Isnin, 3 April 2017

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1438H/2017M

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah seperti biasa setiap tahun majlis yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-60 bagi tahun 1438Hijrah/2017Masihi .

Majlis bermula dari 2-8 April 2017M bersamaan 5-11 Rejab 1438H. Negeri Melaka menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Credit picture to ~
https://www.rtm.gov.my/terkini/pengumuman/3076-majlis-tilawah-dan-menghafaz-al-quran-peringkat-kebangsaan-tahun-1438h-2017m 

Jadi marilah kita hadir bersama-sama keluarga bagi memeriahkan dan mengimarahkan lagi Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan ini. Bagi yang tidak dapat menghadiri boleh menonton secara langsung bermula hari ini isnin 3 April 2017M iaitu Majlis Pembukaan Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di saluran TV1 RTM pada jam 8.30 malam. 

Credit picture to ~ 
https://m.facebook.com/tv1.rtm/


Boleh juga ditonton melalui website http://myklik.rtm.gov.my/live ataupun http://www.tvjakim.my/  dan juga melalui siaran radio ikim.fm

Moga dengan melihat dan mendengar bacaan  Al-Quran dari qari qariah yang bertanding kita semua beroleh keberkatan dari Allah S.W.T.


2 ulasan:

  1. di melaka.
    ari tu naik nama utk gi.
    tapi sebab ada tugasan lain, x gi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh bestnye..kite salu dpt tgk tv je 😊

      Padam