Jumaat, 16 Disember 2016

Pahit Manis Bercinta Dengan Anggota Tentera

Assalamualaikum.. okay kali ni aku nak cerita benda personal sikit.. takla personal sangat ye dak..tapi ni pengalaman aku sendiri yang tengah bercinta ngan mat tiarap ni sampai tersengih sorang sejak dua menjak ni..tapi aku warning siap siap ye guys..apa yang aku nak cerita bukan benda - benda yang sweet muwit sahaja.. tapi more to aku nak share kecekalan yang korang perlu dan harus ada tau kalau ditakdirkan tangkap cintan dan berjodohan ngan anggota tentera ni..


Semua percintaan pun ada pahit manisnya kan.. Tapi bila cakap je pasal bercinta ngan abam tentera ni mesti korang da bayangkan wow si dia yang segak beruniform celoreng..berwajah tegap dan berani..tu belum lagi masa kahwin mesti dah bayangkan berjalan di sebelah dengan bangga merangkul lengan si dia yang berpakaian istiadat oneDress ada jugak yang over lagi bayangkan berjalan di bawah pedang hihi. .mesti kat kepala memasing da imagine kisah ala2 fairytale gitteww.. 😍😍

Okay stop kejap angan - angan tu.. 😡kita nak kembali pada realiti............


bukan la nak cakap aku ni iron women ke apa belum kahwin ngan anggota pun dah berlagak hebat macam cekal sangat tapi sekali awak semua dah pilih nak hidup bersama dengan seorang anggota tentera yang kehidupan mereka dari muda dah didekasikan untuk negara korang kena betulkan semua NIAT tu dari awal ye..bukan pasangan korang je yang dah memang berdisiplin dalam menjalankan tugas, tapi korang pun kena belajar disiplin kan diri untuk hidup bersama mereka dari SEKARANG..... 

First sekali aku nak pesan kat adik sekalian bila dah bercinta ngan seorang anggota tak boleh langsung ada sikap pentingkan diri tau.. tak boleh ye..jangan jangan dan jangan!!! Macam aku dengan sorang lagi blogger ni yang dah bertunang ngan seorang anggota jugak yang aku dah anggap macam adik ni alhamdulillah kami dah dilatih ngan pasangan sejak dari bercinta lagi untuk berdikari dan kuat.. mesti kena faham kerja mereka..

Nak cakap aku tak pernah merungut tu macam menipu sangat pulak ye.. Diawal dulu memang kuat merungut jugak aku sampai terjah adik blogger aku tu mintak pendapat kat dia..tapi takdela sampai merungut hentak-hentak kaki ye..kikiki.. alhamdulillah aku kuat bertahan dan yakin sampai sekarang.. 

Walaupun kem tempat si dia bekerja ni dekat je ngan kawasan rumah aku tapi tu tak bermakna boleh sesuka hati nak keluar dating-dating selalu..beli baju raya pun pun sendiri-sendiri weh.. aku tak nak sentuh mengenai tugas seorang anggota tentera tapi faham-faham sendiri la dorang semua bukan duduk dalam kem tu goyang kaki ye.. tu belum kira lagi dia kena pergi operasi jauh-jauh sampai 2-3 bulan.. kene tinggal berbulan tu dah jadi kebiasaan.. pernah sekali  kitorang dah plan nak keluar berdua, aku dah siap bermekap paling cun tunggu punya tunggu  last2 si dia beritahu dia ada tugas di dalam kem tak boleh keluar..masa tu apa yang aku buat adalah berselfie seorang diri dan upload gambar kat instagram.. 😜(rugi weh da mekap cantik-cantik takkan nak dok diam je kan) 

Jadi macam aku cakap tadi tak boleh nak pentingkan diri jangan nak ikut rentak korang je.. dari awal lagi kita kena faham dan wajib tahu dia bukan hak kita seorang.. kita berkongsi dia dengan negara yunk.. tugas menjaga keselamatan negara tu bukan senang macam yang korang bayangkan.. kena hargai pengorbanan mereka yang bersengkang mata tiap malam demi mempertahankan negara nak make sure kita ni semua tidur nyenyak mimpi indah mengigau sampai meleleh air liur,,, hehehe 


So berbalik pada topik asal aku tu yang kita sebagai pasangan mereka ni kene la bagi sokongan 100%..jangan kita nak beri lagi tekanan pada mereka.. jangan dia baru bagi bluetick whatsapp off handphone kau da menggelabah tak tentu pasal dah fikir yang bukan-bukan.. takkan la kau nak dia sebelah tangan pegang senjata sebelah tangan lagi pegang fon melayan kau..lagi satu masa cuti dia pun kau jangan nak control dia dengan kau je.. kena fikir dia pun ada keluarga mak ayah adik beradik yang dah lama dia tak jumpa nak jugak spend time ngan family..

Jadi apa yang penting kalau hati sudah sayang sabar sabar dan sabar..dan jap jap jap aku nak pesan lagi sebelum aku menghabiskan cerpen aku ni hehehe..(penat tak baca panjang? aku pun penat baca tulisan sendiri sebab tu ajak penat sama-samaπŸ˜› ) oraitt aku nak pesan sesangat ni dari mula berkawan,bercinta ngan anggota tentera sampai la nikah nanti yang paling penting jangan percaya cerita orang luar.. bukan cerita orang luar negara..kikiki.. maksud aku selain dari family korang la..sebab ni pengalaman aku sendiri..banyak tanya pendapat orang sana sini rosak minda beb.. tak mau camtu tau..dalam apa hubungan pun percaya mempercayai tu penting ye.. kita yang bercinta hanya kita yang tahu patutnya lebih kenal hati budi dia lagipun pendapat orang berbeza-beza kan.. nanti orang tersalah bagi pendapat kita yang stress meroyan bagai menangis tepi katil satu malam padahal dia ok je kita yang rugi esok pagi masuk kerja muka macam zombie.... πŸ˜•

Sekarang ni apa yang perlu kita buat jangan putus berdoa untuk dia dan semua anggota keselamatan negara kita moga mereka sentiasa dilindungi Allah.. mintak dipermudahkan urusan kerja mereka.. ditetapkan hati dan dipermudahkan urusan dia untuk bersama kita.. aku cuma cerita santai je kat sini dari pengalaman sendiri pokok pangkalnya hati korang..korang la yang tau kan.....,,,,, insyaAllah kalau niat kita betul ikhlas nak bersama ngan dia Allah akan permudahkan.. aaminnn.. 


8 ulasan:

  1. Isteri soldier sekuat suaminya.
    Abah aida askar.
    Sgt faham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup btul tu awk.. hati mesti kene kental kan..

      Padam
  2. Betul setuju sgt...akak sndri tahun nih dh 9 tahun kahwin dengan tentera...segala galanya kne buat sendiri

    BalasPadam
  3. Betul setuju sgt...akak sndri tahun nih dh 9 tahun kahwin dengan tentera...segala galanya kne buat sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9 tahun Alhamdulillah akak.. kan.. sy ni byk lg nak blaja..boleh la akak kongsi tips.. hihi

      Padam
    2. 9 tahun Alhamdulillah akak.. kan.. sy ni byk lg nak blaja..boleh la akak kongsi tips.. hihi

      Padam
  4. Sy bakal berkahwin xlama lagi...

    BalasPadam
  5. Sy bakal berkahwin xlama lagi...

    BalasPadam