June 2019 - Faizzah Amir

Saturday, 29 June 2019

Tihani Cikang ~ Pelbagai Khasiat Di Dalam Satu Pek

Saturday, June 29, 2019 2
Tihani Cikang ~ Pelbagai Khasiat Di Dalam Satu Pek

Hai. Ni ada lagi satu cerita best yang aku dapat masa tengah dok borak-borak kosong dengan ex schoolmate kat whatsapp. Masa tu aku tengah minta tips kat dia bagaimana nak bagi susu badan meriah, yela since ada baby yang dah masuk usia 5 bulan lebih ni hari-hari dok memikirkan nak breastfeed kat dia. Risau takut susu tiba-tiba drop dan macam-macam lagi la kerisauan yang melanda since jadi mak-mak ni. Cehhh 🤭

Kawan aku ni share la dia berjaya breastfeed 2 orang anak dia sampai umur 2 tahun lebih. Dia banyak amalkan minum air masak, makan yang berkhasiat untuk tumbesaran anak. Salah satu pemakanan dia yang dia beritahu kat aku dia amalkan laicikang. Laicikang?? Serius aku rasa macam selalu pernah dengar benda ni tapi tak sangka banyak khasiat rupanya.
Nak memudahkan aku lagi katanya, dia memperkenalkan salah satu produk iaitu Tihani Cikang. Mudah katanya nak masak benda ni. Rebus atau didih je bahan-bahan nya dalam lebih kurang 15-20minit je.

So aku pun dapatkan la Tihani Cikang yang special ni. Sebab apa aku cakap special?? Aku tertarik demgan cara pembungkusannya coz aku kalau beli something memang pandang luarannya juga tak kira la benda makan atau tak boleh makan 😆

Korang nak tahu kandungan bahan-bahan dalam Tihani Cikang?? Ni dia ~~

💮 Longan kering 💮 Kurma merah
💮 Kembang Semangkuk 💮 Gula batu
💮 Gula kundur 💮 Biji selasih 
💮 Gula melaka
💮 White fungus 💮 Kismis 
💮 Kacang

Dan ini pula antara khasiat dan kelebihan Tihani Cikang  ~~

🍹Menyejukkan badan & mengubati kelesuan(time balik kerja rasa badan panas peluh-peluh plus penat dan lesu. Segarkan balik tenaga tu dengan Tihani Cikang ni)

🍹Boleh mengubati demam panas dan batuk jika diminum panas atau suam.

🍹Kurma merah sebagai milk booster, kaya dengan kalsium, boleh mencegah sakit sendi dan tinggi dengan serat.(boleh beli untuk mak ayah yang ada sakit sendi tu, atau kita sendiri🤭

🍹Kembang semangkuk boleh menurunkan demam, merawat asma dan melawaskan.

🍹Selasih mengubati batuk,baik untuk jantung dan mata.

🍹Mengenyangkan juga,bukan sekadar minuman menghilangkan haus.(complete semua kan dalam satu pek)
    

    Credit Picture by ~ Puan Eyfa


Cantik kan pek istimewa edisi raya ni. Ni tengah musim raya lagi jom cepat-cepat dapatkan pek istimewa ni sementara stok masih ada


Mudah je nak masak Tihani Cikang. Rebus semua bahan kecuali kismis dan kacang dalam 15-20 minit dah siap dan sedia dihidangkan







Berminat nak mencuba? Korang boleh contact terus Puan Eyfa

Whatsapp ~ www.wasap.my/601137755339
Instagram ~ https://instagram.com/mseurasian

Friday, 28 June 2019

Quotes #5

Friday, June 28, 2019 1
Quotes #5


If I Cannot Do Great Things, 
I Can Do Small Things In A Great Way


P/s ~ Everyone has their own way of doing things,, 




Thursday, 27 June 2019

Lip Scrub Rose Lollypop ~ Dapatkan Kembali Bibir yang Pinkish

Thursday, June 27, 2019 1
Lip Scrub Rose Lollypop ~ Dapatkan Kembali Bibir yang Pinkish

Semalam aku sembang-sembang ngan kawan-kawan kat grup whatsapp. Dah bosan asyik membawang je aku pun tanya la dorang benda yang dah lama aku nak tanya. Da berkurun nak tanya tau tapi asyik tergendala sebab cerita-cerita 'bawang' lagi syok dilayan 🤭😜

Benda yang aku nak tanya kat geng wassap aku tu pasal 'tips kurangkan bibir kering'. Penting ke benda ni? Penting kot sebab aku ada satu feel tak selesa tau bila bibir kering kontang ni. Lagi satu nanti bila pakai lip gloss ke lipstick jadi tak berapa nak cantik kejadiannya. Huhuhu

Ada seorang kawan aku dalam grup wassap tu yang bibirnya sentiasa lembab dan seksi ala2 retis hollywood cadangkan aku cuba Lip Scrub Rose Lollypop dari The Beauty Hacks ni. Banyak je tips lain sebenarnya macam sapu madu kat bibir dan lain2 tapi bila ada lip scrub ni lebih mudah katanya. Semua complete dalam satu bekas kecil comeyy loteyy ni haa




Harga pun berpatutan tau. Ni dia antara kelebihan TBH Lip Scrub Rose Lollypop


👄 Menyingkirkan sel kulit mati pada bibir (ingat muka je dan badan je ada sel kulit mati, bibir pun ade tau. Tu buat bibir mengelupas dan tak cantik walaupun pakai lipstick). Kerap gunakan TBH Lip Scrub Rose Lollypop masalah ni dapat diatasi.

👄 Melembapkan bibir yang kering (ni syok. Rasa seksi je bibiaq. Tak rasa kering kontang dah. Hahaha

👄 Bila digunakan secara kerap, dapat menghilangkan kegelapan bibir, mengembalikan bibir korang ke warna natural. Pinkish2 gitteww


Nampak tak perbezaan bila pakai lip gloss dengan lip scrub dan tanpa lip scrub

Kalau berminat nak mencuba korang boleh la whatsapp sis mawar dia agen TBH yang sah. Confirm dia reply whatsapp korang laju-laju 😜 

Ok daaa. Jumpa lagi kesayangan semua. Jangan lupa review hasilnya nanti bila dah gunakan TBH Lip Scrub Rose Lollypop ni ea,,,,😘😘




Wednesday, 26 June 2019

Our Wedding Story ~ Fauzee & Faizah ~ Resepsi ~ Valiton Photo Booth

Wednesday, June 26, 2019 2
Our Wedding Story ~ Fauzee & Faizah ~ Resepsi ~ Valiton Photo Booth

Korang tercari-cari photobooth untuk majlis korang?? Tak kisah la majlis perkahwinan ke, harijadi, pelancaran produk atau sebagainya. Sekarang kan dah menjadi salah satu trend juga photobooth ni.

Salah seorang yang terjebak dengan trend photobooth ni aku la. Ok aku nak recommend kat korang servis photobooth yang aku ambil masa majlis perkahwinan setahun lebih yang lalu (pengantin lama dah🤭)

Jom dapatkan khidmat dari Valiton Photo Booth untuk majlis korang. Very recommended. Staf dia pun mesra pelanggan sangat daripada awal buat tempahan sampai la ke hari majlis. Kalau nak survey tanya2 saja pun boleh uolls.

Meh cuci2 mata tengok servis photobooth dari Valiton Photo Booth masa majlis perkahwinan aku. 


Me & Husband (Pengantin mesti paling over 😜) 

Ex schoolmate


Akak2 jiran tetangga

Adik-adik sepupu (father's side) 

My friend and her family 


Relatives


Sepupu-sepapat (mother's side) 


Ibu & Mak Usu

Abang Ipar, Isterinya Kak Ipar, & anaknya (my niece-husband side) 




Pengapit 

Kakak Ipar & Suaminya. Anak2nya(My Nephew & Niece-Husband Side) 




Kengkawan


Adik2 caterer turut memeriahkan


Banyak lagi gambar tetamu tapi tak larat aku nak upload semua. Nanti korang jemu lak 😝
Hah lagi satu design kat Valiton Photo Booth ni pun pelbagai korang boleh pilih. Paling penting harga berbaloi dan pelbagai pakej boleh pilih ikut kemampuan.

Oraitt apalagi cepat-cepatla booking slot ye ngan Valiton Photo Booth. Boleh whatsapp www.wasap.my/60197207804 atau nak ushar2 servis dorang pun boleh jenguk-jenguk link ni https://valitonphotobooth.wixsite.com/valiton atau instagram https://instagram.com/valitonphotobooth