Jumaat, 26 Mei 2017

Sweet Memory di "PBAKL2017"

Assalamualaikum semua yang dikasihi..dah lama iza tak publish entry kan..entry yang iza nak publish ni pun dah lama event yang dah lama pun tapi dah ada bahan-bahannya aku rasa publish jela agar blog tak terus bersawang..huhu

Sebenarnya baru ni aku demam nak dekat 2 minggu..dapat pakej pulak ngan batuk ngan selsema 😷..so terlantar la di rumah iollss..

Ni pun masih terbatuk-batuk lagi tapi kugigihkan juga menaip entry ni..

Ermm semua tahu setiap mesti akan berlangsung "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur" atau "PBAKL" di PWTC..bagi peminat buku atau ulat buku khususnya pesta seperti ini setiap tahun pasti tidak dilepaskan peluang untuk berkunjung..pelbagai syarikat penerbitan buku berkampung kat PWTC ni dan harga yang ditawarkan sangat la istimewa yang korang takkan dapat di kedai-kedai buku biasa..Buku-buku baru diterbitkan yang belum ada di pasaran pun korang boleh dapatkan di "PBAKL" ni..

Baru-baru ni sewaktu aku berkunjung ke Kuala Lumpur bersama encik tunang tersayang melawat keluarganya di Cheras aku berpeluang ke "PBAKL2017" yang dianjurkan bermula 28 April - 7 Mei 2017..aku pergi masa last day dibawakan khas oleh bakal kak ipar ngan abg ipar..kehkehkeh.. Nak tahu tak uollss??inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pesta buku ni..sejak remaja lagi mengidam nak ke pesta buku camni..yela harga yang ditawarkan bukan biasa-biasa okey..betapa terujanya aku dari satu booth ke satu booth (booth novel ler) 😍😍

Yang paling best kan aku bukan je berpeluang borong bermacam jenis novel dari pelbagai penerbitan, tapi berpeluang berjumpa ngan penulis buku terkenal seperti Siti Rosmizah, dan juga pelakon utama drama adaptasi novel Shh..I Love You karya Farisya Natasha iaitu Gambit Saifullah dan juga hero pelakon adaptasi novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas iaitu tak lain tak Saharul Ridzwan..excited gile aku berdepan ngan depa berdua ni..sampai bakal kak ipar je yg bercakap aku terdiam tanpa kata okey(hahaha gedikss) πŸ˜€

Apa pun kenangan berkunjung ke "PBAKL2017" ni takkan aku lupakan..insyaAllah tahun depan ada rezeki aku akan berkunjung lagi ke pesta yang bermanfaat seperti ini..


                    Borong abis novel..separuh kak ipar punye.. 

                    Selfie ngan pelakon Gambit Saifullah..di sinilah aku terdiam tanpa kata..kehkeh 

Selfie ngan pelakon Saharul Ridzwan..sporting wehh dia ni

Ni je yang sempat snap pic suasana "PBAKL2017" disebabkan aku pertama kali pegi terlalu excited tak banyak gambar sangat huhu

Bersama novelis terkenal Siti Rosmizah 

Mr.Fiance yang selalu memahami minatku..thanks teman kiteww.. 😘



Jumaat, 28 April 2017

Jom Rebut Peluang Kerjaya Sektor Kerajaan dan Swasta di gkerjaya.com



Ada diantara korang yang masih belum mempunyai pekerjaan?ataupun masih tercari-cari kerjaya impian anda?apalagi jom kita ushar website g.kerjaya.com

Siapa yang perlu ushar website g.kerjaya.com ni?

~ Mereka yang sedang mencari jawatan kosong
~ Mereka yang ingin tukar kerjaya kepada lebih baik
~ Mereka yang baru habis spm/diploma/ijazah/phd dan lain-lain


Korang juga kena rajin-rajin layari laman gkerjaya ni kerana~~

Terdapat pelbagai tips-tips kerjaya diberikan antaranya

~ Panduan bina kabel dalam linkedin
~ Panduan permohonan kerja melalui email
~ Panduan mohon kerja melalui SPA dengan betul
~ Panduan mohon jawatan kosong di Jobstreet dengan betul
~ Tips penulisan resume dan lain-lain lagi

Pendapat aku memang bagus ada website sebegini kerana ianya menggabungkan pelbagai peluang bidang pekerjaan dari sektor kerajaan dan swasta

Jadi apa yang korang tunggu lagi?meh la rebut jawatan kosong terkini yang ada dalam website gkerjaya.com




Khamis, 27 April 2017

My Mini Library πŸ“š

Hai geng blogger dan bukan blogger..heheh.. mood aku berblogging ni cam suram sikit..betul tak?almaklumlah baru lagi kenal ngan dunia blogger ni masih banyak yang perlu aku belajar di samping tak mengabaikan komitmen pekerjaan yang lain..ermm kebetulan tengah ada cuti am aritu lepak kat rumah tak kemana terpandang la "mini library" milik aku sejak dari zaman kanak-kanak lagi yang membuatkan aku bagai diseru untuk berkongsi minat dan koleksi aku sejak umur 5 tahun..

 "Inilah dia mini library aku..korang percaya atau tak rak buku ni parents aku belikan masa aku berumur 8 tahun lagi pada tahun 1997..so tahun ni genaplah usianya 20tahun wehhh.. "

Tabiat membaca aku dan mengumpul pelbagai jenis buku cerita dan komik ni memang disokong kedua ibu bapa aku. Untung la setiap kali keluar ikut mak ayah jalan-jalan memang dapat la habuan paling kurang sebuah buku cerita. Aku tak pernah kira jumlah buku yang aku ada sebab ada juga sebahagian daripadanya yang aku "pinjamkan tak kembali"..hehehe..ni je yang masih ada dalam koleksi aku..okey untuk entry yang seterusnya aku akan menyelongkar lagi koleksi dan genre buku yang ada dalam " my mini library" ni ye..


Rabu, 26 April 2017

RAMADHAN CARE ~ Untuk Ibu Tunggal dan Anak Yatim


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

Iza nak mempelawa korang semua untuk memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi,,,,

*Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru* ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.

Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :

1⃣ *Pakej A* - sekampit beras 5kg *atau* 10kg bagi 1 famili,

2⃣ *Pakej B* - satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,

3⃣ *Pakej C* -  sepasang telekung wanita dewasa *atau* telekung kanak-kanak yang baharu,

4⃣ *Pakej D* - wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.

Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan *kombinasi pakej* yang tertera.

Bagi *Pakej D (tunai)*, sumbangan perlulah dibuat secara *online ke akaun Maybank* Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru *5511 3750 7754*.

Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada *Puan Zulhaya Marzuki* di talian *013-765 2551*

Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.

Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkan *sebelum 17 Mei 2017*. Dan *serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017*.

Kami juga amat mengalu-alukan *sponsorship* daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam *Ramadhan Care* tahun ini.

Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih. πŸ’

Sabtu, 22 April 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Jumaat, 21 April 2017

Mewangi Lagi ~ Di Sebalik Parfum, EDP, EDT, EDC & Eau Fraiche



Hollaaaa laa laaa.. okey aritu aku dah share pasal note note dalam wangian..kali ni nak story lak pasal level atau peringkat-peringkat dalam wangian mengikut kepekatan masing-masing. Rasanya korang pun perasan bila beli perfume kat botol atau kotak tu ade tulis Eau Fraiche,EDC,EDT,EDP & Parfum.

Wangian terdapat pelbagai jenis peringkat mengikut kepekatan atau ketumpatan pati yang digunakan. Lagi pekat pati Perfume, lagi kurang kandungan alkohol yang digunakan.  Kebanyakan wangian dan alkohol memang berkait rapat tapi bukan alkohol yang memabukkan ye. Alkohol dalam wangian kategori nya lain tau. Ketahanan bauan atau aroma dalam wangian juga bergantung pada peringkat kepekatan pati dalam wangian tersebut. Okey jom kita baca sedikit huraian mengenai peringkat-peringkat dalam wangian. Kalau korang dah tau pun meh la teman aku baca..meh la..hehehe πŸ˜€πŸ˜€

🌷Eau Fraiche🌷
Peringkat atau kepekatan terendah dalam wangian adalah Eau Fraiche atau ada juga yang panggil body splash atau body mist.. Di sinilah digunakan Eau Fraiche yang memiliki pati Perfume paling rendah hanya 3% dan paling kurang bertahan hanya satu jam.  Selalunya wangian seperti ini disemburkan pada tubuh badan selepas mandi dan sebagainya.Ala-ala fresh gitteww..

🌷Eau De Cologne 🌷
Eau De Cologne atau EDC merupakan wangian yang bertahan sehingga 2 jam dan merupakan wangian yang paling lemah.  Kalau korang perasan la EDC ni selalu digunakan pada wangian lelaki. Wangian ini pekat sedikit berbanding Eau Fraiche tadi dan EDC juga mempunyai bauan yang segar sesuai digunakan sebagai haruman selepas mandi.

🌷Eau De Toilette 🌷
Eau De Toilette atau EDT pula merupakan wangian yang lebih pekat sedikit patinya.  EDT ni mampu bertahan 2 - 4 jam dan terdapat banyak di pasaran. Kadar kepekatannya pula meliputi 5%-8%. Wangian jenis EDT bolehla aku klasifikasikan sebagai "aroma yang lebih soft" dan sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti.

🌷Eau De Parfum🌷
Eau De Parfume atau EDP mempunyai pati yang agak pekat juga meliputi sehingga 8%-16% dan wangian ini mampu bertahan sehingga 8jam. Aromanya tahan lama disebabkan oleh kandungan alkohol yang sedikit digunakan. Wangian EDP ini lebih sesuai digunakan pada waktu malam terutamanya bila korang menghadiri majlis-majlis formal dan sebagainya.

🌷Parfum (Pure Perfume) 🌷
Parfum adalah pati minyak wangi paling kuat dan asli tanpa campuran alkohol.Meliputi kepekatan sehingga 16%-30% , wangian jenis ini mampu bertahan sehingga 12jam tapi bergantung juga pada jenis kulit tau. Bauan dari Parfum ni bukan sahaja melekat di badan tetapi boleh dihidu dari jarak jauh. Kiranya bila korang pakai wangian dari jenis Parfum ni ianya mampu membuatkan korang menyebarkan aura wangian di sana sini 😍😍..

🌷🌷🌷Wangian mampu meningkatkan keyakinan dan aura yang positif dalam diri..So, jomlah kita berwangi-wangian sentiasa.. 🌷🌷🌷



Aku dan Teh Hijau Pulakk...

Assalamualaikum..korang sihat?? πŸ˜€πŸ˜€ moga sihat semua hendaknya..yang tak berapa nak sihat tu cepat-cepat tau pegi klinik check kesihatan korang tu sebelum melarat..bila cerita pasal kesihatan ni mesti semua orang cari cara nak "mencegah dari merawat"..siapa yang nak sakit kan??okey aku nak cerita pasal "TEH HIJAU" yang mampu mencegah pelbagai jenis penyakit.. dulu aku pernah cerita pasal kelebihan epal hijau ni nak cerita pasal "Teh Hijau" lak..

Ramai yang tak suka rasa "Teh Hijau" ni..adik sepupu aku siap wat eksperimen pasal rasa "Teh Hijau" ni seperti bedak wangi yang dicampurkan dengan air.. 😡😡 heheh mula aku pun tak suke dengan rasa dia tapi bila fikir manfaat dan kebaikan dari "Teh Hijau" ni aku dah jadi salah seorang pengamal tegar "Teh Hijau"..

"Teh Hijau" diperbuat dari tanaman teh "Camellia Sinensis" yang berasal dari negara China dan kini telah dikenali di seluruh dunia. Antara kelebihan "Teh Hijau" ialah :

🌿 Tinggi Antioksidan
    πŸƒ Memanjangkan hayat ~ kandungan atioksidan dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti sakit jantung, kanser dan strok.
🌿 Mengandungi "Polifenol" yang berperanan sebagai fungsi mencegah dan merawat pelbagai penyakit. "Polifenol" ialah sejenis anti-oksidan yang biasa terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Ianya mampu bertindak sebagai ~
    πŸƒ Pencegah Kanser ~  Teh Hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat.
    πŸƒ Mencegah penyakit gigi
    πŸƒ Membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan menyebabkan pelebaran saluran arteri sekaligus mengurangkan tekanan darah, pembekuan darah dan mengurangkan kolestrol jahat dalam badan.
     πŸƒ Kesemua fungsi "polifenol" membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dalam kalangan pesakit diabetes yang lebih berisiko untuk menghidapinya. "Polifenol" juga membantu mengawal glukos dalam badan sekaligus menghalang masalah diabetes.
🌿 Merangsang penurunan badan dan membakar lemak.(okey yang ni paling aku suke..tapi mesti disertakan dengan senaman jugak tau..barulah hasilnya cenggini πŸ‘πŸ‘πŸ‘)
🌿 Menguatkan ingatan dan pelindung memori
    πŸƒ Meminum dua gelas teh hijau bagi seorang dewasa juga dapat membantu mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak.
🌿 Membantu mencegah penyakit daripada menyerang tubuh badan
🌿 Kaya mineral & vitamin
🌿 Menurunkan tekanan darah
    πŸƒ Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh Hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penilitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberikan ekstrak hijau.
🌿 Menyegarkan badan dan memberi ketenangan
    πŸƒ Okey yang ni dari pengalaman aku sendiri bila aku minum Teh Hijau ni memang aku rasa tidak mudah letih dalam urusan seharian dan rasa stress pun macam cepat berkurangan.
🌿 Mencegah hepatitis
🌿 Melancarkan pencernaan
🌿 Melindungi paru-paru daripada racun rokok (kalau boleh janganla merokok terus tau, membazir beli rokok dan membahayakan kesihatan!!)
🌿 Mencegah keracunan makanan
    πŸƒ Teh Hijau juga terkenal sebagai pembunuh bakteria. Dengan meminum teh hijau dapat mengurangkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana Teh Hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E.coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum Teh Hijau yang pekat untuk merawat. Teh Hijau ini merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
🌿 Melindungi fungsi ginjal
🌿 Mencegah bau mulut
🌿 Awet muda dan melambatkan proses penuaan
🌿 Melembutkan dan melindungi kulit
    πŸƒ Okey yang ni petua kalau korang ada masalah kulit luka, melecur, melecet atau digigit serangga, korang ambil sehelai kapas bersih celupkan ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan coz Teh Hijau ni ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh jugak hilangkan rasa gatal,lebam,bintik-bintik keradangan, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup. Selain itu juga Teh Hijau mampu mencantikkan kulit dan mengatasi masalah jerawat pada kulit.

Salah satu jenama Teh Hijau kegemaran aku 


So takde sebab korang tak patut cuba Teh Hijau ni sebab manfaat dan kebaikannya yang terlalu banyak. Banyak jenama Teh Hijau kat pasaran sekarang ni pilih je mana yang korang nak..okey jumpa lagi next entry yaww.. 😘