2019 - Faizzah Amir

Sunday, 29 December 2019

Cabaran Bila Bergambar Anak Beranak

Sunday, December 29, 2019 2
Cabaran Bila Bergambar Anak Beranak




Dulu kan sebelum ada anak, suka tengok gambar rakan-rakan sama ada di facebook atau instagram. Terutamanya gelagat mereka dengan anak masing-masing.

Selalu tengok betapa "struggle" nya walau nak dapat sekeping gambar yang cantik lagi-lagi bila si anak dah start meragam. Tapi pada pandangan aku comel je tengok lagi-lagi yang anak ramai berbagai gelagat. Seorang ke kiri, ke kanan, pandang ke lain, senget ke lain hahaha....



Dan aku pun merasainya bila si anak jejaka dah makin membesar ni hah. Baru seketoi anakku tapi nak dapat gambar elok mak aihhh.. Boleh nampak muka keterpaksaan si anak melayan si ayah ibu yang gemar ber selfie... Ehemm.. Lebih tepat lagi si ibunya yang gemar berselfie. Sebab ayahnya pun kadang mood "keterpaksaan" jugak. Now dah menurun kat anak ler hehehe..

Tapi macam yang aku cakap tadi bila tengok balik gambar-gambar yang pelbagai ragam ni rasa seronok pulak. Boleh jadi kenangan tersendiri bila anak dah dewasa nanti. Daripada plan nak upload satu gambar elok, last2 aku upload je semua hehehe...

Ok korang selamat berhujung minggu, selamat berselfie bersama keluarga. Jumpa lagi di entri yang lain..... ❤️❤️❤️


Monday, 16 December 2019

Blog Faizzah Amir Dah 3 Tahun

Monday, December 16, 2019 1
Blog Faizzah Amir Dah 3 Tahun


Tak boleh tidur kita main conteng-conteng.. Tunjuk kat Mr. Suami dia cakap apa ni cacing kerawit ke? πŸ˜†πŸ˜†




Busy sikit 2 3 hari ni sampai terlupa hari ni ulangtahun ke 3 blog Faizzah Amir .. wuuuuu..

Itu pun aku tau masa check memories setting kat fb personal terjumpa la sepotong ayat di post bertarikh 15 Disember 2016 ni hah. Tapi kira hari ni la baru boleh kira genap 3 tahun coz entri pertama aku "NAMAKU FAIZZAH AMIR" bertarikh 16 Disember 2016.




Aku tak lupa lagi masa mula-mula menceburi dunia blogger ni cehhh. Tak pernah terfikir pun ye walaupun minat baca blog orang. Thanks to adik blogger Yaya Cendana yang bagi galakan aku involved ke dunia blogger. Sabar ajar aku yang slow ni hahaha.

Berpeluang join group JDT Blogger pun satu peluang yang besar bagi aku. Banyak blogger-blogger otai dalam tu. Banyak juga yang pernah bagi tunjuk ajar dan bagi peluang antaranya blogger Sis Lin, Kak Hernee Nazir, Kak Siti Rohaida, Uyul Rosli, Kak Sunah, Nona dan mungkin ada lagi yang pernah secara tak langsung bagi tunjuk ajar maaf kalau ada yang tak di mention huhuhu... Moga aku selalu lagi dapat join event2 dengan geng JDT Blogger..

Ok untuk rakan-rakan blogger yang selalu komen kat blog aku ni pun moga tak jemu mengomen selalu ye hehehe.. Kalau ada teguran yang bernas pun lagi bagus. Maklumlah masih lagi belajar dan terus belajar..

Ok aku akhiri dulu di sini. Moga kita semua terus sukses sebagai blogger yang memberi info yang bermanfaat. Jumpa lagi 😘😘😘

Thursday, 12 December 2019

Keropok Losong Ganu Paling Awesome

Thursday, December 12, 2019 3
Keropok Losong Ganu Paling Awesome

Korang suka makan keropok losong tak?? Ke ada yang masih tak tau keropok losong tu apa? Entri kali ni bukan aku nak kongsi cerita dengan uolls pasal keropok losong yang aku beli ni.

Keropok losong ni pada aku dia sedap feel macam keropok lekor jugak la. Berasal dari negeri Terengganu.

Kat area aku kat Johor ni susah nak dapat keropok losong. Ada pun pernah beli tapi tak piaww rasanya yang macam ni. Sebab apa aku kata yang ni piaww??

First sekali keropok losong yang aku beli ni "more rasa ikan". Aku memang tak berapa gemar keropok losong atau keropok lekor yang kurang rasa ikan tapi banyak rasa tepung je huhuhu.

Credit picture by πŸ“· Puan Eyfa


Second dia lembut sangat. Perangai aku jenis suka goreng garing-garing tapi keropok losong ni goreng macam mana pun dia lembut sangat dan tak liat. Mak aku yang tak berapa suka pun boleh jadi layan keropok losong ni.

Credit picture by πŸ“· Puan Eyfa



Dan setiap pembelian boleh dapat sos dalam plastik jangan korang tuntut sebotol lak. Nak sebotol lain harga kikiki...

Apa lagi jomlah dapatkan keropok losong ni 10 batang rm12 sahaja ye. Caranya meh whatsapp Puan Eyfa
www.wassap.my/601137755339

Ok nak sambung makan keropok losong. Bye ❤️

Review Novel ~ Hatiku Not For Sale

Thursday, December 12, 2019 1
Review Novel ~ Hatiku Not For Sale


                           


                            Tajuk ~ Hatiku Not For                                                     Sale
                             Penulis ~ Batiah Hadi
                             Terbitan ~ Alaf 21


Sinopsis Dari Novel ~~

HASEF - "Hati dan perasaan konon! Jangan nak berlakon pulak!  Awak memang pandai dalam bab mainkan hati orang ni! Awak dah buat saya simpati pada awak. Sehingga saya jadi bodoh dan terus setuju untuk beli awak!"

Dalam banyak-banyak tempat, Hasef terjumpa gadis itu di kelab dan bodohnya dia kerana simpati terus membeli gadis itu untuk dijadikan isteri. Dia berasa tertipu. Namun, semua tidak boleh diundur lagi. Hasef perlu membayar harga spontannya itu. Mahal pula. Bukan sekadar wang, tapi hati, perasaan dan egonya. Bila dia mengalah, mengapa hatinya pula dilukai?

ZAHRA - "Saya bukan perempuan macam tu. Saya benci jadi perempuan escort. Saya juga benci bila awak beli saya. Dua-dua saya benci. Saya bukan barang untuk dijual. Like I said before I am not for sale!"

Zahra mengharapkan hidup yang lebih baik. Dia meletakkan harapan dan cinta pada lelaki itu, namun mengapa dia merasakan bahawa Hasef tak seperti yang disangka? Mengapa lelaki itu, makin menghiris perasaan dan menginjak harga dirinya? Kalau dia ada kesempatan, dia akan pergi. Pergi jauh supaya lelaki itu tahu, dia bukan perempuan seperti itu!


                                      🌼🌼🌼


🎭 Best jalan cerita dalam novel ni. Nampak berat tapi ringan dan mudah difahami. Suka watak Zahra yang sabar, tabah dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri walau apa jua cemuhan yang diterima. Watak Hasef yang kadangkala menyakitkan hati tapi sebenarmya penyayang. Banyak juga pengajaran boleh didapati dalam novel ni antaranya mudah memaafkan walau apa jua yang orang dah buat kat kita. Barulah hidup tenang kan..... 😚

Wednesday, 11 December 2019

Hujan?? Lapar?? Jom serbu outlet Churros Time berdekatan!!

Wednesday, December 11, 2019 1
Hujan?? Lapar?? Jom serbu outlet Churros Time berdekatan!!



Assalammualaikum korang.. Musim hujan ni petang-petang korang suka buat apa?? Balik kerja terus menonton televisyen? Melayari internet? Atau sedang menulis blog macam aku?

Petang ni aku tiba-tiba teringin pula nak makan churros. Nyum nyum.. Churros churros bila aku nak kurosss.. Haha tiberrr
Daaa. Dah berjaya dapatkan my churros. Ber topping kan oreo & cheese. Beli kat outlet churrostime di Kota Tinggi.








Korang yang teringin nak cuba keenakan churros dari churrostime jom la cari outlet churrostime yang terdekat. Kalau belum tahu dia mana lokasi outlet yang terdekat dengan korang boleh la dm instagram atau pm facebook churrostime seperti yang tertera di bawah ini ye πŸ‘‡πŸ‘‡


Facebook : https://www.facebook.com/churrostime


Ok masa untuk churros,,,, Jumpa lagi di lain entri πŸ’•

Tuesday, 10 December 2019

Firas dan Remote

Tuesday, December 10, 2019 4
Firas dan Remote


Hero ibu ni makin besar makin banyak keletahnya. Alhamdulillah. Tapi baru-baru ni ibu perhatikan Firas suka sangat dengan alat kawalan jauh atau lebih senang aku panggil remote je. Kalau salah aku minta maaf siap-siap ye. Hehehe...

Firas tak boleh nampak apa pun remote dalam rumah semua dia nak buat main. Remote televisyen, aircond apa-apa jela kan. Masa balik rumah nenek dia kat Cheras pun gitu. Kalau setakat pegang gitu je tak apa lagi, ni siap baling-baling risau pulak rosak kang jenuh satu hal huhuhu...

Dan ibu dan ayahnya pun dok memikirkanlah solusinya. Bila tak di bagi nangis, tak sampai hati tengok muka nya merayu rayu gitu hahaha..

Ibu pun google then jumpa video kt youtube anak omputeh pun dok main remote oh bukan lah anak aku je perangai macam tu. Dalam video tu ayah dia gantikan la remote mainan untuk anak dia. Yang buat menarik perhatian aku remote tu bukan untuk permainan semata-mata tapi sambil belajar macam-macam benda basic sesuai la untuk Firas yang sedang membesar ni kan.

Scout's Learning Lights Remote begitulah nama remote itu. Dari jenama LeapFrog yang kita tahu memang banyak koleksi permainan yang bagus untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka. Scout's Learning Lights Remote ni boleh diberi pada anak seawal umur 6bulan. Kesian Firas 10bulan baru merasa ye huhuhu.


Seronok tengok bila Firas suka sangat dengan remote mainan dia ni. Pergi mana pun bawa, bangun tidur terus cari. Lega ibu sekurangnya Firas dah tak nak main remote tv apa semua tu.





Ok bercerita balik mengenai Scout's Learning Lights Remote ni, macam yang aku bagitahu awal tadi banyak fungsi pembelajaran dari remote ni. Boleh belajar mengira, mengenal bentuk, kaji cuaca dan dengan pelbagai muzik yang menarik. Lepas tu keluar warna-warna corak kat screen remote tu so anak tak la bosan kan sebab tu dia tak pandang remote yang lain dah.

Ada pembaca blog za yang berminat nak remote macam ni jugak untuk anak atau hadiah boleh la cari kat Lazada atau Shopee. Pastikan yang kat Lazada Mall atau Shopee Mall sekurangnya terjamin kualitinya. Kalau korang nak beli kat kedai terus pun boleh. Macam aku beli kat Manjaku Baby Mall. Boleh try sekali terus pasang bateri kat situ.



Ok pembaca yang disayangi jumpa lagi di entri berikutnya...

Review Novel ~ Hati Yang Terusik

Tuesday, December 10, 2019 0
Review Novel ~ Hati Yang Terusik




                         Tajuk ~ Hati Yang Terusik
                         Penulis ~ Nia Azalea
                           Terbitan ~ Alaf 21

Sinopsis Dari Novel ~~

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta? Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu. Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.

Farhan...lelaki yang tidak punya segalanya. Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya.

Vanessa...wanita yang memiliki segalanya. Namun, itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagiaan yang sering diimpi.

Hakikatnya...mana ada cinta yang tidak teruji. Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan mahligai cinta yang dibina. Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal fikirannya. Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat! Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, dicela sesuka hati.

Untuk kesekian kali, tercarik lagi hati Vanessa. Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavender di musim luruh. Dia terpaksa membuat pilihan. Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan. Baginya, diam bukan bererti salah, bukan juga bererti mengalah. Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak henti berharap, akan ada jua kebahagiaan di akhir segala kedukaan! 

                            🌼🌼🌼

🎭 Novel ni banyak mengajar erti kesabaran terutamanya setelah hidup berumahtangga. Betapa pentingnya untuk kita saling bertolak ansur dan memahami pasangan. Buang sikap ego, pentingkan diri dan syak wasangka terhadap pasangan.

























GIFT OF THE GAP

Tuesday, December 10, 2019 0
GIFT OF THE GAP
GIFT OF THE GAP
Electronics for all generations


The new year is weeks away, and what better way than to equip ourselves and loved ones with the right gizmos that could help enhance our effectiveness and quality of life. After all, we are always looking to improve our lifestyle. Here are top picks on the gadgets that are suitable for every generation. P/s: They also make great gifts.
Children and students
Creativity is said to foster mental growth. Allow children to express their imagination with the Fujifilm Instax Mini 9. Capture instant pictures wherever they are - shoot the twin towers from a low angle for a powerful composition and even take the perfect selfie with the built-in selfie mirror. Best part is, the limited-edition Christmas bundle is wrapped in a special gift box! 
What helps to achieve good grades, on top of hard work, is actually a reliable laptop. The HP 14s-cf0065tu Notebook is slim, portable and has a long-lasting battery life. The Microsoft Surface Go will appeal to those looking for versatility, doubling as a tablet that is easy to use on the go. On the other hand, the Acer Nitro 5 is a gaming laptop that delivers blazing speed coupled with a crystal clear full high definition display for the serious gamers, who, well, need a break from studying. 






Working adults
Speakers, action cameras, mobile phones and wireless headphones are suitable for working adults. The Yamaha YAS108 120W Soundbar is an audio system of choice with its built-in dual subwoofers delivering impressive bass and the Bluetooth Multipoint enabling you to connect two Bluetooth devices at the same time. Audio junkies can also consider the Sennheiser HD 4.50 BTNC Wireless Headphones that has noise cancellation and simply enjoy music in rich detail and powerful bass thanks to quality Sennheiser drivers.
The popular GoPro Hero 8 is now available at its lowest price ever since its launch, with the camera’s ability to capture 4K video and the HyperSmooth 2.0 Video Stabilization feature ensuring extreme sports enthusiasts get their best moments captured in pure clarity. 


Those who are keen on looking for a new mobile phone will not be disappointed with the OnePlus 7T. Delivering an overall solid performance in all vital categories for a mobile phone, the OnePlus 7T combines speedy performance with a sleek design and a powerful camera, together with a fingerprint reader and other useful features such as fast charging and dual sim compatibility. The Xiaomi Black Shark meanwhile is the world’s first liquid-cooled gaming phone providing ultra cooling with an independent imaging chip for best graphics and even comes with a detachable precision gamepad included in the box. 









Parents
Upgrade your parents’ home with new television, kitchen appliances and other household products. The LG 55UM7600PTA 55" HDR Smart UHD TV delivers 4K Active HDR picture quality, with True Color Accuracy for an unbeatable viewing experience. Air fryers make cooking seamless and home owners cannot go wrong with the Tefal Easy Fry Classic Healthy Fryer (4.2L) EY20 with extra large food capacity and features to achieve delicious fried food with little to no oil. 
Better quality air at home is important. Parents may want to check out the affordable MBH Lydia, a humidifier and aroma diffuser in one for the family. Photography buffs in this age category meanwhile should not miss out on the Canon Powershot G7x MKIII as it comes with a complete bundle on Shopee which includes a memory card, cleaning kit, leather case, tripod and other accessories, to capture picture perfect moments with loved ones.






Grandparents
Health products such as the fast-reading Samu Giken LCD blood pressure monitor and easy-to-use blood glucose monitors are important as we keep track of our heart health and general well-being. Those looking for entertainment sets can also consider TV decoders that come with a free lifetime subscription for myFreeview channels.







Shopee is the destination for electronics and gadgets for all generations. Whether you are a hardworking student at university or a retired professional, the Shopee 12.12 Birthday Sale has got you covered with discounts for all these products.

Product
Original Price
Promo Price
RM399.00
RM269.00
RM1239.00
RM999.00
RM2999.00
RM2699.00
RM1955.00
RM1,769.00
RM1999.00
RM799.00
RM1,999.00
RM1,599.00
RM2,399.00
RM2,069.00
RM1,599.00
RM1,399.00
RM799.00
RM349.00
RM59.99
RM37.95
RM3,999.00
RM2,599.00
RM3,999.00
RM2799
RM99.00
RM42.90
RM32.90
RM22.90
RM109.90
RM109.90
If you missed out on the Shopee 12.12 Birthday Sale deals, fret not because Shopee is counting down the days to Christmas with an Electronics Sale from 10 Dec to 25 Dec. Be electrified with discounts that will be unveiled at 12am daily. Just visit https://shopee.com.my/m/electronics-christmas-sale-calendar



About Shopee

Shopee is the leading e-commerce platform in Southeast Asia and Taiwan. It is a platform tailored for the region, providing customers with an easy, secure and fast online shopping experience through strong payment and logistical support. Shopee aims to continually enhance its platform and become the region’s e-commerce destination of choice.

Shopee has a wide selection of product categories ranging from consumer electronics to home & living, health & beauty, baby & toys, fashion and fitness equipment.

Shopee, a Sea company, was first launched in Singapore in 2015 and has since expanded its reach to Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam and the Philippines. Sea is a leader in digital entertainment, e-commerce and digital financial services across Southeast Asia. Sea's mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology and is listed on the NYSE under the symbol SE.



Monday, 9 December 2019

Penangan Black Friday Sale Sephora

Monday, December 09, 2019 0
Penangan Black Friday Sale Sephora


Yihaaaa... Tudia penangan black friday sale kat sephora hari tu. Dapat juga la shopping sikit-sikit tambah koleksi. Shopping melalui applikasi je malas nak berebut hehehe..

Tak ada la beli yang gempak-gempak pun semua masih di bawah rm100. Yang penting tiap kali shopping kat applikasi sephora ni mesti lebih rm80 kalau nak free shipping. Boleh share order sekali dengan kawan-kawan kalau nak lagi jimat.

Oh ye tak sangka dari bermula sebagai white member lepas ni aku dah nak jadi ahli black member kat Sephora. Cuma perlu beli barang sekurang-kurangnya hanya rm8 je lagi untuk jadi ahli black member. Tak sabar aku nak tau apa keistimewaan bila dah jadi sebahagian ahli black member Sephora. Teruja la kan maklumlah budak baru belajar hehe..


Beli sikit je. Kotak je yang besar huhuhu... 

Topup mask favourite aku laa. . Ada 6jenis sebenarnya mask dari Origins ni di mana tiap satunya berbeza fungsi dan keperluan untuk kulit. Nanti next entri aku cerita kenapa aku suka mask dari Origins ni. 

Aku memang pantang nampak produk untuk blackhead mesti nak cuba. Dari remaja aku memang dengan blackhead dah macam bff. Haishh mana tau pore strips dari jenama Starskin ni mampu mengatasinya. Kita tengok nanti ea... 

Tak plan pun nak beli yang ni tapi nak cukupkan rm80 untuk dapatkan free shipping aku grab. Untuk bekalan travel ke apa ok juga kan. 

Ni dapat percuma je aku tebus point dari sephora. Belum pernah lagi cuba apa-apa benda dari jenama GLAMGLOW ni. Tak sabar nak cuba. Mana tahu betul-betul jadi glemer dan berseri-seri lepas pakai. Kuikuikui 😝



Ok aku nak pergi menyusun jap benda-benda yang aku beli ni nanti kita jumpa lagi di entri seterusnya yawww

Review Novel ~ Manisnya Cinta

Monday, December 09, 2019 0
Review Novel ~ Manisnya Cinta








                       Tajuk ~ Manisnya Cinta
                       Penulis ~ Anis Ayuni
                       Terbitan ~ Alaf 21

Sinopsis Dari Novel ~~

Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.

                                     🌼🌼🌼

🎭 Salah satu novel yang aku tak jemu dok berulang baca. Plot nya soft soft sweet gitteww.. Yang best nya korang sentiasa tak sabar nak baca bab bab seterusnya. Dialog dia pun santai-santai tak beratkan kepala la kan. Banyak juga part yang kelakar. Novel ni pun dah diadaptasi ke filem pun kan "Manisnya Cinta di Cappadocia" lakonan Shaheizy Sam & Nur Fazura.

Sunday, 24 November 2019

Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide

Sunday, November 24, 2019 3
Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide

Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide 


Ramai orang Malaysia ni suka sangat travel gi Korea, mungkin ni atas factor Korea Drama dan kpop kot. Tak dinafikan Korea merupakan satu negara yang patut kita pergi. Bukan sebab pengaruh Korea Drama semata-mata, tetapi kerana budaya yang mereka ada patut dicontohi oleh kita as Malaysian. Aku sukakan Korea ni pun sebab budayanya lebih kurang dengan Jepun. Dan kos ke Korea sebenarnya lebih rendah berbanding ke Jepun. Malah ke Korea ni sebenarnya boleh je pergi tanpa tour guide atau ambil pakej. Cuma yang penting kita kena berani dan buatlah homework sikit benda-benda yang penting. Penting tau planning dan buat homework sebelum travel mana-mana pun. Barulah percutian korang perfect dan akan jadi kenangan terindah sampai bila-bila kannn..

🌸 Buat bajet
Aku boleh katakan kalau kita pergi Korea ni bajet kita around RM2500 je termasuk semua benda. Malah kalau kita bijak planning, boleh lagi rendah daripada tu. Senang cerita, letakkan bajet utama kita dulu lepas tu lebihkan sedikit untuk kes-kes kecemasan dalam RM200 kot.

🌸 Pilih musim yang sesuai
Seperti yang kita tahu, Korea merupakan salah satu negara yang ada 4 musim. Selalunya orang sangat suka, pergi musim bunga sebab cantik. Namun begitu, tiket flight musim bunga ni agak mahal. Sekiranya pergi musim lain return tiket tanpa luggage boleh dapat around RM600 je tetapi kalau pergi musim bunga ni tanpa luggage pun dah RM800 lebih macam tu. Bergantunglah pada bajet kita sebenarnya, kalau masih dalam range bajet takde masalah pun. Aku boleh cadangkan cuba pergi musim luruh yang dah hampir dengan winter, orang kata best dan cantik sangat.

🌸 Flight tiket
Belilah tiket flight masa promo, sangat berbaloi. Dan jangan lupa untuk comparekan harga kalau kita plan nak bawa luggage sebab Airasia tak include luggage. Ramai yang kadang-kadang lupa nak comparekan harga bila dah include luggage ni sebab dah terlalu focus sangat dengan harga promo. Kalau beza terlalu sikit, kalau airlines lain lebih selesa dari segi ruang dan lain-lain, lebih baik pilih airlines tersebut. Yelah flight ke Seoul 6 jam kot, mesti kita nak yag selesa. Selalunya kalau pergi Korea memang better ada luggage supaya mudah kalau kita ni kaki shopping. So pastikan harga dah tambah luggage tu berbaloi untuk kita. 

🌸 Airport transfer
Jangan pandang sebelah mata tau pasal airport transfer ni sebab ia sangat membantu kita kalau nak jimat ni. Kalau travel dalam group kecil boleh beli KLIA Transit ticket promotion dekat Traveloka. Serius sangat berbaloi, rugi kalau korang tak cuba beli tiket KLIA Transit dekat Traveloka. Kalau pergi group ramai sikit pula korang boleh book cheap airport taxi online dekat Traveloka juga. Senang cerita nak dapatkan airport transfer murah boleh beli dekat Traveloka. 

🌸 Penginapan
Kalau pergi Korea pemilihan penginapan benda yang paling penting. Silap pilih kawasan, memang agak sakit lah. Elakkan stay dekat Itaewon, walaupun situ mudah untuk dapatkan makanan halal tetapi bagi aku tak sesuai untuk stay sebab kawasan jenis yang banyak sangat bukit. So, kalau bawa luggage sakit lah sikit nak seret naik bukit tu. And better carilah tempat yang berdekatan dengan subway station sebab sangat mudah untuk kita bergerak nanti. Aku prefer untuk cari area Myeondong sebab tu area tumpuan pelancong. Dan kalau jenis nak jimat ruang beg, korang boleh cari Airbnb yang sediakan mesin basuh, so baju tak payah bawa banyak sangat.

🌸 Beli tiket aktiviti online
Kalau nak cari tiket aktiviti, boleh beli siap-siap online. Banyak website yang ada tawarkan harga yang sangat berbaloi. Salah satu yang memang orang selalu guna adalah klook sebab harga dia memang murah sangat dan akan memudahkan kita juga nanti. Contoh tiket yang boleh beli dekat klook macam Everland Theme Park dan Lotte Theme Park.

🌸 Gunakan Pass Discovery Seoul
Benda ni memang sangat-sangat membantu, lagi-lagi kalau kita beli yang untuk 72 jam. Banyak tempat yang boleh kita pergi tanpa beli tiket lagi. Kalau mampu cuba maximize kan kegunaan pass ni, pastikan kita rasa puas sangat.


Sumber foto ~ Traveloka



Sumber foto ~ Traveloka

Garden of Morning Calm
Sumber foto ~ Traveloka

Menara N Seoul 
Sumber foto ~ Traveloka

Lotte World
Sumber foto ~ Traveloka

Sumber foto ~ Traveloka

Sumber foto ~ Traveloka

Everland Theme Park 
Sumber foto ~ Traveloka

Everland Theme Park
Sumber foto ~ Traveloka

P/s ~ saja aku up kan gambar-gambar kat atas ni bagi korang lagi rasa teruja dan tak sabar-sabar nak travel ke Korea. So apalagi plan lah sikit-sikit dari sekarang. Pastikan dengan Traveloka tau!! πŸ‘πŸ‘