh je.

Ok kan walaupun aku punya stok dessert tu sikit-sikit je hehe. Simple but sweet oklah.. Ikut bajet hehehe... 

Sebelum pemasangan

Ada banyak deko dan bunga pada awalnya, tapi aku turunkan separuh sebab nak letak dessert

Minions ni jadi hak anak aku ler lepas majlis diorang bagi je. Anak aku jadikan punchbag hari-hari hahaha


Aku pilih tema minions masa majlis anak aku tu. Macam sama comel lak minions dengan anak aku. Dengan suara gitu, rambut pun sehelai dua hahaha..

Ok apa pun puas hati sangat la dengan pakej dekorasi yang diorang tawarkan ni walaupun murah tapi berbaloi bila dapat mengikut tema yang kita nak kan. Sekurang-kurangnya jadi kenangan juga untuk anak-anak bila dah dewasa nanti. Yela zaman aku dulu tak merasa lagi ikut tema-tema ni semua. Dapat sebiji kek dengan belon macam-macam color pun dah syukur masa tu.

Ok ni aku share contact detail Partyliciousjb Party Shop & Event Planner ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐ŸŽˆFacebook Page ~ https://facebook.com/pg/partyliciousjb/posts/

๐ŸŽˆWhatsapp ~ www.wasap.my/60197340507

Wednesday, 22 January 2020

Santai with Daily Fresh Garlic Cheese Cupcorn

Wednesday, January 22, 2020 4
Santai with Daily Fresh Garlic Cheese Cupcorn


Alkisahnya hari ni jalan-jalan pergi shopping barang keperluan dapur kat pasaraya NSK Ulu Tiram, Johor.

Lepas settle kan semua barang keperluan dapur, singgah jap Daily Fresh. Satu tabiat aku kalau lepas beli belah barang-barang dapur mesti sebelum balik tu cari cupcorn.

Tapi since pandai dan selalu jugak buat sendiri cupcorn milk yang biasa tu, jarang dah beli. Puas makan sendiri buat kan. Tapi hari ni singgah Daily Fresh nak beli cupcorn garlic cheese sebab aku tak pandai lagi buat yang topping ni.




Sedap juga Daily Fresh garlic cheese cupcorn. Garlic cheese tu memang bukan sekadar nama je. Kalau ikut tekak aku rasa betul-betul macam garlic mix dengan cheese. Macam tak cukup je satu cup untuk aku. Menyesal tak beli dua tiga ke huhuhu...

Ok ada rezeki next belanja dapur boleh beli lagi cupcorn kat Daily Fresh. Aku nak cuba cupcorn yang topping chili flake pulak. Ok korang kita cerita-cerita lagi nanti yawww.....

Tuesday, 21 January 2020

JANUARY GIVEAWAY by FHR

Tuesday, January 21, 2020 9
JANUARY GIVEAWAY by FHR







Jom kita sama-sama memeriahkan giveaway ni. Mana tahu ada rezeki korang. Klik je banner kalau korang nak join...

Segmen Bloglisted 2020 by Misya

Tuesday, January 21, 2020 7
Segmen Bloglisted 2020 by Misya
Hai korang.. Daripada termenung tak ada buat apa, jom kita join segmen bloglist dari sis Misya ni. Klik je banner kat bawah ni. Join cepat-cepat sebelum 31 January 2020.

           

Monday, 20 January 2020

Resepi Ayam Masak Halia Kegemaran Suami Bekal Pergi Kerja

Monday, January 20, 2020 4
Resepi Ayam Masak Halia Kegemaran Suami Bekal Pergi Kerja



Lauk ayam masak halia hampir setiap minggu jadi hidangan bekal suami ke tempat kerja. Sedap katanya (air tangan bini lah katakan walaupun resepi asal copy dari facebook). Mudah nak disediakan pun ye juga. Yela selalu masakkan suami pagi-pagi subuh ni mata pun separuh je bukak mamai lagi. Tapi resepi ayam masak halia sangat mudah disediakan. Dan confirm menyelerakan dan bertambah nasi. Jom try resepinya yang aku share ni hah~~~




CREDIT Resepi by ~ FB Fadzilah Mahmud


Bahan-bahan:

Ayam ( potong bahagian kecil)
Kicap cair
Sos tiram
Tepung jagung
Bawang
Cili
Daun bawang
Halia (wajib)
Cili merah
Bawang putih
Serbuk lada hitam

Cara masak:

1. Goreng ayam yang dah diperasakan kunyit dan garam. Angkat dan toskan tepi.

2. Tumis bawang putih yang diketuk dengan halia. Dah naik bau masukkan kicap cair, sos tiram.

3. Bancuh sedikit tepung jagung dengan air untuk pekatkan kuah. Masuk dalam kuali. Letakkan sedikit serbuk lada hitam.

4. Masukkan ayam yang digoreng tadi gaul rata.

5. Last sekali masuk bawang besar,cili padi, cili merah dan daun bawang. Tutup api jangan terlalu lama nanti layu.

Daun bawang je aku tak letak sebab daun bawang tak ada stok kat dapur masa masak pagi tadi huhuhu



Ok selamat memasak korang.. Jumpa lagi di entri yang lain wokeyyyhhh

Happy Birthday Firas Faiq!! ~ Firas Turns 1

Monday, January 20, 2020 3
Happy Birthday Firas Faiq!! ~ Firas Turns 1



Alhamdulillah syukur pada Sabtu 18/01/2020 dah setahun umur hero ibu ayah ni. Sekejap je besonya ye...

Plan asal nak celebrate birthday Firas kat luar tapi disebabkan Firas baru baik dari demam, jadi kami tak berapa yakin nak bawa anak kat tempat yang open. Buat tertutup di rumah jela ye. Nanti Firas dah besar dah sekolah ibu ayah buat birthday party ajak kengkawan ea...

Dan disebabkan kesibukan si ayah juga yang tak menentu waktu kerjanya, si ibu sebagai birthday planner ni pun postpone la birthday party ke 19/01/2020... Tq juga event planner Partyliciousjb Party Shop & Event Planner sebab sabar layan karenah kami. Nanti kami bagi kredit khas untuk uollss kat entri seterusnya tau.

Ok ibu simpan kenangan kat blog ni. Nanti Firas dah dewasa sampai dah tua awak boleh baca kat sini. Happy 1st Birthday Muhammad Firas Faiq bin Muhammad Fauzee ๐Ÿฅณ๐Ÿฅณ Semoga terus membesar dengan bijak, sihat dan jadi anak yang membanggakan ibu ayah. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah.. Aamiinn2 ya rabbal alamiinn.. Ibu Ayah Sayang Kamu Sangat-Sangat❤️❤️❤️

Serius je wajah si anak ye.. Hehehe

 Firas: Lambat betul la nak makan kek tu, asyik ambik gambar je.. 


               Apa yang didongak ye? 

Firas with Atuk

Firas with Nenek

Firas with Ayah

Firas with Ibu

    Ayah tu excited sangat nak selfie sampai tertekan mode blur kat muka ibu grrr


 Ibu balas balik selfie mode blur lak muka ayah hehehe


Tak ready bergambar lagi siapa punya kerja la ni kuikui


Next entri nanti aku cerita lebih detail about event planner & kek dessert semua ye. Stay tuned!!

P/s ~~ Halamak.. Ibu belum beli hadiah untuk Firas la.. Apa ibu nak belikan untuk Firas ye?