Jumaat, 28 April 2017

Jom Rebut Peluang Kerjaya Sektor Kerajaan dan Swasta di gkerjaya.com



Ada diantara korang yang masih belum mempunyai pekerjaan?ataupun masih tercari-cari kerjaya impian anda?apalagi jom kita ushar website g.kerjaya.com

Siapa yang perlu ushar website g.kerjaya.com ni?

~ Mereka yang sedang mencari jawatan kosong
~ Mereka yang ingin tukar kerjaya kepada lebih baik
~ Mereka yang baru habis spm/diploma/ijazah/phd dan lain-lain


Korang juga kena rajin-rajin layari laman gkerjaya ni kerana~~

Terdapat pelbagai tips-tips kerjaya diberikan antaranya

~ Panduan bina kabel dalam linkedin
~ Panduan permohonan kerja melalui email
~ Panduan mohon kerja melalui SPA dengan betul
~ Panduan mohon jawatan kosong di Jobstreet dengan betul
~ Tips penulisan resume dan lain-lain lagi

Pendapat aku memang bagus ada website sebegini kerana ianya menggabungkan pelbagai peluang bidang pekerjaan dari sektor kerajaan dan swasta

Jadi apa yang korang tunggu lagi?meh la rebut jawatan kosong terkini yang ada dalam website gkerjaya.com




Khamis, 27 April 2017

My Mini Library ๐Ÿ“š

Hai geng blogger dan bukan blogger..heheh.. mood aku berblogging ni cam suram sikit..betul tak?almaklumlah baru lagi kenal ngan dunia blogger ni masih banyak yang perlu aku belajar di samping tak mengabaikan komitmen pekerjaan yang lain..ermm kebetulan tengah ada cuti am aritu lepak kat rumah tak kemana terpandang la "mini library" milik aku sejak dari zaman kanak-kanak lagi yang membuatkan aku bagai diseru untuk berkongsi minat dan koleksi aku sejak umur 5 tahun..

 "Inilah dia mini library aku..korang percaya atau tak rak buku ni parents aku belikan masa aku berumur 8 tahun lagi pada tahun 1997..so tahun ni genaplah usianya 20tahun wehhh.. "

Tabiat membaca aku dan mengumpul pelbagai jenis buku cerita dan komik ni memang disokong kedua ibu bapa aku. Untung la setiap kali keluar ikut mak ayah jalan-jalan memang dapat la habuan paling kurang sebuah buku cerita. Aku tak pernah kira jumlah buku yang aku ada sebab ada juga sebahagian daripadanya yang aku "pinjamkan tak kembali"..hehehe..ni je yang masih ada dalam koleksi aku..okey untuk entry yang seterusnya aku akan menyelongkar lagi koleksi dan genre buku yang ada dalam " my mini library" ni ye..


Rabu, 26 April 2017

RAMADHAN CARE ~ Untuk Ibu Tunggal dan Anak Yatim


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Iza nak mempelawa korang semua untuk memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi,,,,

*Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru* ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.

Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :

1⃣ *Pakej A* - sekampit beras 5kg *atau* 10kg bagi 1 famili,

2⃣ *Pakej B* - satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,

3⃣ *Pakej C* -  sepasang telekung wanita dewasa *atau* telekung kanak-kanak yang baharu,

4⃣ *Pakej D* - wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.

Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan *kombinasi pakej* yang tertera.

Bagi *Pakej D (tunai)*, sumbangan perlulah dibuat secara *online ke akaun Maybank* Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru *5511 3750 7754*.

Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada *Puan Zulhaya Marzuki* di talian *013-765 2551*

Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.

Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkan *sebelum 17 Mei 2017*. Dan *serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017*.

Kami juga amat mengalu-alukan *sponsorship* daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam *Ramadhan Care* tahun ini.

Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih. ๐Ÿ’

Sabtu, 22 April 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Jumaat, 21 April 2017

Mewangi Lagi ~ Di Sebalik Parfum, EDP, EDT, EDC & Eau Fraiche



Hollaaaa laa laaa.. okey aritu aku dah share pasal note note dalam wangian..kali ni nak story lak pasal level atau peringkat-peringkat dalam wangian mengikut kepekatan masing-masing. Rasanya korang pun perasan bila beli perfume kat botol atau kotak tu ade tulis Eau Fraiche,EDC,EDT,EDP & Parfum.

Wangian terdapat pelbagai jenis peringkat mengikut kepekatan atau ketumpatan pati yang digunakan. Lagi pekat pati Perfume, lagi kurang kandungan alkohol yang digunakan.  Kebanyakan wangian dan alkohol memang berkait rapat tapi bukan alkohol yang memabukkan ye. Alkohol dalam wangian kategori nya lain tau. Ketahanan bauan atau aroma dalam wangian juga bergantung pada peringkat kepekatan pati dalam wangian tersebut. Okey jom kita baca sedikit huraian mengenai peringkat-peringkat dalam wangian. Kalau korang dah tau pun meh la teman aku baca..meh la..hehehe ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

๐ŸŒทEau Fraiche๐ŸŒท
Peringkat atau kepekatan terendah dalam wangian adalah Eau Fraiche atau ada juga yang panggil body splash atau body mist.. Di sinilah digunakan Eau Fraiche yang memiliki pati Perfume paling rendah hanya 3% dan paling kurang bertahan hanya satu jam.  Selalunya wangian seperti ini disemburkan pada tubuh badan selepas mandi dan sebagainya.Ala-ala fresh gitteww..

๐ŸŒทEau De Cologne ๐ŸŒท
Eau De Cologne atau EDC merupakan wangian yang bertahan sehingga 2 jam dan merupakan wangian yang paling lemah.  Kalau korang perasan la EDC ni selalu digunakan pada wangian lelaki. Wangian ini pekat sedikit berbanding Eau Fraiche tadi dan EDC juga mempunyai bauan yang segar sesuai digunakan sebagai haruman selepas mandi.

๐ŸŒทEau De Toilette ๐ŸŒท
Eau De Toilette atau EDT pula merupakan wangian yang lebih pekat sedikit patinya.  EDT ni mampu bertahan 2 - 4 jam dan terdapat banyak di pasaran. Kadar kepekatannya pula meliputi 5%-8%. Wangian jenis EDT bolehla aku klasifikasikan sebagai "aroma yang lebih soft" dan sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti.

๐ŸŒทEau De Parfum๐ŸŒท
Eau De Parfume atau EDP mempunyai pati yang agak pekat juga meliputi sehingga 8%-16% dan wangian ini mampu bertahan sehingga 8jam. Aromanya tahan lama disebabkan oleh kandungan alkohol yang sedikit digunakan. Wangian EDP ini lebih sesuai digunakan pada waktu malam terutamanya bila korang menghadiri majlis-majlis formal dan sebagainya.

๐ŸŒทParfum (Pure Perfume) ๐ŸŒท
Parfum adalah pati minyak wangi paling kuat dan asli tanpa campuran alkohol.Meliputi kepekatan sehingga 16%-30% , wangian jenis ini mampu bertahan sehingga 12jam tapi bergantung juga pada jenis kulit tau. Bauan dari Parfum ni bukan sahaja melekat di badan tetapi boleh dihidu dari jarak jauh. Kiranya bila korang pakai wangian dari jenis Parfum ni ianya mampu membuatkan korang menyebarkan aura wangian di sana sini ๐Ÿ˜๐Ÿ˜..

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒทWangian mampu meningkatkan keyakinan dan aura yang positif dalam diri..So, jomlah kita berwangi-wangian sentiasa.. ๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท



Aku dan Teh Hijau Pulakk...

Assalamualaikum..korang sihat?? ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ moga sihat semua hendaknya..yang tak berapa nak sihat tu cepat-cepat tau pegi klinik check kesihatan korang tu sebelum melarat..bila cerita pasal kesihatan ni mesti semua orang cari cara nak "mencegah dari merawat"..siapa yang nak sakit kan??okey aku nak cerita pasal "TEH HIJAU" yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit.. dulu aku pernah cerita pasal kelebihan epal hijau ni nak cerita pasal "Teh Hijau" lak..

Ramai yang tak suka rasa "Teh Hijau" ni..adik sepupu aku siap wat eksperimen pasal rasa "Teh Hijau" ni seperti bedak wangi yang dicampurkan dengan air.. ๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต heheh mula aku pun tak suke dengan rasa dia tapi bila fikir manfaat dan kebaikan dari "Teh Hijau" ni aku dah jadi salah seorang pengamal tegar "Teh Hijau"..

"Teh Hijau" diperbuat dari tanaman teh "Camellia Sinensis" yang berasal dari negara China dan kini telah dikenali di seluruh dunia. Antara kelebihan "Teh Hijau" ialah :

๐ŸŒฟ Tinggi Antioksidan
    ๐Ÿƒ Memanjangkan hayat ~ kandungan atioksidan dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti sakit jantung, kanser dan strok.
๐ŸŒฟ Mengandungi "Polifenol" yang berperanan sebagai fungsi mencegah dan merawat pelbagai penyakit. "Polifenol" ialah sejenis anti-oksidan yang biasa terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Ianya mampu bertindak sebagai ~
    ๐Ÿƒ Pencegah Kanser ~  Teh Hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.
    ๐Ÿƒ Mencegah penyakit gigi
    ๐Ÿƒ Membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan menyebabkan pelebaran saluran arteri sekaligus mengurangkan tekanan darah, pembekuan darah dan mengurangkan kolestrol jahat dalam badan.
     ๐Ÿƒ Kesemua fungsi "polifenol" membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dalam kalangan pesakit diabetes yang lebih berisiko untuk menghidapinya. "Polifenol" juga membantu mengawal glukos dalam badan sekaligus menghalang masalah diabetes.
๐ŸŒฟ Merangsang penurunan badan dan membakar lemak.(okey yang ni paling aku suke..tapi mesti disertakan dengan senaman jugak tau..barulah hasilnya cenggini ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘)
๐ŸŒฟ Menguatkan ingatan dan pelindung memori
    ๐Ÿƒ Meminum dua gelas teh hijau bagi seorang dewasa juga dapat membantu mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak.
๐ŸŒฟ Membantu mencegah penyakit daripada menyerang tubuh badan
๐ŸŒฟ Kaya mineral & vitamin
๐ŸŒฟ Menurunkan tekanan darah
    ๐Ÿƒ Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh Hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penilitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberikan ekstrak hijau.
๐ŸŒฟ Menyegarkan badan dan memberi ketenangan
    ๐Ÿƒ Okey yang ni dari pengalaman aku sendiri bila aku minum Teh Hijau ni memang aku rasa tidak mudah letih dalam urusan seharian dan rasa stress pun macam cepat berkurangan.
๐ŸŒฟ Mencegah hepatitis
๐ŸŒฟ Melancarkan pencernaan
๐ŸŒฟ Melindungi paru-paru daripada racun rokok (kalau boleh janganla merokok terus tau, membazir beli rokok dan membahayakan kesihatan!!)
๐ŸŒฟ Mencegah keracunan makanan
    ๐Ÿƒ Teh Hijau juga terkenal sebagai pembunuh bakteria. Dengan meminum teh hijau dapat mengurangkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana Teh Hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E.coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum Teh Hijau yang pekat untuk merawat. Teh Hijau ini merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
๐ŸŒฟ Melindungi fungsi ginjal
๐ŸŒฟ Mencegah bau mulut
๐ŸŒฟ Awet muda dan melambatkan proses penuaan
๐ŸŒฟ Melembutkan dan melindungi kulit
    ๐Ÿƒ Okey yang ni petua kalau korang ada masalah kulit luka, melecur, melecet atau digigit serangga, korang ambil sehelai kapas bersih celupkan ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan coz Teh Hijau ni ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh jugak hilangkan rasa gatal,lebam,bintik-bintik keradangan, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup. Selain itu juga Teh Hijau mampu mencantikkan kulit dan mengatasi masalah jerawat pada kulit.

Salah satu jenama Teh Hijau kegemaran aku 


So takde sebab korang tak patut cuba Teh Hijau ni sebab manfaat dan kebaikannya yang terlalu banyak. Banyak jenama Teh Hijau kat pasaran sekarang ni pilih je mana yang korang nak..okey jumpa lagi next entry yaww.. ๐Ÿ˜˜

Khamis, 20 April 2017

Buku "Anak Anugerah Dan Ujian" oleh Emycakes Lovette

Assalamualaikum..okey kali ni za nak kongsikan mengenai sebuah buku yang bertajuk "Anak Anugerah Dan Ujian" yang ditulis oleh Emycakes Lovette berdasarkan pengalaman sebenar beliau sendiri.

Sedikit kata pengenalan dari penulis,,,,

"Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi. Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada  umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini,"- Emycakes Lovette

Based on the isi kandungan below, buku ini boleh dikatakan kitab 101; menjawab segala soalan pembaca; siapa, apa, dimana, bila, dan bagaimana, lengkap dengan solusi.

Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian

Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)

1. Dari hati
2.Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
3.Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
   ✏ 7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis.  awal SPD
   ✏ Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
   ✏ Teknik mengesan kelainan anak
4.Punca anak kelainan upaya
5. Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
6. Pendidikan anak Istimewa
   ✏ Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
   ✏ Pendidikan pra-sekolah
7. Rawatan
   ✏ Rawatan Moden
        ๐Ÿ”นPakar Perkembangan Kanak-kanak
        ๐Ÿ”นOccupational Therapy
        ๐Ÿ”นKelas membaca menggunakan sistem Fonik
        ๐Ÿ”นAktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
        ๐Ÿ”นJenis-jenis Terapi lain
          ๐Ÿ”ธTerapi Visual
          ๐Ÿ”ธTerapi bercakap & bahasa
          ๐Ÿ”ธTerapi Fizikal
          ๐Ÿ”ธTerapi Mendengar
          ๐Ÿ”ธTerapi Nutrisi
          ๐Ÿ”ธTerapi Perceptual motor
   ✏ Rawatan Syifa
      ๐Ÿ”นAmalan doa
      ๐Ÿ”นTerapi mendengar ayat suci Al-Quran
      ๐Ÿ”นTerapi menghafaz Al-Quran
   ✏ Rawatan Tambahan Di Rumah
      ๐Ÿ”นTips membantu anak memaksimakan kebolehan
      ๐Ÿ”นAktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
   ✏ Senarai Occupational Terapi di Negeri Johor
8. Rumusan & Penutup

Alhamdulillah dengan membaca buku seperti ini selain boleh menyumbangkan sesuatu kita juga dapat ilmu yang berharga..

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSftTi22emxrikrw0wx3hu2ujn_lGsQbWb0DVeuyb8nRyDlrTw/viewform?c=0&w=1

Boleh google link di atas ๐Ÿ‘† untuk mengetahui cara nak dapatkan buku ni 

♡♡Anak adalah amanah dan anugerah dari Allah S.W.T yang tak ternilai.. 

Isnin, 3 April 2017

Quotes #1

 
If you're lucky enough to be different, don't ever change.. 



 P/s ~ Just be yourself ๐Ÿ˜‰

                                           


Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1438H/2017M

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah seperti biasa setiap tahun majlis yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-60 bagi tahun 1438Hijrah/2017Masihi .

Majlis bermula dari 2-8 April 2017M bersamaan 5-11 Rejab 1438H. Negeri Melaka menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Credit picture to ~
https://www.rtm.gov.my/terkini/pengumuman/3076-majlis-tilawah-dan-menghafaz-al-quran-peringkat-kebangsaan-tahun-1438h-2017m 

Jadi marilah kita hadir bersama-sama keluarga bagi memeriahkan dan mengimarahkan lagi Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan ini. Bagi yang tidak dapat menghadiri boleh menonton secara langsung bermula hari ini isnin 3 April 2017M iaitu Majlis Pembukaan Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di saluran TV1 RTM pada jam 8.30 malam. 

Credit picture to ~ 
https://m.facebook.com/tv1.rtm/


Boleh juga ditonton melalui website http://myklik.rtm.gov.my/live ataupun http://www.tvjakim.my/  dan juga melalui siaran radio ikim.fm

Moga dengan melihat dan mendengar bacaan  Al-Quran dari qari qariah yang bertanding kita semua beroleh keberkatan dari Allah S.W.T.


Khamis, 30 Mac 2017

Pencarian Bloglist Cikjaja bagi April dan May

http://jajakaktus.blogspot.my/2017/03/pencarian-bloglist-cikjaja-bagi-april.


Tag blogger: +yaya cendana  +Siti Rohaida Yusof  +Mar Mansor  +Hernee Nazir

Assalamualaikum and hai semuaaa!


Bloglist cikja dah kosong since sebulan yang lepas. So, kalini cikja nak buat pencarian bloglist baru, yeay!

Syarat nak join pencarian ni senang jeee:

1. Ehem, mestilah kena follow blog cikja.

2. Follow instagram @smshandcraft (ada chance tinggi ni)
  * kalau tade insta, mention ye dalam post!

3. Tag kawan blogger at least 4blogger sahaja!

4. Tajuk entry mestilah "Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May"

5.  Link kan blog cikja pada banner and copy balik syarat-syarat ni, okay?



P/s : jangan lupa tinggal kan link blog korang okay? Pemenang bloglist bebila je cikja umum!๐Ÿ’•




Much love,
Suhaizasuki @ Cikjaja.

Segmen Blogwalking Janji Kita

Assalamualaikum


Segmen Blogwalking Janji Kita | Untuk julung kalinya Blog Janji Kita melancarkan Segmen Blogwalking. Tujuan segmen untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger, support sesama blogger dan mengenali blogger-blogger lain juga.

http://jnjikita.blogspot.my/2017/03/segmen-blogwalking-janji-kita.html

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤

Hadiah menarik menanti blogger bertuah. Kira lucky draw lah. Apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..rahsia..
Jemput join ye kawan-kawan semua.



Sabtu, 18 Mac 2017

UYUL ROSLI 1ST GIVEAWAY

UYUL ROSLI 1ST GIVEAWAY | Salam. Untuk julung kalinya, Uyul menganjurkan Giveaway. Selalu join Givaway rakan rakan Blogger. Kali ini Uyul pulak anjurkan. Siapa boleh sertai? Sesiapa yang bergelar Blogger dan menetap di Malaysia boleh sertai Uyul Rosli 1st Giveaway ini.

http://www.uyulrosli.com/2017/03/uyul-rosli-1st-giveaway.html

 SYARAT PENYERTAAN: 
Follow blog uyulrosli[dot]com | Add To Circle Google+ Uyul Rosli | Like Fanpage Uyul Rosli Official | Follow Instagram Uyul Rosli | Subscribe Youtube Uyul Rosli.
Buat entri bertajuk "Uyul Rosli 1st Giveaway".
Copy banner di atas dan backlink ke entry ini.
Tinggalkan URL entri di entry Uyul Rosli 1st Giveaway.
Giveaway akan MULA pada jam 1:00pm, 17 Mac 2017 (Jumaat) dan TAMAT pada jam 11:59pm, 24 Mac 2017 (Jumaat).

 SENARAI HADIAH: 
3 X 100PCS Name Card (T&C)
2 X RM10 Topup
2 X RM5 Topup

Pemenang akan dipilih melalui random.org dan akan diumumkan pada 28 Mac 2017 (Selasa).

7 orang pemenang bakal dipilih secara random.
Lebih 30 orang join, Uyul tambah hadiah lagi!!
Cepat bagitahu kawan kawan yang lain join sekali.

GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIRDOTCOM

Giveaway pertama untuk tahun 2017 dari herneenazir.com. Dijemput kawan-kawan blogger untuk join giveaway saya. Jangan malu-malu jangan segan-segan. Saya dengan berbesar hati ingin memberikan 5 hadiah untuk 5 orang pemenang bertuah.

http://herneenazir.com/2017/03/15/giveaway-march-by-herneenazir-com/

Hadiah menarik:
1 x Supermom Planner 2017 (Ada 2 muka surat #doodlebyherneenazir yang boleh diwarnakan)
1 x Supermom Personal Notebook
3 x Topup RM10

Syarat-syarat sah penyertaan:

1. Follow blog herneenazir.com (senaraikan di bloglist anda)
2. Like Fanpage herneenazir.com
3. Follow https://www.instagram.com/herneenazir/
4. Add To Circle Google+ Hernee Nazir
5. Buat entri bertajuk Giveaway March by herneenazir.com, copy banner dan backlink ke entri ini.
6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri ini.
7. Giveaway akan bermula pada 15 Mac sehingga 26 Mac 2017 jam 11.59 malam.

Saya akan pilih pemenang melalui random.org Keputusan pemenang akan saya diumumkan pada 27 Mac 2017.

Sabtu, 11 Mac 2017

Atasi Masalah Kulit Sensitif dengan "MamaMade CLEAR SKIN Manjakani Skin Wash"

Masalah kulit sensitif sering ada di kalangan kita.. salah seorangnya aku ler.. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Memang tak best la..lagi pulak kalau lepas pakai make up tu jerawat cepat je membiak..yela kita orang perempuan ni tak lari dalam penggunaan kosmetik dalam seharian hidup kita..paling kurang pun mesti pakai bedak kan.. lagi pulak kosmetik yang kita pakai tu ada bahan kimia yang kita sendiri pun tak tau dari mana sumber bahan nya.. boleh jadi efek yang tak bagus pada kulit.. haishhh ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ

Tapi korang dan aku tak perlu risau lagi.. sebab dah ada sabun pencuci seluruh kulit dari muka hingga la ke hujung kaki.. dan sabun ni jugak bebas dari sls, paraben dan juga bahan kimia yang lain tau..jadi tak rasa ragu-ragu nak gunakan pada kulit..


"MamaMade CLEAR SKIN Manjakani Skin Wash" adalah produk sabun penjagaan kulit yang berasaskan "Homemade & Natural" macam yang aku cakap tadi ianya tak dipengaruhi dengan bahan-bahan kimia.. kulit sensitif yang ada parut jerawat pun boleh gunakan sabun ni tau..


Sabun ni jugak mengandungi Manjakani.. okey mungkin ramai yang da tau kebaikan Manjakani tapi aku nak list kan sikit kat sini.. antara kebaikan Manjakani ialah ~

๐ŸŒธ Melancarkan Peredaran
๐ŸŒธ Anti Oksida ~ Melambatkan Penuaan
๐ŸŒธ Mencegah bau yang tak enak
๐ŸŒธ Membantu Menyingkirkan Bakteria


Contoh macam aku ni balik kerja memang rasa kulit gatal dan tak bermaya je..yela bile pergi kerja kita akan terdedah dengan persekitaran semasa pergi dan balik ke tempat kerja..terkena habuk ke atau hama yang kita tak nampak..pastu balik confirm gatal-gatal rasa nak garu je..huhu jangan tau.. nanti kuku kita tu ada kuman buat kulit jadi makin teruk..sedangkan aku pernah terbaca satu fakta jangan selalu usik kulit muka tu dengan jari sebab jari kita mudah terdedah dengan bakteria persekitaran..so kena rajin cuci muka..cuci dengan apa?? cuci dengan "MamaMade CLEAR SKIN MANJAKANI SKIN WASH" lerr.. hehehe





Khamis, 2 Mac 2017

Apakah itu Top Note, Middle Note & Base Note Di Dalam Wangian??

Haii.. ermm aritu masa aku wat entry pasal perfume tu ada kawan yang tanya apa yg aku membebel pasal top notes, middle notes dan base notes. Ingat aku tulis lagu ke?? Sebenarnya aku pun tak tau hihi tapi bila ada orang dah tanya teringin jugak nak amik tau so startla google sana sini.. Jadi kat sini aku nak share penerangan ringkas tentang komposisi top note, middle note, dan base note dalam wangian yang kita pakai hari-hari tu..



๐ŸŒธ Top Note ๐ŸŒผ
"Top Note" adalah komposisi yang paling atas atau utama dalam bau wangian.. Kenapa dia yang paling atas dan paling utama??Sebab korang boleh bau top notes ni dengan semburan pertama wangian korang tu.. Top notes ni juga merupakan note yang paling penting bagi pencipta wangian.. Yela bila korang pergi kedai nak beli perfume mesti korang akan menilai bau daripada sekali semburan je kan..tu yang buat korang tertarik sama ada nak beli wangian tersebut atau tak.. Jadi bauan first sekali yang korang dapat dari semburan wangian tu adalah "Top Note"...

๐Ÿ€ Middle Note ๐ŸŒฟ
"Middle Note" pula adalah note kedua selepas "Top Note" ataupun note pertengahan dalam wangian..Korang boleh rasa komposisi bauan dari "Middle Note" lepas 15-30 minit dari semburan pertama..Perubahan bauan ini juga disebabkan oleh kerana tindak balas alkohol dalam wangian yang mula meruap kepada si pemakai..Bauan dari "Middle Note" ni juga tak boleh jadi penentu kepada keharuman sesuatu wangian.

๐Ÿ Base Note ๐Ÿ‚
"Base Note" pula adalah note yang paling bawah atau yang terakhir dalam sesuatu wangian.."Base Note" juga dikatakan menunjukkan bau yang sebenar dalam wangian."Base Note" juga lebih banyak pati dari alkohol dan baunya juga lebih tajam dan ianya dapat dirasai 30 minit selepas semburan pertama.




Sabtu, 25 Februari 2017

KARNIVAL JELAJAH USAHAWAN MITI PONTIAN

Dijemput kepada semua rakyat jelata negeri Johor Darul Takzim untuk ke Karvival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 Peringkat Daerah Pontian di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017.


Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari.

Pada hari sabtu 25 Febuari pula, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017.


Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan ,Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , bertempat di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, JOHOR DARUL TAKZIM. 





Di sepanjang karnival berlangsung, rakyat jelata berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :

๐Ÿƒ Career Fair
๐Ÿƒ Food Truck
๐Ÿƒ Forum Perdana
๐Ÿƒ Innorace / Infotaiment
๐Ÿƒ Aktiviti Tarikan Pengunjung
๐Ÿƒ Info Booth Agensi








Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakan rakyat jelata datang berkunjung , seperti :

๐Ÿƒ Pemeriksaan Kereta Percuma
๐Ÿƒ Program Halal Cilik
๐Ÿƒ Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
๐Ÿƒ Mini Showcase SDSI
๐Ÿƒ Pertandingan Catur Bistari
๐Ÿƒ Khidmat Nasihat Keusahawanan
๐Ÿƒ Cabutan Bertuah







Jadi, jangan lupa datang ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 . Jangan lepaskan peluang untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival ini bersama keluarga tersayang.

Selasa, 31 Januari 2017

Episod Romantis "Ralph Lauren Romance"

Haiii...korang rindu iza tak dah lama tak celoteh??hihi..okey kali ni aku nak cerita pasal ermmm.. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ
nape tetibe blog aku ni rasa wangi je ea..pastu fefeeling romantik gittew..๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜

Okey just nak cerita pasal wangian kegemaran aku dan mungkin jadi wangian kegemaran korang jugak..kat sini ada beberapa rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" yang aku nak kongsikan.. 
 Okey gambar kat atas ni adalah wangian pertama "Ralph Lauren Romance" first sekali aku guna yang ni terus jatuh cinta tak hingat da.. "Ralph Lauren Romance" dicipta oleh Harry Fremont pada tahun 1998..Gabungan rose, citrus, teratai, white violet, nilam, oakmoss,  halia,spicy notes daripada warna merah jambu dan kasturi putih melengkapkan aroma cinta romantis dalam wangian ini dan membangkitkan detik detik intim penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dengan aura positif tanpa henti.

Okey next "Ralph Lauren Midnight Romance" yang ni aku mampu dapat sample je tapi bau dia memang mengancam beb & tahan lama pulak tu..ni baru sample kalau yang satu botol camne la kan maunya aroma dia tertinggal di sana sini bila korang pakai perfume ni..๐Ÿ˜
 Sesuai dengan quote di atas yang menggambarkan wangian ini adalah versi romantis yang seksi dan penuh cabaran bagi diri seorang wanita..malah haruman ini juga digelarkan sebagai "older sister" menunjukkan rasa kematangan dan elegan seorang wanita bagi si pemakai.

"Ralph Lauren Midnight Romance" dicipta oleh Honorine Blanc dan Alberto Morillas pada tahun 2014. Perfume ini dikeluarkan juga berikutan kejayaan haruman rangkaian "Ralph Lauren Romance" sebelum ni iaitu (Romance Always Yours, Romance Be Mine, Romance Eau Fraiche, Romance Summer Blossom, Romance Tender Notes and Summer Romance).

Aura haruman ini dibangkitkan melalui gabungan rapsberri, italian bergamot, dan juicy litchi sebagai komposisi utama. Aroma wangian menggoda ini juga dihangatkan lagi dengan gabungan dari peony, melati putih, freesia, black vanilla, ambroxan dan iris.

Okey last ni "Ralph Lauren Tender Romance" salah satu kegemaran aku jugak..perfume yang berasaskan "Oriental Floral" ni dilancarkan pada tahun 2016 oleh Honorine Blanc. Top notes wangian ini dibangkitkan melalui haruman bergamot,halia dan pir sementara middle notes pula daripada white ginger lily, magnolia putih dan melur..base notes wangian ini pula dilengkapkan dengan aroma kayu kasmir, benzoin dan kasturi. Baunya jugak agak "heavy" berbanding sebelum ni tapi masih mengekalkan aroma yg lembut, manis dan romantik..


Juga terdapat mandian gel dan losyen pelembab badan dari "Ralph Lauren Tender Romance" yang membangkitkan aura haruman yang berpanjangan pada kulit.

Jadi apelagi jomla jadi sebahagian daripada episod romantis wangian "Ralph Lauren Romance"..Walaupun banyak modal sikit tapi berbaloi untuk meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri korang..yang belum ada idea nak cari barang hantaran ke, hadiah anniversary pun boleh jadikan rangkaian haruman "Ralph Lauren Romance" sebagai hadiah buat yang tersayang.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜











Isnin, 9 Januari 2017

Sayangi Diri dengan Milagro Coffee

Assalamualaikum.. okey nak share lagi ngan korang pasal satu lagi produk yg agak baru jugak la tapi hebat ni..bila cerita pasal kopi ni aku sebenarnya bukanlah seorang pencinta kopi,apa lagi kopi kesihatan(tak suke pahit-pahit tau)tapi yang ni bukan je tak pahit langsung tau, tapi rasa dia memang perfect dengan khasiat 7 in 1. Okey jom ushar lagi jangan malas kalau nak sihat.. 



Hah tu dia.. MILAGRO COFFEE Mmm... Sedap Ekk... sesuai ngan tagline dia rasa kopi ni memang sedap pun.. kopi ni juga dikenali sebagai MILAGRO COFFEE PATAWALI..okey nanti aku cerita sekali "patawali" tu ape ye.. Macam aku cakap tadi aku bukan penggemar kopi first time rasa kopi ni aku dah bancuh pastu siap try rasa guna sudu dulu.. tapi rasa bila dah rasa terus nak lagi wehh..terjatuh cinta ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ memang sedap ekk ekk ekk larhhhh


Okey bebel panjang pulak..jom cerita khasiat kopi ni.. biasa kita dengar khasiat kopi 2 dalam 1, 3 dalam 1, tapi yang ni "7 dalam 1" beb.. Milagro Coffee adalah kopi pra-campur yang dicampur dengan kualiti yang tinggi daripada kopi arabika dan robusta dan dipertingkatkan dengan beberapa ekstrak herba khas seperti Tinospora Crispa, Halia, Lada Hitam dan Rock Salt. Hasil daripada gabungan herba ini mampu merawat pelbagai penyakit dan juga boleh meningkatkan sistem imun kita..

Tinospora Crispa atau dikenali sebagai "Patawali" telah digunakan oleh ramai pengamal tradisional untuk pelbagai rawatan seperti demam,  tekanan darah tinggi,luka,cacing usus, jangkitan kulit, dan juga hiperglisemia. Ia juga digunakan dalam merawat kencing manis dalam bentuk ekstrak akueus disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa darah.

Antara fungsi lain Milagro Coffee ni juga ia dapat mencegah serta mengawal 
◼ Kencing Manis
◼ Darah Tinggi
◼ Sakit Sendi 
◼ Anti Kanser
◼ Keradangan 
◼ Demam Malaria 
juga mengandungi khasiat serta 
✔ tinggi aktioksidan 
✔ menguatkan sistem saraf dan pertahanan tubuh badan 
✔ mengembalikan tenaga dengan segera 

Jadi ape korang tunggu lagi.. semua khasiat yang diperlukan ada dalam milagro coffee ni..nak slim tak? Korang boleh jadikan milagro coffee sebagai minuman diet korang tau (wahhh๐Ÿ˜) yela kita sometime jugak mungkin tak terlepas daripada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kanser yang mungkin diwarisi daripada genetik atau cara kehidupan seharian dari pemakanan yang tidak sihat..jadikanla milagro coffee sebagai makanan tambahan kesihatan korang.. bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat.. 

Pada yang confuse lagi tu jangan risau ye satu penyelidikan saintifik penyelidik dari UiTM (Universiti Teknologi Mara) Puncak Alam, Selangor, Malaysia dan mereka mendapati bahawa terdapat pengurangan yang ketara pada bacaan gula di dalam darah selepas meminum Milagro Coffee selama sebulan.

Okay jadi selagi korang berpeluang menikmati kesihatan yang dianugerahkan Tuhan jagalah sebaik mungkin.. memilih Milagro Coffee adalah salah satu pilihan yang bijak.. oraitt cukup la tu sampai sini aku bercerita aku nak pegi minum Milagro Coffee jugak nak caj tenaga ni balik..