Review Novel ~ Hati Yang Terusik





                         Tajuk ~ Hati Yang Terusik
                         Penulis ~ Nia Azalea
                           Terbitan ~ Alaf 21

Sinopsis Dari Novel ~~

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu. Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.

Farhan...lelaki yang tidak punya segalanya. Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya.

Vanessa...wanita yang memiliki segalanya. Namun, itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimpi.

Hakikatnya...mana ada cinta yang tidak teruji. Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina. Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal fikirannya. Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat! Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, dicela sesuka hati.

Untuk kesekian kali, tercarik lagi hati Vanessa. Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavender di musim luruh. Dia terpaksa membuat pilihan. Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan. Baginya, diam bukan bererti salah, bukan juga bererti mengalah. Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap, akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan! 

                            🌼🌼🌼

🎭 Novel ni banyak mengajar erti kesabaran terutamanya setelah hidup berumahtangga. Betapa pentingnya untuk kita saling bertolak ansur dan memahami pasangan. Buang sikap ego, pentingkan diri dan syak wasangka terhadap pasangan.

























No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.