Jumaat, 19 Januari 2018

Review Novel ~ Seharum Kasih


Tajuk: Seharum Kasih
Penulis: Aina Emir
Penerbit: Alaf 21


Anehnya cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali...gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!

🍭Novel ni aku paling watak Reeza sebab apa tau pada aku dia seorang lelaki yang setia, tabah dan paling penting sentiasa menerima kelemahan dan mudah memaafkan gadis yang dicintainya, Rasya..walaupun watak Rasya Aleeya seorang yang mudah rapuh hatinya dek kesan perceraian ibu bapanya di waktu dia masih kecil..dan bagi aku kehadiran Reeza memang melengkapi hidupnya..itulah tujuan sebuah perhubungan kan..saling melengkapi di antara satu sama lain..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan