Selasa, 31 Januari 2017

Episod Romantis "Ralph Lauren Romance"

Haiii...korang rindu iza tak dah lama tak celoteh??hihi..okey kali ni aku nak cerita pasal ermmm.. 😮😮
nape tetibe blog aku ni rasa wangi je ea..pastu fefeeling romantik gittew..😇😍

Okey just nak cerita pasal wangian kegemaran aku dan mungkin jadi wangian kegemaran korang jugak..kat sini ada beberapa rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" yang aku nak kongsikan.. 
 Okey gambar kat atas ni adalah wangian pertama "Ralph Lauren Romance" first sekali aku guna yang ni terus jatuh cinta tak hingat da.. "Ralph Lauren Romance" dicipta oleh Harry Fremont pada tahun 1998..Gabungan rose, citrus, teratai, white violet, nilam, oakmoss,  halia,spicy notes daripada warna merah jambu dan kasturi putih melengkapkan aroma cinta romantis dalam wangian ini dan membangkitkan detik detik intim penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dengan aura positif tanpa henti.

Okey next "Ralph Lauren Midnight Romance" yang ni aku mampu dapat sample je tapi bau dia memang mengancam beb & tahan lama pulak tu..ni baru sample kalau yang satu botol camne la kan maunya aroma dia tertinggal di sana sini bila korang pakai perfume ni..😍
 Sesuai dengan quote di atas yang menggambarkan wangian ini adalah versi romantis yang seksi dan penuh cabaran bagi diri seorang wanita..malah haruman ini juga digelarkan sebagai "older sister" menunjukkan rasa kematangan dan elegan seorang wanita bagi si pemakai.

"Ralph Lauren Midnight Romance" dicipta oleh Honorine Blanc dan Alberto Morillas pada tahun 2014. Perfume ini dikeluarkan juga berikutan kejayaan haruman rangkaian "Ralph Lauren Romance" sebelum ni iaitu (Romance Always Yours, Romance Be Mine, Romance Eau Fraiche, Romance Summer Blossom, Romance Tender Notes and Summer Romance).

Aura haruman ini dibangkitkan melalui gabungan rapsberri, italian bergamot, dan juicy litchi sebagai komposisi utama. Aroma wangian menggoda ini juga dihangatkan lagi dengan gabungan dari peony, melati putih, freesia, black vanilla, ambroxan dan iris.

Okey last ni "Ralph Lauren Tender Romance" salah satu kegemaran aku jugak..perfume yang berasaskan "Oriental Floral" ni dilancarkan pada tahun 2016 oleh Honorine Blanc. Top notes wangian ini dibangkitkan melalui haruman bergamot,halia dan pir sementara middle notes pula daripada white ginger lily, magnolia putih dan melur..base notes wangian ini pula dilengkapkan dengan aroma kayu kasmir, benzoin dan kasturi. Baunya jugak agak "heavy" berbanding sebelum ni tapi masih mengekalkan aroma yg lembut, manis dan romantik..


Juga terdapat mandian gel dan losyen pelembab badan dari "Ralph Lauren Tender Romance" yang membangkitkan aura haruman yang berpanjangan pada kulit.

Jadi apelagi jomla jadi sebahagian daripada episod romantis wangian "Ralph Lauren Romance"..Walaupun banyak modal sikit tapi berbaloi untuk meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri korang..yang belum ada idea nak cari barang hantaran ke, hadiah anniversary pun boleh jadikan rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" sebagai hadiah buat yang tersayang.. 😘😘











Isnin, 9 Januari 2017

Sayangi Diri dengan Milagro Coffee

Assalamualaikum.. okey nak share lagi ngan korang pasal satu lagi produk yg agak baru jugak la tapi hebat ni..bila cerita pasal kopi ni aku sebenarnya bukanlah seorang pencinta kopi,apa lagi kopi kesihatan(tak suke pahit-pahit tau)tapi yang ni bukan je tak pahit langsung tau, tapi rasa dia memang perfect dengan khasiat 7 in 1. Okey jom ushar lagi jangan malas kalau nak sihat.. 



Hah tu dia.. MILAGRO COFFEE Mmm... Sedap Ekk... sesuai ngan tagline dia rasa kopi ni memang sedap pun.. kopi ni juga dikenali sebagai MILAGRO COFFEE PATAWALI..okey nanti aku cerita sekali "patawali" tu ape ye.. Macam aku cakap tadi aku bukan penggemar kopi first time rasa kopi ni aku dah bancuh pastu siap try rasa guna sudu dulu.. tapi rasa bila dah rasa terus nak lagi wehh..terjatuh cinta 😍😍 memang sedap ekk ekk ekk larhhhh


Okey bebel panjang pulak..jom cerita khasiat kopi ni.. biasa kita dengar khasiat kopi 2 dalam 1, 3 dalam 1, tapi yang ni "7 dalam 1" beb.. Milagro Coffee adalah kopi pra-campur yang dicampur dengan kualiti yang tinggi daripada kopi arabika dan robusta dan dipertingkatkan dengan beberapa ekstrak herba khas seperti Tinospora Crispa, Halia, Lada Hitam dan Rock Salt. Hasil daripada gabungan herba ini mampu merawat pelbagai penyakit dan juga boleh meningkatkan sistem imun kita..

Tinospora Crispa atau dikenali sebagai "Patawali" telah digunakan oleh ramai pengamal tradisional untuk pelbagai rawatan seperti demam,  tekanan darah tinggi,luka,cacing usus, jangkitan kulit, dan juga hiperglisemia. Ia juga digunakan dalam merawat kencing manis dalam bentuk ekstrak akueus disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa darah.

Antara fungsi lain Milagro Coffee ni juga ia dapat mencegah serta mengawal 
◼ Kencing Manis
◼ Darah Tinggi
◼ Sakit Sendi 
◼ Anti Kanser
◼ Keradangan 
◼ Demam Malaria 
juga mengandungi khasiat serta 
✔ tinggi aktioksidan 
✔ menguatkan sistem saraf dan pertahanan tubuh badan 
✔ mengembalikan tenaga dengan segera 

Jadi ape korang tunggu lagi.. semua khasiat yang diperlukan ada dalam milagro coffee ni..nak slim tak? Korang boleh jadikan milagro coffee sebagai minuman diet korang tau (wahhh😍) yela kita sometime jugak mungkin tak terlepas daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kanser yang mungkin diwarisi daripada genetik atau cara kehidupan seharian dari pemakanan yang tidak sihat..jadikanla milagro coffee sebagai makanan tambahan kesihatan korang.. bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat.. 

Pada yang confuse lagi tu jangan risau ye satu penyelidikan saintifik penyelidik dari UiTM (Universiti Teknologi Mara) Puncak Alam, Selangor, Malaysia dan mereka mendapati bahawa terdapat pengurangan yang ketara pada bacaan gula di dalam darah selepas meminum Milagro Coffee selama sebulan.

Okay jadi selagi korang berpeluang menikmati kesihatan yang dianugerahkan Tuhan jagalah sebaik mungkin.. memilih Milagro Coffee adalah salah satu pilihan yang bijak.. oraitt cukup la tu sampai sini aku bercerita aku nak pegi minum Milagro Coffee jugak nak caj tenaga ni balik..