Sahut Cabaran Raya Collage - Faizzah Amir

Wednesday, 3 July 2019

Sahut Cabaran Raya Collage


Syawal dah tiba ke penghujungnya ni baru la aku berani sahut cabaran raya collage. Dari awal haritu teringin nak buat sebab ramai tengok kawan-kawan yang lain buat. Biasa la,aku kan suka terikut-ikut. Bukan kena bayar pun kan 😝

So gigih la aku selongkar folder2 nak cari gambar-gambar raya tahun2 sebelum ni. Cari punya cari terus la kumpul sekali terus edit dalam collage. Dapat collage kan 6years je la 2014-2019 sebab tahun sebelum tu gambar raya aku freehair lagi huhuhu..

And jeng jeng jeng,,,, 



2014- Zaman single belum terfikir nak tamatkan zaman single tapi gigih pasang badan pakai kebaya. Erkkk 🙈

2015- Zaman single dan baru terfikir-fikir nak cari pakwe. Tapi first raya kena demam campak. Oh myy tension sangat orang pegi beraya kita duduk rumah je layan perasaan.

2016- Yaaa still single and available tapi dah mula kenal2 encik suami masa ni. Hehe

2017- Otw nak jadi wife orang. Beria kutip duit raya kat sedara mara. Tahun last single la katakan hoho..

2018- Tadaaa dah jadi wife orang. Masa ni dalam perut pun dah ada 👶.. 😍😍

2019- Sepatutnya raya bertiga tapi suami terpaksa bertugas demi negara tercinta.
❤️❤️❤️

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Maaf ye kalau ada salah silap di dalam penulisan aku di dalam dunia maya ini. Semoga berjumpa lagi di aidilfitri tahun depan ye. InsyaAllah. 💐

1 comment:

  1. Waaa meriah...
    Ooo tahun ni raya suami bertugas ya Faizzah...alahaii mesti sedaihkan..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.