Jumaat, 30 Jun 2017

Rezeki free gift dari Dunkin' Donuts 🍩

Alhamdulillah rezeki jangan sekali-kali ditolak uollss..ni semalam 29 January 2017 nye cerita..aku ke Larkin Sentral untuk menjemput encik tunang yang baru pulang dari kampung halamannya di Kuala Lumpur dan kembali menyambung tugasnya di Johor Bahru..

Tengah dok tunggu sambil cek whatsapp tiba-tiba perut aku berkeroncong lak dari irama jazz yang perlahan ke irama dangdut yang sangat rancak..baru sedar since pagi kat rumah tak menjamah sebarang makanan lagi lepas kemas rumah terus keluar ngan family aku beli keperluan dapur dan terus ke sini..

Memikirkan encik tunang yang bakal tiba tak lama lagi dan kat rumah pun aku dah memasak sebelum keluar cuma tak sempat nak menjamah,aku ambil keputusan untuk cari something yang simple but sweet jela..ermm so aku pilih Dunkin' Donuts..lagi pulak aku pun memang dah lama tak ke Dunkin' Donuts(dulu masa pernah study kat kolej almost every weekend tapau Dunkin' Donuts ngan member2 untuk bawak balik hostel)bila tengok box Dunkin' Donuts tu sure teringat kenangan kat hostel dulu..


So masa kat Dunkin' Donuts Coffehouse tu aku pilih la beberapa jenis donut kegemaran untuk aku,mak ayah dan encik tunang..selesai membuat pembayaran cashier tu hulurkan aku satu plastik berisi 3 botol minuman teh Heaven an Earth Passionfruit..aku terpinga-pinga ngan muka naif cakap kat cashier tu "dik, yang ni bukan akak punya"..dia pun senyum jawab "percuma kak, kami bagi"..hahaha..aku pun say terima kasih amik jela..boleh tak terfikir nak beli minuman tapi tak syok makan je tak minum air kan.. 



Alhamdulillah rezeki Allah tu datang dalam pelbagai cara..Thank u so much Dunkin' Donuts,,, 😘😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan