Jumaat, 30 Disember 2016

Rahsia Kecomelan Remaja 80an & 90an Terbongkar,,,, 😱😱

Hihi.. jangan sentap baca tajuk itu ye..saje je nak ajak korang reramai serang blog aku ni.. padahal cuma nak share produk yang aku guna je.. aku ni bukan apa tengok orang share pasal produk yang mereka guna..rase nak menyibuk jugak berkongsi pasal produk yang aku pakai since remaja lagi..lagi pulak ade la sorang dua yang tanya mintak petua kenapa muka aku tak nampak matured macam budak-budak je kan haah aku pun serta merta terasa comel walaupun dorang tak cakap aku comel pun.. 😢
Tapi bila dah orang cakap camtu terkembang terkuncup jugak la aku dibuatnya.. hehehe

Berbagai produk kecantikan pada zaman sekarang ni..dari hujung rambut sampai hujung kaki..bukan untuk wanita je..untuk lelaki pun dah macam-macam produk yang ada di pasaran.. tapi hari ni aku nak share pasal produk penjagaan kulit wajah..



          Wanita dan produk kecantikan berpisah tiada........ 

Okay sebelum tu aku nak share gambar bukti kecomelan diri ini.. 😜


                            Comel ke??? 😊
Okay abaikan semua spekulasi korang tu.. aku nak cite dulu pasal produk antarabangsa yang boleh dikatakan legend jugak la.. 


Rasanya kalau zaman2 aku Olay ni boleh dikatakan femes jugakla..meh sini aku nak cerita serba ringkas pasal sejarah produk kecantikan dari US ni.. asal nama Olay ni sebenarnya 'oil of olay' diasaskan dari tahun 1952..dah 64 tahun tau Olay ni terbukti menjadi salah satu produk yang diyakini ramai wanita dengan rangkaian perniagaan di seluruh dunia termasuk asia.. dengan menggunakan 'ageless' sebagai tagline Olay jugak adalah produk pilihan ramai wanita tanpa mengira peringkat usia yang ingin mengekalkan keremajaan kulit macam aku ler.. hihihi 

Produk Olay ni dah jadi macam khazanah legend untuk aku jugak..bayangkanla dari umur aku 15 tahun sampai 27 tahun aku tetap setia ngan produk ni.. pernah jugakla tukar produk lain tapi rasanya kejap je pastu aku akan cari 'buah hati' aku ni balik..

First aku jatuh cinta ngan Olay bila dapat sample pencuci muka dari sebuah magazine masa tu..'Olay Clarity'(tak sure product tu ada lagi ke tak kat Malaysia)  pastu pakai pulak set 'Olay Natural White' memang best rasa licin je kulit bila pakai krim dia dan selepas cuci pun kulit lembut sangat.. dahla wangi krim dia rasa nak cium pipi sendiri je.. haha 
Okay bila dah berumur 23 tahun aku start guna 'Olay White Radiance'..kena tahu tau Olay ni ada jenis-jenisnya yang dicipta mengikut peringkat umur.. tak ada la banyak sangat perbezaan antara Natural White & White Radiance.. tapi White Radiance ni lagi advance sikit kulit bukan je makin cerah tapi rasa lebih anjal gebu.. maklumlah bila umur nak terjah ke 25 tahun ni kulit makin kusam disebabkan dah lama terdedah kepada cuaca, whitehead pun makin banyak..kulit pun dah mula kendur sikit bila hari-hari asyik berkerut memikirkan masalah kehidupan 😟..hehehe 



Nak cerita dulu pasal Olay White Radiance Cream Cleanser ni fungsinya adalah membersihkan kulit secara lembut membuatkan kulit kita cerah berseri dan tak kusam dan yang paling aku suka cleanser ni mengandungi 'brightening beads' bila gosok kat kulit muka rasa macam ala2 scrub gitu.. rasa bersih je seluruh muka kan.. 


Hah yang ni pulak krim pelembab white radiance atau lebih dikenali sebagai 'Intensive Whitening Cream' dengan SPF24..ada jugak krim malam white radiance fungsi dia lebih kurang sama dengan Intensive Whitening Cream tapi yang kerap aku guna yang ni mungkin sebab kulit aku selalu terdedah dengan cahaya matahari.. fungsi krim pelembab Olay White Radiance ni bukan sahaja melembabkan dan mencerahkan kulit, kandungan vitamin b3 di dalamnya dapat mengurangkan tompok hitam di wajah dan kulit jadi cerah gebu.. 

Okay last sebagai pengguna tegar aku nak tambah sikit yang best nya pakai produk Olay ni dari dulu sampai sekarang krim nya tak berminyak, sejuk je bila pakai..parut jerawat pun cepat je hilang(ni pun tak tipu) and sometime jadi foundation aku jugak..so apelagi jadikanla Olay sebagai teman setia kulit korang..k bye jumpa lagi next entry yaww,,,,,,





2 ulasan:

  1. Kalau aida x silap, nama asal olay is oil of ulan kan?
    Olay ni memang legend.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah ye awk.. btul tu.. memang suke pkai olay ni dr skola lagi.. 😊

      Padam