Jumaat, 30 Disember 2016

Rahsia Kecomelan Remaja 80an & 90an Terbongkar,,,, 😱😱

Hihi.. jangan sentap baca tajuk itu ye..saje je nak ajak korang reramai serang blog aku ni.. padahal cuma nak share produk yang aku guna je.. aku ni bukan apa tengok orang share pasal produk yang mereka guna..rase nak menyibuk jugak berkongsi pasal produk yang aku pakai since remaja lagi..lagi pulak ade la sorang dua yang tanya mintak petua kenapa muka aku tak nampak matured macam budak-budak je kan haah aku pun serta merta terasa comel walaupun dorang tak cakap aku comel pun.. 😒
Tapi bila dah orang cakap camtu terkembang terkuncup jugak la aku dibuatnya.. hehehe

Berbagai produk kecantikan pada zaman sekarang ni..dari hujung rambut sampai hujung kaki..bukan untuk wanita je..untuk lelaki pun dah macam-macam produk yang ada di pasaran.. tapi hari ni aku nak share pasal produk penjagaan kulit wajah..



          Wanita dan produk kecantikan berpisah tiada........ 

Okay sebelum tu aku nak share gambar bukti kecomelan diri ini.. 😜


                            Comel ke??? 😊
Okay abaikan semua spekulasi korang tu.. aku nak cite dulu pasal produk antarabangsa yang boleh dikatakan legend jugak la.. 


Rasanya kalau zaman2 aku Olay ni boleh dikatakan femes jugakla..meh sini aku nak cerita serba ringkas pasal sejarah produk kecantikan dari US ni.. asal nama Olay ni sebenarnya 'oil of olay' diasaskan dari tahun 1952..dah 64 tahun tau Olay ni terbukti menjadi salah satu produk yang diyakini ramai wanita dengan rangkaian perniagaan di seluruh dunia termasuk asia.. dengan menggunakan 'ageless' sebagai tagline Olay jugak adalah produk pilihan ramai wanita tanpa mengira peringkat usia yang ingin mengekalkan keremajaan kulit macam aku ler.. hihihi 

Produk Olay ni dah jadi macam khazanah legend untuk aku jugak..bayangkanla dari umur aku 15 tahun sampai 27 tahun aku tetap setia ngan produk ni.. pernah jugakla tukar produk lain tapi rasanya kejap je pastu aku akan cari 'buah hati' aku ni balik..

First aku jatuh cinta ngan Olay bila dapat sample pencuci muka dari sebuah magazine masa tu..'Olay Clarity'(tak sure product tu ada lagi ke tak kat Malaysia)  pastu pakai pulak set 'Olay Natural White' memang best rasa licin je kulit bila pakai krim dia dan selepas cuci pun kulit lembut sangat.. dahla wangi krim dia rasa nak cium pipi sendiri je.. haha 
Okay bila dah berumur 23 tahun aku start guna 'Olay White Radiance'..kena tahu tau Olay ni ada jenis-jenisnya yang dicipta mengikut peringkat umur.. tak ada la banyak sangat perbezaan antara Natural White & White Radiance.. tapi White Radiance ni lagi advance sikit kulit bukan je makin cerah tapi rasa lebih anjal gebu.. maklumlah bila umur nak terjah ke 25 tahun ni kulit makin kusam disebabkan dah lama terdedah kepada cuaca, whitehead pun makin banyak..kulit pun dah mula kendur sikit bila hari-hari asyik berkerut memikirkan masalah kehidupan 😟..hehehe 



Nak cerita dulu pasal Olay White Radiance Cream Cleanser ni fungsinya adalah membersihkan kulit secara lembut membuatkan kulit kita cerah berseri dan tak kusam dan yang paling aku suka cleanser ni mengandungi 'brightening beads' bila gosok kat kulit muka rasa macam ala2 scrub gitu.. rasa bersih je seluruh muka kan.. 


Hah yang ni pulak krim pelembab white radiance atau lebih dikenali sebagai 'Intensive Whitening Cream' dengan SPF24..ada jugak krim malam white radiance fungsi dia lebih kurang sama dengan Intensive Whitening Cream tapi yang kerap aku guna yang ni mungkin sebab kulit aku selalu terdedah dengan cahaya matahari.. fungsi krim pelembab Olay White Radiance ni bukan sahaja melembabkan dan mencerahkan kulit, kandungan vitamin b3 di dalamnya dapat mengurangkan tompok hitam di wajah dan kulit jadi cerah gebu.. 

Okay last sebagai pengguna tegar aku nak tambah sikit yang best nya pakai produk Olay ni dari dulu sampai sekarang krim nya tak berminyak, sejuk je bila pakai..parut jerawat pun cepat je hilang(ni pun tak tipu) and sometime jadi foundation aku jugak..so apelagi jadikanla Olay sebagai teman setia kulit korang..k bye jumpa lagi next entry yaww,,,,,,





Jumaat, 16 Disember 2016

Pahit Manis Bercinta Dengan Anggota Tentera

Assalamualaikum.. okay kali ni aku nak cerita benda personal sikit.. takla personal sangat ye dak..tapi ni pengalaman aku sendiri yang tengah bercinta ngan mat tiarap ni sampai tersengih sorang sejak dua menjak ni..tapi aku warning siap siap ye guys..apa yang aku nak cerita bukan benda - benda yang sweet muwit sahaja.. tapi more to aku nak share kecekalan yang korang perlu dan harus ada tau kalau ditakdirkan tangkap cintan dan berjodohan ngan anggota tentera ni..


Semua percintaan pun ada pahit manisnya kan.. Tapi bila cakap je pasal bercinta ngan abam tentera ni mesti korang da bayangkan wow si dia yang segak beruniform celoreng..berwajah tegap dan berani..tu belum lagi masa kahwin mesti dah bayangkan berjalan di sebelah dengan bangga merangkul lengan si dia yang berpakaian istiadat oneDress ada jugak yang over lagi bayangkan berjalan di bawah pedang hihi. .mesti kat kepala memasing da imagine kisah ala2 fairytale gitteww.. 😍😍

Okay stop kejap angan - angan tu.. 😡kita nak kembali pada realiti............


bukan la nak cakap aku ni iron women ke apa belum kahwin ngan anggota pun dah berlagak hebat macam cekal sangat tapi sekali awak semua dah pilih nak hidup bersama dengan seorang anggota tentera yang kehidupan mereka dari muda dah didekasikan untuk negara korang kena betulkan semua NIAT tu dari awal ye..bukan pasangan korang je yang dah memang berdisiplin dalam menjalankan tugas, tapi korang pun kena belajar disiplin kan diri untuk hidup bersama mereka dari SEKARANG..... 

First sekali aku nak pesan kat adik sekalian bila dah bercinta ngan seorang anggota tak boleh langsung ada sikap pentingkan diri tau.. tak boleh ye..jangan jangan dan jangan!!! Macam aku dengan sorang lagi blogger ni yang dah bertunang ngan seorang anggota jugak yang aku dah anggap macam adik ni alhamdulillah kami dah dilatih ngan pasangan sejak dari bercinta lagi untuk berdikari dan kuat.. mesti kena faham kerja mereka..

Nak cakap aku tak pernah merungut tu macam menipu sangat pulak ye.. Diawal dulu memang kuat merungut jugak aku sampai terjah adik blogger aku tu mintak pendapat kat dia..tapi takdela sampai merungut hentak-hentak kaki ye..kikiki.. alhamdulillah aku kuat bertahan dan yakin sampai sekarang.. 

Walaupun kem tempat si dia bekerja ni dekat je ngan kawasan rumah aku tapi tu tak bermakna boleh sesuka hati nak keluar dating-dating selalu..beli baju raya pun pun sendiri-sendiri weh.. aku tak nak sentuh mengenai tugas seorang anggota tentera tapi faham-faham sendiri la dorang semua bukan duduk dalam kem tu goyang kaki ye.. tu belum kira lagi dia kena pergi operasi jauh-jauh sampai 2-3 bulan.. kene tinggal berbulan tu dah jadi kebiasaan.. pernah sekali  kitorang dah plan nak keluar berdua, aku dah siap bermekap paling cun tunggu punya tunggu  last2 si dia beritahu dia ada tugas di dalam kem tak boleh keluar..masa tu apa yang aku buat adalah berselfie seorang diri dan upload gambar kat instagram.. 😜(rugi weh da mekap cantik-cantik takkan nak dok diam je kan) 

Jadi macam aku cakap tadi tak boleh nak pentingkan diri jangan nak ikut rentak korang je.. dari awal lagi kita kena faham dan wajib tahu dia bukan hak kita seorang.. kita berkongsi dia dengan negara yunk.. tugas menjaga keselamatan negara tu bukan senang macam yang korang bayangkan.. kena hargai pengorbanan mereka yang bersengkang mata tiap malam demi mempertahankan negara nak make sure kita ni semua tidur nyenyak mimpi indah mengigau sampai meleleh air liur,,, hehehe 


So berbalik pada topik asal aku tu yang kita sebagai pasangan mereka ni kene la bagi sokongan 100%..jangan kita nak beri lagi tekanan pada mereka.. jangan dia baru bagi bluetick whatsapp off handphone kau da menggelabah tak tentu pasal dah fikir yang bukan-bukan.. takkan la kau nak dia sebelah tangan pegang senjata sebelah tangan lagi pegang fon melayan kau..lagi satu masa cuti dia pun kau jangan nak control dia dengan kau je.. kena fikir dia pun ada keluarga mak ayah adik beradik yang dah lama dia tak jumpa nak jugak spend time ngan family..

Jadi apa yang penting kalau hati sudah sayang sabar sabar dan sabar..dan jap jap jap aku nak pesan lagi sebelum aku menghabiskan cerpen aku ni hehehe..(penat tak baca panjang? aku pun penat baca tulisan sendiri sebab tu ajak penat sama-samaπŸ˜› ) oraitt aku nak pesan sesangat ni dari mula berkawan,bercinta ngan anggota tentera sampai la nikah nanti yang paling penting jangan percaya cerita orang luar.. bukan cerita orang luar negara..kikiki.. maksud aku selain dari family korang la..sebab ni pengalaman aku sendiri..banyak tanya pendapat orang sana sini rosak minda beb.. tak mau camtu tau..dalam apa hubungan pun percaya mempercayai tu penting ye.. kita yang bercinta hanya kita yang tahu patutnya lebih kenal hati budi dia lagipun pendapat orang berbeza-beza kan.. nanti orang tersalah bagi pendapat kita yang stress meroyan bagai menangis tepi katil satu malam padahal dia ok je kita yang rugi esok pagi masuk kerja muka macam zombie.... πŸ˜•

Sekarang ni apa yang perlu kita buat jangan putus berdoa untuk dia dan semua anggota keselamatan negara kita moga mereka sentiasa dilindungi Allah.. mintak dipermudahkan urusan kerja mereka.. ditetapkan hati dan dipermudahkan urusan dia untuk bersama kita.. aku cuma cerita santai je kat sini dari pengalaman sendiri pokok pangkalnya hati korang..korang la yang tau kan.....,,,,, insyaAllah kalau niat kita betul ikhlas nak bersama ngan dia Allah akan permudahkan.. aaminnn.. 


Aku dan epal hijau

Hai.. peminat baru.. korang buat ape??hehehe.. Tak sabar-sabar nak dating ngan korang lagi seperti yang aku da janji dalam page pengenalan yang tak seberapa tu.. (padahal dalam hati cakap tula intro yang paling dahsyat meletopp pernah aku buat) 😝

Okay sambil tunggu waktu balik keje ni aku nak share pasal epal hijau.. Why??? ermm aku ni kira boleh kata mempunyai bentuk badan yang berisi dari dulu.. senang cerita aku tak la gemuk sangat tapi tak pernah jugak kurus macam model.. (tak pernah langsung tau!!)πŸ˜…jadi kat sini aku nak share pasal epal hijau yang mungkin ramai jugak da tau bukan je boleh bantu korang dalam proses diet seimbang tapi jugak membantu mengatasi masalah kesihatan yang lain.. Oraitt meh ushar lagi..

Dalam aku busy buat persiapan nak berumah tangga ni.. Eh eh 😨😨 camne boleh terjoin cerita lain pulakk.. hahaha okay sambung cerita kelebihan epal hijau yang sememangnya ramai dah tau keberkesanannya menurunkan kolestrol dan mengawal berat badan..hah tu yang paling penting tula pasal aku berjinak jinak ngan pengambilan epal hijau..


Contoh minuman berasaskan epal hijau yang aku amalkan sekarang ni
Tak kisah la korang nak minum jus epal hijau ke atau nak ngap terus sebiji epal tu..lagipun sekarang berlambak produk yang berasaskan epal hijau baik kat farmasi atau kedai kedai jamu..pilih je yang mana berkenan di hati dan tekak.. hihi

Google punye google memang banyak fakta yang sama pasal fungsi epal hijau ni antaranya mencegah penyakit kanser, membantu dapatkan kulit yang cantik,mengatasi masalah sembelit......hah yang ni pun aku suka sebab lepas minum air epal hijau aku  langsung dah tak ada masalah sembelit yang aku alami berabad lamanya sebelum ni kuikui. . rasa masam epal hijau tu boleh membersihkan usus,membuang toksin dalam badan korang dan badan rasa ringan sikit sebab ape tau sembelit tu salah satu punca PERUT BUNCIT!!jadi ape tunggu lagi cepat cepat la join fanbase epal hijau ni.. hehehe




Khamis, 15 Disember 2016

NAMAKU FAIZZAH AMIR

Okay Assalamualaikum.. kabare korang? da mangan ke belum? Hope korang sihat hendaknya. Aamiin !!

Untuk pengetahuan korang , aku baru jer buat blog weh. Hahaha...aku masih baru lagi. Sangat - sangat baru. Aku newbie weh.

So aku berharap korang tak raging aku ye.. Okay now korang dok diam diam aku nak cerita pasal diri aku la ape lagi da nama pun baru ye dak..

Aku asal johor.. anak tunggal dalam keluarga.. Cakap je anak tunggal laju je otak korang berfantasi pasal anak manja,,nak ape sume dapat,,,πŸ˜‡haippp.. 😬hapuskan pemikiran sedemikian.. Sebab aku ni dari kecik dah diajar ibu ayah usaha sendiri kalau nak apa pun.. bukanla parents tak support tapi kira tak semua la kehandak aku dipenuhi tak terlalu dimanjakan or entah dah suka hati la kalau korang nak sambung imagine korang tu..

Lagi satu nak bagitau jugak kenapa aku pilih nama faizzah amir ni.. tu memang nama aku wehh.. tapi mesti korang tertanya tanya nak tanya jugak kenapa kan? Yeke korang nak tau?? Ke aku perasan sendiri.. tak kisahla aku nak cerita jugak.. Meh dok dekat sikit......

Sebenarnya tak ada apa pun aku nak cerita.. just aku pun rasa pelik aku memang tak ada nama pendek atau nama glamor dari dulu lagi.. bukan aku tak pernah reka nama glamor untuk diri aku tapi kawan - kawan keluarga dari kecik sampai sekarang suka panggil aku faizah.. Sampai bakal suami pun suke panggil aku faizah.. Tapi ada jugak la nama manja lain dia panggil aku.. hehehe.. yang itu aku tak nak cerita sekarang..kita simpan sikit untuk bekalan next chapter yaww πŸ˜‰

Kalau nak tanya pasal kerjaya aku macam macam kerja dah aku ceburi nanti aku cerita pengalaman kerja yang agak berliku liku tu ye..walaupun kerjaya aku semuanya biasa-biasa tapi masih mampu menyumbang kepada ekonomi dunia.. ye kot.. cehhh 😜

So ni baru permulaan aku tak mau cerita panjang-panjang sangat lagipun takde la gempak sangat cerita pasal diri aku ni..yeke tak gempak?? saja malas nak cerita yang gempak nanti cerek air panas dah masak sampai kering kat dapur korang tak sedar.. kikiki

Okay last aku nak bagitau kalau ade apa yang kurang terlebih aku kat blog ni tegur la ye.. aku sedia menerima bimbingan..hihi tapi jangan suka main suspen suspen la ye sebab aku ni orangnya gelabah sikit dan agak tak penyabar jugak.. hihi apa pun aku sangat teruja join dunia blogger ni weh.. so aku harap kita terus enjoy sama sama untuk c aku yang seterusnya nanti dan seterusnya lagi ye.. πŸ˜‰πŸ˜‰