Firas dan Remote - Faizzah Amir

Tuesday, 10 December 2019

Firas dan Remote



Hero ibu ni makin besar makin banyak keletahnya. Alhamdulillah. Tapi baru-baru ni ibu perhatikan Firas suka sangat dengan alat kawalan jauh atau lebih senang aku panggil remote je. Kalau salah aku minta maaf siap-siap ye. Hehehe...

Firas tak boleh nampak apa pun remote dalam rumah semua dia nak buat main. Remote televisyen, aircond apa-apa jela kan. Masa balik rumah nenek dia kat Cheras pun gitu. Kalau setakat pegang gitu je tak apa lagi, ni siap baling-baling risau pulak rosak kang jenuh satu hal huhuhu...

Dan ibu dan ayahnya pun dok memikirkanlah solusinya. Bila tak di bagi nangis, tak sampai hati tengok muka nya merayu rayu gitu hahaha..

Ibu pun google then jumpa video kt youtube anak omputeh pun dok main remote oh bukan lah anak aku je perangai macam tu. Dalam video tu ayah dia gantikan la remote mainan untuk anak dia. Yang buat menarik perhatian aku remote tu bukan untuk permainan semata-mata tapi sambil belajar macam-macam benda basic sesuai la untuk Firas yang sedang membesar ni kan.

Scout's Learning Lights Remote begitulah nama remote itu. Dari jenama LeapFrog yang kita tahu memang banyak koleksi permainan yang bagus untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka. Scout's Learning Lights Remote ni boleh diberi pada anak seawal umur 6bulan. Kesian Firas 10bulan baru merasa ye huhuhu.


Seronok tengok bila Firas suka sangat dengan remote mainan dia ni. Pergi mana pun bawa, bangun tidur terus cari. Lega ibu sekurangnya Firas dah tak nak main remote tv apa semua tu.





Ok bercerita balik mengenai Scout's Learning Lights Remote ni, macam yang aku bagitahu awal tadi banyak fungsi pembelajaran dari remote ni. Boleh belajar mengira, mengenal bentuk, kaji cuaca dan dengan pelbagai muzik yang menarik. Lepas tu keluar warna-warna corak kat screen remote tu so anak tak la bosan kan sebab tu dia tak pandang remote yang lain dah.

Ada pembaca blog za yang berminat nak remote macam ni jugak untuk anak atau hadiah boleh la cari kat Lazada atau Shopee. Pastikan yang kat Lazada Mall atau Shopee Mall sekurangnya terjamin kualitinya. Kalau korang nak beli kat kedai terus pun boleh. Macam aku beli kat Manjaku Baby Mall. Boleh try sekali terus pasang bateri kat situ.



Ok pembaca yang disayangi jumpa lagi di entri berikutnya...

4 comments:

  1. Bijak mummy. Kita kena tahu apa anak minat kan. Lepastu blajar untuk paham minat die. Jangan mudah nak marah anak tak boleh buat itu ini, nanti terbantut proses pembelajaran

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sel-sel minda tengah berhubung tu. hehe ^_^

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.