Isnin, 5 Jun 2017

My Mini Library ~ Last Part πŸ“š

Part last dalam my mini library..koleksi buku misteri dan penyiasatan.. tinggal beberapa je dulu banyak simpan tapi hilang entah ke mana..

Koleksi novel kanak-kanak terbitan Edusystem Sdn. Bhd. 
πŸ”ΈMasa umur 11-12 tahun suka baca koleksi ni sebab memaparkan kisah pengembaraan, fantasi, keberanian bila menghadapi cabaran yang tidak terduga..banyak juga pengajaran yang korang boleh dapat..kat belakang halaman-halaman belakang novel juga ada diselitkan trivia.. 

Buku Siri Salma yang diterbitkan oleh Penerbitan Fargoes Sdn Bhd. 
πŸ”ΈYang ni pun buku favourite aku dalam mini library yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas..tak jemu-jemu baca..mengisahkan tiga orang sahabat Salma, Mei Lin dan Zarina yang menyelesaikan pelbagai misteri dan jenayah. Korang tau tak aku pernah berangan nak kerja jadi seorang penyiasat sebab terpengaruh dengan buku-buku camni..tapi itu semua memang angan-angan jela..sebab aku ni takdela berani mana pun..kuikui..tapi at least buku ni pun ada pengajaran yang korang boleh dapat macam kasih sayang kekeluargaan dan semangat setiakawan..

P/s~ Budaya membaca memang patut diamalkan dari kanak-kanak sampailah dewasa.. Tak kisahla buku dari genre apa pun,yang penting carilah yang dapat memberi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan yang dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri kita..Okey jumpa next entry yaw..pasni rasa nak buat review pasal koleksi novel lak..harap-harap korang sudi-sudikanla diri singgah ke blog aku ni ye.. tq 😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan