Sweet Memory di "PBAKL2017"

Assalamualaikum semua yang dikasihi..dah lama iza tak publish entry kan..entry yang iza nak publish ni pun dah lama event yang dah lama pun tapi dah ada bahan-bahannya aku rasa publish jela agar blog tak terus bersawang..huhu

Sebenarnya baru ni aku demam nak dekat 2 minggu..dapat pakej pulak ngan batuk ngan selsema 😷..so terlantar la di rumah iollss..

Ni pun masih terbatuk-batuk lagi tapi kugigihkan juga menaip entry ni..

Ermm semua tahu setiap mesti akan berlangsung "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur" atau "PBAKL" di PWTC..bagi peminat buku atau ulat buku khususnya pesta seperti ini setiap tahun pasti tidak dilepaskan peluang untuk berkunjung..pelbagai syarikat penerbitan buku berkampung kat PWTC ni dan harga yang ditawarkan sangat la istimewa yang korang takkan dapat di kedai-kedai buku biasa..Buku-buku baru diterbitkan yang belum ada di pasaran pun korang boleh dapatkan di "PBAKL" ni..

Baru-baru ni sewaktu aku berkunjung ke Kuala Lumpur bersama encik tunang tersayang melawat keluarganya di Cheras aku berpeluang ke "PBAKL2017" yang dianjurkan bermula 28 April - 7 Mei 2017..aku pergi masa last day dibawakan khas oleh bakal kak ipar ngan abg ipar..kehkehkeh.. Nak tahu tak uollss??inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pesta buku ni..sejak remaja lagi mengidam nak ke pesta buku camni..yela harga yang ditawarkan bukan biasa-biasa okey..betapa terujanya aku dari satu booth ke satu booth (booth novel ler) 😍😍

Yang paling best kan aku bukan je berpeluang borong bermacam jenis novel dari pelbagai penerbitan, tapi berpeluang berjumpa ngan penulis buku terkenal seperti Siti Rosmizah, dan juga pelakon utama drama adaptasi novel Shh..I Love You karya Farisya Natasha iaitu Gambit Saifullah dan juga hero pelakon adaptasi novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas iaitu tak lain tak bukan Saharul Ridzwan..excited gile aku berdepan ngan depa berdua ni..sampai bakal kak ipar je yg bercakap aku terdiam tanpa kata okey(hahaha gedikss) 😀

Apa pun kenangan berkunjung ke "PBAKL2017" ni takkan aku lupakan..insyaAllah tahun depan ada rezeki aku akan berkunjung lagi ke pesta yang bermanfaat seperti ini..


                    Borong abis novel..separuh kak ipar punye.. 

                    Selfie ngan pelakon Gambit Saifullah..di sinilah aku terdiam tanpa kata..kehkeh 

Selfie ngan pelakon Saharul Ridzwan..sporting wehh dia ni

Ni je yang sempat snap pic suasana "PBAKL2017" disebabkan aku pertama kali pegi terlalu excited tak banyak gambar sangat huhu

Bersama novelis terkenal Siti Rosmizah 

Mr.Fiance yang selalu memahami minatku..thanks teman kiteww.. 😘



4 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.