July 2019 - Faizzah Amir

Friday, 19 July 2019

Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee

Friday, July 19, 2019 2
Fast & Furious: Next-day Delivery for Electronics Purchases on Shopee


KUALA LUMPUR, 19 JULY 2019 – Shopee Mart which comes with a next-day delivery guarantee via its Shopee24 Express Delivery service, not only features groceries, health and beauty products, but also irresistible electronics deals that you will not want to miss! Popular models of mobile phones, accessories, computer peripherals, home appliances such as the Xiaomi Mi 9 SE, Morgan Rice Cooker and more are available at attractive prices and all with a 100% authenticity guarantee. 

Enjoy additional perks such as a 15-day hassle free return policy, free shipping, 0% Shopee installment plan and also earn Shopee Coins (a Shopee currency) along the way. With Shopee Guarantee, shoppers can have peace of mind when shopping on the platform as Shopee holds the money from all purchases in escrow and only releases the payment to sellers after buyers have confirmed receipt of product. Should the user feel that there are any problems or dissatisfaction with regards to their products, they can request for a refund from our friendly customer service crew.

Put in your order by 2pm (excluding Sunday and public holidays) to ensure that you receive your products the next day or your next shipment will be on Shopee. Presently available for users within Klang Valley, Shopee24 serves to answer the call of consumers for speedy fulfillment when shopping online. 

For further savings from now till 21 July 2019, apply the code SMLEMA5 to receive a RM5 rebate with a minimum spend of RM100.

Don’t miss out on the limited-time only special electronics deals available on Shopee Mart:





About Shopee

Shopee is the leading e-commerce platform in Southeast Asia and Taiwan. It is a platform tailored for the region, providing customers with an easy, secure and fast online shopping experience through strong payment and logistical support. Shopee aims to continually enhance its platform and become the region’s e-commerce destination of choice.

Shopee has a wide selection of product categories ranging from consumer electronics to home & living, health & beauty, baby & toys, fashion and fitness equipment.

Shopee, a Sea company, was first launched in Singapore in 2015, and has since expanded its reach to Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam and the Philippines. Sea is a leader in digital entertainment, e-commerce and digital financial services across Greater Southeast Asia. Sea's mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology, and is listed on the NYSE under the symbol SE.


Monday, 15 July 2019

Menyerlah Sepanjang Hari dengan "Dior Addict Lip Tattoo"

Monday, July 15, 2019 4
Menyerlah Sepanjang Hari dengan "Dior Addict Lip Tattoo"

Hai semua. Ok aku nak cerita lagi pasal produk untuk bibiaq. Hehe. Setuju tak kalau aku cakap bibir pun salah satu aset tarikan wanita selain mata?? 💋👄

So dah tau penting kena la jaga elok-elok kan. Jenama atau jenis kosmetik yang kita pilih pun mestilah bersesuaian tak kira la sama ada lipstick yang kita guna, lip matte ke, gloss, lip tint, lip scrub dan lain-lain.

Haritu dok survey kat sephora cari-cari something yang baru untuk my bibir, tiba-tiba rasa nak cuba lip tint. Belek punya belek, tertarik nak cuba lip tint dari Dior ni hah. "Dior Addict Lip Tattoo" nama diberi.

Ok ni honest review dari aku antara kelebihan Dior Addict Lip Tattoo ~~

🌸 Warna tahan lama kat bibir. Aku memang kalau beli apa jenis kosmetik pun memang cari yang jenis begini. Sebab aku malas nak touch up banyak kali hehe. So Dior Addict Lip Tattoo ni pilihan yang tepat.

🌸 Mudah nak pakai walaupun korang tengah rushing. Sekali sapu dah lekat dan kering kat bibir. Sebab tu dipanggil Lip Tattoo kot.

🌸 Tak rasa berat kat bibir. Ni paling aku suka. Tak rasa macam pakai apa2 kat bibir. 😂

🌸 Masa aku minum kat cawan tak tinggal pun colour kat cawan tu. Rasa comfortable masa beraya haritu dengan Dior Addict Lip Tattoo ni. Dah laa sampai ke malam beraya warna still maintain uollss.. 💋


Kod warna yang aku pakai ni Natural Coral





Ok korang berminat nak dapatkan sendiri?? Dior Addict Lip Tattoo ada pelbagai pilihan warna menarik tau. Haritu rushing nak dekat raya aku beli je kat Sephora Online ni ha. Tak payah nak berebut. Apa lagi jom la ushar warna-warna yang korang berkenan.. 😍

Aku undur diri dulu.  Jumpa lagi kita di lain cerita.. 😘😘

Perawatan Kulit Lebih Mudah Dengan "FACE CREAM ALOEVERA" dari The Beauty Hacks

Monday, July 15, 2019 0
Perawatan Kulit Lebih Mudah Dengan "FACE CREAM ALOEVERA" dari The Beauty Hacks



Psstt.. Psstt.. Rasa dengki je kan tengok kulit orang yang mulus ni kan. Macam kulit baby2 tau..

Kadang pakai makeup tebal pun tak dapat nak tutup 100% cela kat wajah ni kan. Lagi-lagi pula kalau kulit kering jenis kering mengelupas. Aduii bila makeup nampak macam solekan tu bercapuk-capuk padahal tu semua disebabkan kulit yang kering dan mengelupas ni laa..
Parut jerawat pun yang dah lama pun kadang jadi punca solekan tak begitu menyerlah.

So aku nak recommend kat korang semua produk krim muka dari The Beauty Hacks ni iaitu FACE CREAM ALOEVERA.

Terdapat 3 agen pencerah dalam FACE CREAM ALOEVERA yang membantu memudarkan parut serta mencerahkan kulit wajah ~~

🌵1. Glycine - antioxidant yang melindungi sel kulit dari rosak dan membantu menganjalkan kulit wajah

🌵2. Glutamic acid - membantu stabilkan nilai pH dan membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah

🌵3. Lysine - membantu membina kolagen dan merawat masalah jerawat

Ketiga-tiga agen menghasilkan kolagen semulajadi, kaya antioxidant dan membantu merawat masalah kulit sepanjang tempoh rawatan.

Nak dapatkan kulit cerah, anjal dan berseri bolehlah amalkan penggunaan FACE CREAM ALOEVERA ni setiap malam.

Sis dalam gambar salah seorang pengguna FACE CREAM ALOEVERA. Katanya dah tak risau lagi berkebun di bawah tarik mentari lepas pakai krim ni hehe.. 




Nak tanya lebih lanjut boleh klik link whatsapp sis Mawar ye 💁‍♀️
www.wasap.my/60197769571/facecreamtbh

Friday, 12 July 2019

Bintang-Bintang Muda Taekwondo Berentap Rebut Emas & Takhta Di Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14

Friday, July 12, 2019 3
Bintang-Bintang Muda Taekwondo Berentap Rebut Emas & Takhta  Di Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14
                                                                                                                                                               

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2019 – Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-14, memperlihatkan bakat-bakat baru Taekwondo bertarung untuk merebut kejuaraan dalam Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Dilancarkan pada tahun 2006 dengan sokongan Taekwondo Malaysia (WTF), Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® menyediakan platform untuk membangunkan bakat muda di peringkat akar umbi dengan memberi mereka peluang menimba pengalaman pertama bertarung dalam pertandingan Taekwondo. Kejohanan ini selari dengan komitmen Nestlé untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif di kalangan rakyat Malaysia.

Untuk tiga tahun berturut-turut, Kelab Koryo Taekwondo sekali lagi muncul juara tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan Tunku Imran. Mereka memenangi trofi dengan 7 emas, 9 perak dan 25 gangsa manakala Smart Sathia mendapat tempat kedua dengan 6 emas, 1 perak dan 3 gangsa. Amsyar Hadi Ahmad Yazid dari Smart Sathia berjaya memenangi anugerah persembahan terbaik kanak-kanak lelaki untuk kategori umur 10-12 manakala Vanessa Laveenia Axton dari kumpulan Koryo dinamakan pemenang kanak-kanak perempuan persembahan terbaik. Pemenang anugerah persembahan terbaik untuk kategori umur 7-9 dimenangi oleh Eshan Jay Rubendran (kanak-kanak lelaki) dari Jagoh Taekwondo dan Nur Adreanna Maryssa (kanak-kanak perempuan) dari kumpulan SARA.


Tuan Suhardi Alias, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara, yang merasmikan majlis penutup dan penyampaian pingat berkata, “Kejuaraan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® ini merupakan platform yang sangat efektif. Pendedahan awal adalah penting untuk perkembangan atlet muda. Kejuaraan ini menyediakan eksponen Taekwondo peluang, dan ia sememangnya sejajar dengan matlamat Kerajaan Malaysia untuk membuka pintu bagi atlet kebangsaan untuk mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.”

“Selain itu, sukan dapat membantu menyatukan keluarga dan negara. Kita dapat melihat bagaimana kejayaan atlet negara kita di peringkat antarabangsa disambut meriah oleh rakyat Malaysia. Dengan sokongan padu dan program yang tersusun di peringkat akar umbi, saya yakin bahawa negara Malaysia akan dapat meneruskan usaha untuk melahirkan atlet yang berbakat besar dan mampu mengharumkan nama negara.” tambah Tuan Suhardi Alias.

Menurut Encik Laurent Therond, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Cereal Partners ASEAN, “Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembentukan bakat muda. Tidak dinafikan bahawa sukan memupuk nilai-nilai positif seperti disiplin, kecekalan, keberanian dan sikap saling hormat-menghormati. Nestlé Malaysia memberikan sokongan padu terhadap pembangunan positif negara dan kami akan meneruskan usaha untuk menjadikan rakyat lebih sihat dari peringkat awal.”

“Komitmen kami untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat tidak hanya terhad kepada arena sukan. Nestlé telah menghasilkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia sejak lebih seratus tahun, dan kami berharap untuk terus menghasilkan produk yang lebih sihat dan berkhasiat untuk semua.” ujar Encik Laurent.

Seramai 354 pemenang pingat yang mewakili 19 kelab bertanding untuk merebut Piala Pusingan Tunku Imran Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH®. Daripada jumlah 354 peserta ini, 115 mewakili kawasan Tengah, 86 dari kawasan Selatan, 96 dari kawasan Utara, 54 dari kawasan Pantai Timur, dan tiga dari Singapura. Pusingan Akhir ini menyaksikan penyertaan daripada 175 peserta perempuan dan 176 peserta lelaki, dengan 169 peserta berumur 7-9 tahun dan 185 peserta berumur 10-12 tahun. Secara keseluruhannya, kejohanan tahun ini yang sudah dijadikan acara tahunan kalendar WTF, berjaya menarik seramai 1,783 peserta dari seluruh Malaysia dan Singapura.

Dengan penuh kesedaran bahawa pembangunan atlet bertaraf dunia perlu dimulakan sejak kecil, Nestlé KOKO KRUNCH® benar-benar komited untuk menyokong acara-acara seperti Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® untuk membantu mencungkil bakat atlet, serta memastikan mereka menerima sokongan yang diperlukan untuk menjadi juara dunia.


Aspiring Taekwondo exponents battle for gold at the Grand Finals of the 14th Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Championship 2019.


Aspiring Taekwondo exponents battle for gold at the Grand Finals of the 14th Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Championship 2019.


Tuan Suhardi Alias, Deputy Director of National Sports Council [front]greeting Taekwondo exponents, followed by Mr Laurent Therond, Business Executive Officer, Cereal Partners ASEAN [behind] during the closing ceremony and medal presentation of the 14th Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Championship 2019. 


Triumphant: The young exponents from Koryo Taekwondo Club celebrate their victory for the third consecutive year.





Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia



Friday, 5 July 2019

Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru Pemegang Kad Jimat Hingga 50%

Friday, July 05, 2019 2
Domino’s Perkenalkan Kad Ekspres Terbaru  Pemegang Kad Jimat Hingga 50%
SIARAN AKHBAR

 Exclusive rewards with Domino's Express Card all year round!


Shah Alam, 5 Julai 2019 – Berpegang teguh kepada slogan, It’s All About You, Domino’s Pizza memperkenalkan Kad Ekspres berwajah baharu pada harga yang amat menakjubkan!

Kad Ekspres Fasa 2 yang berwajah baru ini telah dilanjutkan tarikh luputnya yang kini sah sehingga 31 Julai 2020, bukan 31 Disember 2019. Kad ini boleh didapati dengan potongan harga 50% untuk tempoh terhad sahaja, di mana pelanggan boleh membeli Kad Ekspres pada harga RM30 dan bukan RM60. Manakala, pemegang Kad Ekspres sedia ada juga boleh memperbaharui kad mereka pada hanya RM15, bukan RM30.

Dengan Kad Ekspres Domino’s Fasa 2 ini, peminat piza boleh mendapat pelbagai tawaran VIP di Domino’s sepanjang tahun! Manfaat VIP termasuk tawaran beli 1 percuma 1 piza, beli 1 percuma 1 sajian sampingan terpilih, tawaran istimewa sempena hari lahir, dan tawaran bulanan eksklusif khusus untuk pemegang Kad Ekspres. Untuk tawaran masa terhad bulan ini, tawaran Beli 1 Percuma 1 Piza juga boleh didapati untuk penghantaran, bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019.

Di samping itu, pelanggan Kad Ekspres berpeluang membeli piza a la carte dengan potongan harga sebanyak 50% untuk piza saiz Regular, Large dan Xtra Large, tertakluk kepada terma dan syarat. Sebaik sahaja Kad Ekspres diaktifkan dalam talian, pelanggan akan menerima 1 e-Kupon Piza saiz Regular scara percuma, bernilai RM29.90.
Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dalam operasi kami  dan kami berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bermakna kepada pelanggan kami. Selaras dengan itu, kami dengan sukacitanya melancarkan Fasa 2 Kad Ekspres kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami kerana sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan kepada Domino’s Pizza. Kami benar-benar berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk menikmati piza kegemaran mereka bersama keluarga dan kawan-kawan. Seperti biasa, kami amat komited untuk memberikan nilai yang sebaik mungkin kepada pelanggan setia kami, di samping terus menawarkan produk baharu dan menarik.”

Untuk merebut tawaran hebat ini, pelanggan boleh membeli atau memperbaharui Kad Ekspres mereka di mana-mana cawangan Domino’s, menghubungi talian Domino’s di 1-300-888-333, atau mengunjungi laman web Domino’s, sehingga 30 Julai 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kad Ekspres Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi lain yang diadakan sekarang, sila ke laman web kami di http://www.dominos.com.my/.



Review Novel ~ Setulus Janji

Friday, July 05, 2019 0
Review Novel ~ Setulus Janji

         

         Tajuk ~ Setulus Janji
         Penulis ~ Aina Emir
           Terbitan ~ Alaf 21


Sinopsis Dari Novel ~~

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan YA atau TIDAK sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

                     🌼🌼🌼


🎭 Lagi novel dari Aina Emir. Dolu2 novel-novel Aina Emir memang semuanya make me 😭😭😭
tapi still syok nak baca banyak kali. Novel ni pun mengajar korang betapa pentingnya sesebuah kepercayaan itu. Bukan kepercayaan kepada pasangan je, tapi kepercayaan pada diri sendiri juga. Dan pentingnya berkongsi masalah dengan pasangan kita. Bila kita pendam then terbongkar boleh jadi macam-macam masalah lain pula dan menyebabkan pasangan kita akan berburuk sangka. Point nya apa jua keadaan pun sentiasa jaga kejujuran dengan pasangan korang okay 👌👌

Wednesday, 3 July 2019

Sahut Cabaran Raya Collage

Wednesday, July 03, 2019 1
Sahut Cabaran Raya Collage

Syawal dah tiba ke penghujungnya ni baru la aku berani sahut cabaran raya collage. Dari awal haritu teringin nak buat sebab ramai tengok kawan-kawan yang lain buat. Biasa la,aku kan suka terikut-ikut. Bukan kena bayar pun kan 😝

So gigih la aku selongkar folder2 nak cari gambar-gambar raya tahun2 sebelum ni. Cari punya cari terus la kumpul sekali terus edit dalam collage. Dapat collage kan 6years je la 2014-2019 sebab tahun sebelum tu gambar raya aku freehair lagi huhuhu..

And jeng jeng jeng,,,, 



2014- Zaman single belum terfikir nak tamatkan zaman single tapi gigih pasang badan pakai kebaya. Erkkk 🙈

2015- Zaman single dan baru terfikir-fikir nak cari pakwe. Tapi first raya kena demam campak. Oh myy tension sangat orang pegi beraya kita duduk rumah je layan perasaan.

2016- Yaaa still single and available tapi dah mula kenal2 encik suami masa ni. Hehe

2017- Otw nak jadi wife orang. Beria kutip duit raya kat sedara mara. Tahun last single la katakan hoho..

2018- Tadaaa dah jadi wife orang. Masa ni dalam perut pun dah ada 👶.. 😍😍

2019- Sepatutnya raya bertiga tapi suami terpaksa bertugas demi negara tercinta.
❤️❤️❤️

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Maaf ye kalau ada salah silap di dalam penulisan aku di dalam dunia maya ini. Semoga berjumpa lagi di aidilfitri tahun depan ye. InsyaAllah. 💐

Tuesday, 2 July 2019

Create Art and Win Attractive Prizes with Usaha Tegas Heritage Art Competition

Tuesday, July 02, 2019 3
Create Art and Win Attractive Prizes with Usaha Tegas Heritage Art Competition


The Usaha Tegas Heritage Art Competition by Usaha Tegas Sdn Bhd (UTSB), is back. Young artists from across the country who are currently pursuing their tertiary education are invited to showcase their talent and compete for a chance to win attractive cash prizes.

The Usaha Tegas Group is a Malaysian private investment holding company owned by eminent Malaysian businessman, Mr. Ananda Krishnan. The Group has significant interests in companies operating across diverse industries such as telecommunications, media and entertainment, oil and gas, as well as real estate, in Malaysia and globally.

This year’s competition is themed Malaysian Heritage: ‘A Timeless Expression’ and is open to all Malaysian students. Those who are interested will have until August 15, 2019 to submit their artwork. Participants are not restricted in terms of the number of artwork they can submit. The artwork will need to fall under one of the following five categories: oil or acrylic; watercolour; charcoal or pencil or ink; print making as well as mixed media.

The first prize winner for each category will receive RM8,000 in cash, the runner up will receive RM3,000 in cash, the third prize winner will receive RM2,000 in cash while two consolation winners will each receive RM500 in cash. An award certificate and RM500 worth of TGV Cinemas voucher or equivalent will be provided to all winners.

For more information regarding this competition, please contact:

Usaha Tegas Heritage Committee
Email Add:  UTHeritage@ut.com.my
Phone Number: UTSB - 03 23806688 (Ranjina / Faridah)
Social Media: Instagram - UT Heritage Art Competition (@heritageartcompetition)
 

 



Monday, 1 July 2019

Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix ~ Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem

Monday, July 01, 2019 0
Domino’s Perkenalkan Manisan Saranghae-ny Stix ~  Lancarkan Sajian Terbaru di Tayangan Perdana K-Filem

SIARAN AKHBAR

Petaling Jaya, 1 Julai 2019 – Peminat K-Drama pasti teruja dengan pelancaran produk terkini daripada Domino’s Pizza, Saranghae-ny Stix yang serba baharu! Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, Domino’s Pizza menganjurkan malam yang tidak dapat dilupakan dengan menjamu semua tetamu jemputannya dengan Saranghae-ny Stix, bersama Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang memang pedas. Sejajar dengan matlamat jenama untuk terus menambat hati peminat Korea, tetamu dihiburkan dengan hari pertama tayangan filem seram ‘0.0MHz’ yang mendebarkan, selepas mereka menjamu selera dengan produk lazat terkini Domino’s.

Saranghae-ny Stix Domino’s dihidangkan secara eksklusif kepada para tetamu sebelum tayangan filem. Dibakar di dalam ketuhar sehingga perang keemasan, pencuci mulut lazat ini penuh berperisa dengan titisan mentega madu dan sos karamel masin. Sajian ini pasti menambat selera dan membuatkan anda nak lagi! Manisan menyelerakan ini dilancarkan sebagai sajian sampingan kepada Piza Ssamjeang pedas yang baru-baru ini kembali masuk menu untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang menggemari makanan pedas.

Majlis khas ini dihadiri oleh lebih seratus tetamu, termasuk pelanggan setia Domino’s yang telah memberikan sokongan padu kepada Domino’s selama ini. Oleh itu, majlis ini merupakan cara Domino’s menunjukkan penghargaan kepada mereka. Wakil media dan juga influencer media sosial turut hadir untuk memeriahkan majlis ini. Langkah memperkenalkan Saranghae-ny Stix di MBO The Starling sebelum tayangan filem Korea seram penuh drama ini mencerminkan komitmen Domino’s untuk terus membawakan pengalaman yang unik lagi menarik kepada semua.

Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Sejajar dengan janji kami, ‘It’s All About You’, kami memberikan komitmen penuh untuk mencipta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami. Justeru, kami sukacita untuk memperkenalkan Saranghae-ny Stix serba baharu sebagai sajian unik kepada pelanggan, lebih-lebih lagi ia menjadi pelengkap kepada Piza Ssamjeang dan Ayam Haseyo yang kini kembali untuk memenuhi rindu peminat. Diilhamkan oleh minat rakyat Malaysia yang gemar menjamu selera, Piza Ssamjeang terbukti sangat laris tahun lepas, dan kami teruja untuk membawakannya kembali tahun ini, bersama Saranghae-ny Stix yang lazat. Kami yakin bahawa pengguna kami, terutamanya peminat Korea pasti teruja dengan manisan terbaru ini yang merupakan gandingan sempurna kepada Piza Ssamjeang kegemaran mereka!”

Piza Ssamjeang boleh didapati dalam tiga pilihan, iaitu Piza Daging Ssamjeang, Piza Ayam Ssamjeang dan Piza Tuna Ssamjeang. Rahsia kepada produk lazat Domino’s ialah sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai dasar bagi Ssamjeang Pizza. Sos Ssamjeang unik menampilkan adunan menarik rasa manis dan pedas yang pasti menghangatkan selera anda.

“Sebagai sebahagian daripada kempen ‘So Spicy, So Drama’, kami menganjurkan malam K-Drama untuk para pelanggan utama, peminat piza, wakil media dan influencer media sosial. Langkah menganjurkan tayangan filem ‘0.0MHz’ merupakan cara unik kami memperkenalkan Saranghae-ny Stix sambil memberikan sentuhan aksi K-Drama yang menarik. Dalam segala yang kami lakukan, kami berusaha untuk memastikan bahawa pengguna dan tetamu kami menikmati pengalaman yang sukar dilupakan bersama produk lazat dan berkualiti pada nilai hebat.”

Rebutlah peluang untuk menikmati tawaran nilai hebat dalam kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM25.60. Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Piza Ssamjeang saiz biasa (Regular), 1 Piza Saiz Biasa (Regular), 1 Saranghae-ny Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada harga hanya RM54.90, dan menjimatkan RM37.60.

Untuk nilai yang lebih hebat, pesan 2 Pizza Deals dan nikmati Piza Ssamjeang dengan keju tambahan. Tawaran ini boleh dinikmati pada harga RM35.90 untuk dua Piza saiz biasa (Regular), RM56.90 untuk dua Piza saiz besar (Large) dan RM77.90 untuk dua Piza ekstra besar (Xtra Large). Di samping itu, Piza Ssamjeang saiz peribadi (Personal) boleh dipesan menerusi tawaran Super Tuesday pada setiap Selasa dari harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan menerusi kaunter. Piza Ssamjeang juga sebahagian daripada tawaran hebat setiap hari yang bermula daripada harga serendah RM5.00 untuk setiap piza peribadi, tertakluk kepada terma dan syarat.

Saranghae-ny Stix baharu dibakar segar di dalam ketuhar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di seluruh negara dan boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, pada harga pengenalan hanya RM7.90. Rebut tawaran mulai 17 Jun, kunjungi cawangan kami, buat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my, atau menerusi telefon 1300-888-333.

Ambil kesempatan ini untuk berkongsi gambar dan video detik pedas lagi manis bersama Saranghae-ny Stix dan Piza Ssamjeang Domino’s di media sosial dan tag kami seperti berikut @dominosMY,
#dominosMy, #DominosSsamjeang, #SoSpicySoDrama and #ItsAllAboutYou!


Guests enjoying themselves with the latest Saranghae-ny Stix and Ssamjeang Pizzas.

Guests enjoying themselves with the latest Saranghae-ny Stix and Ssamjeang Pizzas.

Guests enjoying themselves with the latest Saranghae-ny Stix and Ssamjeang Pizzas.

The team from Domino's Pizza together with the latest product, Saranghae-ny Stix during the Korean Drama Night.

Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing Domino's Pizza Malaysia and Singapore holding the Saranghae-ny Stix!

All smiles: Guests are getting ready for the 0.0MHz Korean Movie!

All smiles: Guests are getting ready for the 0.0MHz Korean Movie!

Untuk maklumat lanjut tentang Saranghae-ny Stix, Piza Ssamjeang dan juga promosi lain yang sedang dianjurkan oleh Domino’s Pizza Malaysia, sila kunjungi  http://www.dominos.com.my/.

Mengenai Domino’s Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 240 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

Pelanggan boleh menghubungi Domino’s melalui telefon 1-300-888-333 atau kunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/.